Aku Semakin Benci dengan UMNO/BN ...

.
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Gambar Kecederaan Palsu yang cuba mengalihkan cerita keganasan sebenar pada PRK N31 Bagan Pinang.

" BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah."


Maaf, mungkin kasar. Tapi tindakan sekumpulan lelaki yang menyerang markaz induk Dewan Pemuda PAS Pusat lebih kasar dan menyakitkan. Yang lebih menyakitkan jika mereka tidak ditangkap dan dikenakan tindakan. Aku tidak tahu apa lagi kata-kata yang boleh menggambarkan kedangkalan pemikiran mereka. Kalau dah selesa dan yakin menang di Bagan Pinang dengan undi POS dan seluruh lambakan projek kepada rakyat mengapa perlu mewujudkan ketegangan kepada Parti PAS yang di dakwa oleh UMNO sebagai tiada modal untuk mengalahkan BN ?

Kepada seluruh petugas PAS mari bersama kita panjatkan munajat kepada Allah secara berterusan. Jangan tinggalkan zikir yang boleh kita baca ketika sedang bertugas, hindarkan dari segala unsur maksiat di dalam gerak kerja kita. Mereka menggerakkan gerombolan manusia, kita mohon kepada Allah untuk menggerakkan tenteraNya mengalahkan BN. BN perlu diajar pada 11 Oktober ini. Mengundi BN bermakna anda redha dengan kezalimannya.

Tidak ada hujah lagi untuk membela UMNO. Bagi mana-mana Lobai yang masih mahu bersama UMNO, melakukan gerak kerja untuk UMNO biarpun atas nama apa pun tolong buka mata hati untuk melihat di mana ruang untuk anda mengiyakan perbuatan zalim mereka.

4 comments:

Anonymous said...

Saya ni bukanlah fanatik politik sangat kemungkinan saya sokong umno ka pas ka pkr ka depend kepada produknya. Tapi bila tengok calon dan perangai orang umno ini saya kini menghadapi masalah perasan benci sangat kepada UMNO BN.

anaknogori said...

terlalu bangsat bangsaku sehingga begini permainan politik mereka....inilah produk modal insan UMNO,yg blagak sombong dan pandai padahal dungu lagi bodoh dari anjing yang menyalak di malam hari..ini bukan emosi, sebagai mhsswa siasah syari'iyyah,sy tidak pernah di ajar begini mengenai amalan politik yang baik.....doakan mereka yg terlibat diberi hidayah oleh Allah dan bertaubat...mungkin satu bentuk peringatan Allah akan turunkan pada mereka bg mereka sedar sikit...

PakLongChup said...

Salam,

Yang mana satu yang betul ni lobai? Berita lobai ko atau yg ini?

http://pakmie.blogspot.com/2009/10/bagan-pinang-presiden-pas-pakat-dengan.html

PakLongChup said...

Maaf Lobai, mgkn blog ni agak melampau. Elok juga kita baca orang lain punya...kes serangan pun dah sonyap...

http://parpukari.blogspot.com/2009/10/nizar-haramjadah-kalau-berani-bawaklah.html