Secebis Pandangan Lobai Untuk PRK N31 Bagan Pinang

.
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

PRK N31 Bagan Pinang mencatat pelbagai sejarah di Negeri Sembilan dan di Malaysia amnya. Bagan Pinang bukan sebuah kampung terpencil jauh dari pembangunan. Bagan Pinang adalah kampung asal bekas MB Negeri Sembilan selama 22 tahun. Mungkin dalam tempoh itu kita mampu menggambarkan kehebatan Bagan Pinang dibangunkan dengan pesatnya. Pembangunan adalah aset kempen BN yang paling klasik. Mereka sering mendendangkan bahawa yang mampu memajukan hanya mereka sahaja. Bukan itu sahaja jika kita melihat kawasan yang ditandingi oleh Tan Sri Isa iaitu Linggi tidaklah semaju dan sehebat usia pentadbirannya.
BN sudah terlalu lama memerintah di Negeri Sembilan. Tan Sri Isa pernah memberi gambaran BN ni macam 'colgate'. Walau apa sahaja jenis ubat gigi yang dibawa orang Negeri Sembilan tetap memilih 'colgate' walaupun jenama 'zaitun' sehinggakan mereka memanggil 'colgate zaitun'. Begitulah tradisinya UMNO BN di Negeri Sembilan. Baru-baru ini sahaja Pakatan Rakyat mula mencelah masuk. Bermula gelombang 1999 sehingga 2008 beberapa DUN dan Parlimen menjadi milik Pakatan Rakyat. Itupun dinafikan hak mereka sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat.
Mampukah kita memecahkan tembok batu yang telah dibina oleh BN selama ini di dalam pemikiran rakyat ? Dalam tempoh 8 hari berkempen kita serahkan kepada Allah. Kerja kita adalah melaksanakan amanah, soal hasilnya kita serahkan kepada Allah. Memang macam sukar cabaran Bagan Pinang kali ini tetapi sandaran kita adalah kepadaNya, maka kita tidak jumpa perkataan kecewa. Jangan rasa lemah bila anda melihat bendera mereka lebih besar dari bendera kita, Pusat mereka lebih besar dari markaz kita.
Kalau kita mampu memecahkan logik mereka mengenai kemampuan PAS dan PR memerintah beberapa negeri di semenanjung. Bukan sedikit Orang UMNO Negeri Sembilan menyokong UMNO kerana kepentingan, mereka bila diajak berbincang tentang ideologi perjuangan UMNO mereka pun tidak mampu menjelaskannya dengan baik. Akhirnya hujah mereka 'projek ustaz ...'
Sebab itu bila Tan Sri Samad ingin kembali bertanding, yang menyokong kebanyakannya adalah mereka yang 'bakal' kenyang dengan kemenangan Tan Sri Isa Samad. Penyokong Dato Mat Hasan juga bimbang dengan kemenangan Tan Sri Isa, kalau berlaku undi tidak percaya dalam sidang DUN nanti, Dato Mat Hasan mungkin akan goyang.
Insya Allah, sekeras mana pun orang UMNO menyokong UMNO dan menolak PAS, pasti ada ruang untuk kita memecahkan tembok pemikiran tersebut. Setidaknya UMNO bila menang bagi meraikan petugasnya mereka pasti akan menghantar ke negeri Pakatan Rakyat kalau tidak ke Kelantan mesti ke Kedah. Maknanya ramai orang UMNO yang mahu tapi MALU ...

0 comments: