Bagi Yang Melihat Dengan Hati

.
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks


Dalam kempen memenangkan calon BN di Bagan Pinang, BN menggunakan ayat al-Quran dan Hadis Nabi sebagai sandaran kempen mereka. Mereka menyebarkan gambar DS Najib menziarahi TG Nik Aziz di hospital dan menyertakan hadis berkenaan sifat orang mukmin yang mengasihi saudaranya . Hadis itu memang tak salah, tempatnya pun tak salah cuma yang salahnya apabila melihat kesempurnaan iman itu hanya dari sudut yang sempit . Iman tidak hanya sempurna dengan hubungan sesama manusia bahkan juga yang paling utama adalah menjaga hubungan dengan Allah.

UMNO-BN cenderung menggunakan dalil al-Quran dan Hadis terutama bila berhadapan dengan PAS. Walaupun ayat yang digunakan itu lari dari kehendak yang sebenar berdasar tafsiran ayat tesebut. Mudah-mudahan Allah menyelamatkan semua Ustaz UMNO dari menggunakan hawa nafsu kepentingannya di dalam memahami ayat al-Quran.

Naib Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim mengingatkan para pengundi agar lebih berhati-hati dalam soal memilih pemimpin. Sedangkan di dalam memilih imam untuk memimpin solat selama 5 minit memerlukan penelitian tambahan pula memilih pemimpin yang membawa amanah di dalam masyarakat.

Imam Bukhari rahimahullâhu ta’âla meriwayatkan dari Abi Hurairah radhiyallâhu ’anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah Saw:

إِذَا ضُيِّعَتْ اْلأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا أُسْنِدَ اْلأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

“Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah saat-saat kehancurannya”. Salah seorang bertanya: “Bagaimana bentuk menyia-nyiakan amanah itu, wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Apabila urusan itu diserahkan (dipercayakan) kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat-saat kehancurannya”.

Al-Karmani berkata: “Maksud dari kata al-amr, yaitu semua jenis perkara (urusan) yang terkait dengan agama, seperti Khilafah, kepemimpinan (al-imârah), peradilan (al-qadhâ’), jabatan mufti, dan lainnya”.

Ibnu Baththal berkata: Erti kalimah “urusan itu diserahkan (dipercayakan) kepada orang yang bukan ahlinya” bahwa sesungguhnya para pemimpin itu telah diberi amanah oleh Allah kepada para hamba-Nya; dan mereka diwajibkan memberikan nasihat kepadanya. Oleh kerana itu, wajib bagi umat Islam menyerahkan kekuasaan kepada orang yang ahli (mengerti betul) tentang agama. Sehingga, apabila mereka menyerahkannya kepada orang yang bukan ahli (tidak mengerti) agama, maka sungguh mereka telah menyia-nyiakan (merosak) amanah yang telah diberikan Allah kepada mereka”.

1 comments:

pemilik blog faqir said...

petanda akhir zaman...sanggup gadaikan kesucian al-Quran dan kemurnian Hadith semata-mata untuk kepentingan diri dan parti...atharnya...rakyat btambah sesat dan jauh dari hidayah...dan inilah yng UMNO buat tuk rakyat selama ini...selain projek berjuta tuj rakyat yang hanya bersifat hegemoni semata-mata.....doakan kejayaan PR di BP....