Pelbagai pandangan dikeluarkan apabila TG Nik Aziz menyuarakan EGM di dalam PAS. Paling mual didengar ulasan dari TPM yang terus menggambarkan kemelut dalam PAS yang begitu serius. Alhamdulillah, kita masih mampu berdiri dengan akhlak di dalam jemaah biarpun pelbagai pandangan dari dalam dan luar parti datang mengasak. Seperkara yang perlu diingat bersama PAS bukan semata berada di tengah masyarakat menawarkan khidmat sebagai sebuah parti politik dan dalam masa yang sama kukuhnya perjuangan ini kerana meletakkan asas sebagai sebuah jemaah Islam yang berteras dasar Al-quran dan As-Sunnah. Kalau tidak kerana asas ini sudah lama PAS mengalami nasib yang lama seperti Parti Politik yang lain yang pernah wujud dan berkubur sebelum ini.
Ahli dan kepimpinan PAS perlu kembali memperkukuhkan tarbiyyah di dalam jemaah. Kefahaman yang jelas perlu diberikan terutama mengenai konsep intima' di dalam perjuangan. Kita bersama dengan PAS bukan kerana simpati, bukan kerana sentimen atau kekaguman terhadap ketokohan pemimpin tetapi digerakkan melalui kefahaman yang di bina. Umar b Abd Aziz pernah menyatakan " Siapa yang beramal tanpa pengetahuan (faham) lebih banyak merosak dari mengelokkan" Imam As-syahid Hasan Al-Banna menggariskan 20 prinsip di dalam memahami rukun faham dalam harakah Islamiah. Demikian betapa penting soal kefahaman di dalam menggerakkan intima'
Keputusan yang telah dibuat oleh JK PAS Pusat perlu diterima dengan hati yang terbuka. Jauhkan rasa prasangka yang akhirnya membinasakan kekuatan kita. JIka dengan cadangan memecat boleh menyelesaikan satu masalah tidak mustahil ia juga mendatangkan masalah yang lain. Fokus kita jangan pada negeri yang telah menang sahaja kepimpinan dari negeri yang masih belum menang ini juga perlu diberi perhatian. Mungkin kerana yang telah menang ruang fitnahnya lebih luas dan terbuka kerana berada di puncak kuasa, namun bagi yang masih belum menang ini juga perlu dikoreksi sama, agar kemenangan yang bakal diperolehi nanti disambut oleh mereka yang benar-benar tulus keikhlasannya, benar kefahamannya.
Masih banyak kerja yang perlu dibuat. Kekalahan di Bagan Pinang sepatutnya tidak dilihat sebagai sesuatu episod sedih dan duka lalu menyalahkan sesama kita. Kekuatan dan momentum PAS rupanya cuma kuat di sebelah utara dan pantai timur. Di sebelah selatan masih lagi terkapai mencari kekuatan. Bagaimana membina kekuatan itu, maka inilah kerja banyak yang sedang diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz apabila menyatakan punca kekalahan kita kerana kefahaman Islam yang masih belum subur dalam masyarakat. Benar ! Itulah kerja kita. Kerja sebuah gerakan Islam dan bukan parti politik semata-mata. Bekerjalah dan terus bekerja sehingga kita mampu untuk merasakan " KEWAJIPAN LEBIH BANYAK DARI MASA YANG ADA..."
Menilai Keikhlasan Intima' Di Dalam Perjuangan
Posted by
Lobai Kampung
at
Friday, October 30, 2009
.
1 comments:
kes PAS NS, khususnya PAS seremban samalah dengan apa yang tuan cakapkan. apabila yang mengintimakan diri dlm PAS ramai yang jahil, inilah jadinya. walaupun PJNS adalah orang kawasan seremban, tapi masih lagi seremban belum boleh dipulihkan. saya harap tuan boleh tolong selesaikan. orang macam tuan nilah yang kami tunggu tunggu.
Post a Comment