Apa pun analisa yang dikeluarkan. Satu hakikat yang perlu diterima oleh semua pendokong Pakatan Rakyat adalah, rakyat tidak mengundi calon PAS. Tidak perlu berbelit macam Samy Vellu ( Orang india tidak marah saya, dia marah BN ). Sejak dari awal mungkin ramai yang boleh menghidu kekalahan dan punca kekalahan ini, namun kerana gelombang kebangkitan rakyat kita rasakan tetap sama di Bagan Pinang, kita terus bekerja bagai orang yang akan menang. Inilah semangat orang Pakatan Rakyat, sentiasa optimis dengan kerja yang dilakukan.
Apabila berlaku kekalahan, tidaklah wajar kita menyalahkan isu Selcat, Kepala Lembu dan banyak lagi isu nasional yang lain menjadi sebabnya. Sedangkan PRK sebelum ini PR turut berhadapan dengan pelbagai isu. Namun dengan izin Allah kita berjaya mempertahankan kerusi dan merampasnya dari BN ( Kuala Terengganu ). Bagan Pinang, kita gagal menakluknya.
Punca utama kekalahan kita adalah kerana pengundi tidak mengundi kita. Kenapa tidak mengundi kita? Di sinilah sepatutnya menjadi fokus dan kajian kita bersama. Sejauh mana PAS sudah benar-benar dikenali di kalangan pengundi di Bagan Pinang khususnya dan Negeri Sembilan amnya. Sejauh mana gerak kerja yang dilakukan memperkenalkan dasar perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan.
Kita tidak boleh hanya mengharapkan kekuatan jentera dari luar datang membantu sahaja. Bahkan yang lebih utama adalah maklumat dan komitmen jentera dari kawasan kita sendiri. Memang tidak dinafikan, jentera dalaman ( Negeri Sembilan dan Teluk Kemang ) sendiri agak lemah dan tidak berupaya menampung gerak kerja PRK Bagan Pinang. Kita memang kekurangan tenaga. Ada di kalangan Negeri-negeri yang datang membantu terpaksa bergerak sendiri tanpa bimbingan dari tenaga tempatan. Perkara ini memang disedari sejak dari awal, tapi apakan daya itu sahaja kekuatan yang ada. Tiada kesempatan lagi untuk memperbanyakkan cawangan bermula dari saat kematian ADUN Bagan Pinang.
Memang sepatutnya kita berkira-kira dengan kekuatan kita. Kita perlu jujur. Melapor dengan telus kepada pimpinan. Jangan beri gambaran yang meyakinkan sehingga di saat akhir kita masih yakin kita menang, sedang orang Negeri Sembilan sendiri masih mengangkat bulu kening berkerut dahi dengan keyakinan tersebut. Pimpinan membuat kenyataan berdasarkan laporan yang kita berikan. Jangan kerana gelombang rakyat yang kuat ini kita rasa kita juga kuat. jika kita menguruskannya dengan baik. Akhirnya kita rebah. Senario di Negeri Sembilan sangat berbeza dengan Negeri-negeri lain. Tradisi bersama UMNO ini terlalu mencengkam pemikiran sehingga menolak UMNO ini bagai satu dosa yang tidak diampunkan bagi mereka.
Di samping, kebangkitan rakyat di Negeri Sembilan lebih banyak mengharap sokongan golongan di atas pagar bukan mengharap kepada jumlah pendokong dan pekerja yang kuat. Kita ramai penyokong. Tapi berani dalam senyap. Bila diugut dan ditakut-takutkan, akhirnya mereka terpaksa akur untuk mengikut ugutan tersebut. Silap kita, sepatutnya graf penyokong ini di alih menjadi graf pendokong. Tubuhkan seberapa banyak cawangan, hidupkan cawangan yang ada, timbulkan rasa kewujudan PAS di setiap tempat dan menggerakkan kawasan-kawasan PAS. Kalau kita gagal memanfaatkan penyokong yang ramai ini, kita akan gagal juga memanfaatkan kelebihan lain yang ada. Jumlah undi yang diterima oleh Calon PAS itulah jumlah sebenar pengundi tegar yang perlu kita jaga dan gerakkan untuk terus menjadi pendokong kita.
Sejak dari mula berkempen. BN cuba menggambarkan PAS ini sebagai orang luar. Dari Kelantan, Terengganu dan sebagainya. Sebab itu dalam siri perang mulut dan pergaduhan mereka menggunakan hujah yang sama, bahkan dalam siri ceramah UMNO turut menimbulkan isu sedemikian. Di tambah lagi apabila calon juga dari luar Bagan Pinang, hujah ini semakin kuat buat mereka mainkan. Tidak ada langsungkah orang PAS dari Negeri Sembilan dan Bagan Pinang. Ada.. tetapi mereka memang tak nampak sebab jumlahnya terlalu sedikit.
Inilah sebahagian dari apa yang saya dapat kongsikan dari puluhan orang yang berjumpa melahirkan perasaan mereka. Cuma persoalan yang saya timbulkan buat mereka, di mana kita di saat kekalahan ini dan ketika peperangan itu ? Andaikan calon PAS menang, pasti kita akan mengatakan strategi kita menjadi, saya ada di situ dan di sini beri sumbangan itu dan ini serta banyak lagi yang mahu serta sahamnya dalam kemenangan. Rupanya, masih jauh perjalanan kita, masih banyak kerja kita.
Lobai Kampung : Kita perlu terus jujur. Kalau tidak kuat katakan tidak, namun jika diberi kepercayaan kita teruskan dengan kadar kekuatan yang ada, bukan terus yakin dengan kemenangan, sedang kekuatan kita tiada. Andai ditakdirkan PRK selepas ini ke Johol ( kita tidak doakan kematian, tapi mungkin UMNO sudah confident, lalu mengarahkan Adun nya letak jawatan ) marilah kita berterus terang pada pimpinan mengenai kekuatan kita.

0 comments:
Post a Comment