Cerita Di Bagan Pinang

.
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Tuan Guru Dato Dr Haron Din bermunjat untuk menghalau jin dan syaitan yang berkubu di Bagan Pinang khususnya dan Negeri Sembilan amnya.. Amiiinn

Tiada lagi kalimah yang mampu menggambarkan perasaan di saat ini. Bercampur baur di antara geram dan simpati. Geram dengan perangai budak-budak upahan UMNO membuat provokasi murahan di Bagan Pinang dan simpati dengan mereka yang dipergunakan semasa pilihanraya kecil ini. Kemudian nanti nasib mereka tidak ada siapa yang peduli. Simpati juga pada nasib sahabat kita yang diserang dan dipukul, namun mereka tahu apa yang mereka pertahankan dan apa yang mereka perjuangkan. Sedangkan budak-budak upahan ( bahkan ada yang dimabukkan ) tidak mengerti untuk apa mereka memulakan siri provokasi ini. Andai ditanya dengan kewarasan akal mereka pasti jawapannya adalah kerana habuan. Cukupkah habuan yang diberikan untuk menjadi bekal sepanjang hidup ?


Ramai di Negeri Sembilan (yang masih berkarat BN) kesal dengan siri keganasan yang berlaku. Hujah biasa yang diutarakan adalah Melayu bergaduh sama Melayu. Soalnya siapa yang mencari gaduh dan siapa yang ingin bergaduh. PAS masih memilih pendekatan 'Muwajahah Silmiah' ( berhadapan secara baik ) di dalam mendapatkan kuasa di Malaysia ini. PAS menghormati sistem demokrasi berpalimen yang diamalakan di Malaysia walaupun terdapat banyak ruang yang berat sebelah terhadap pembangkang. UMNO / BN tidak berani berhadapan dengan hujjah, mereka gunakan kuasa untuk menyekat hujjah PAS. Buktinya, hampir semua agensi di bawah kementerian turut sama membantu memenangkan calon BN di dalam PRK Bagan Pinang kali ini.


PAS tidak pernah membuat tuntutan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal. Yang dimahukan cuma keadilan dan ketelusan. Sebagaimana media utama boleh menyiarkan kempen BN mengapa tidak untuk Pakatan Rakyat. Keraguan mengenai proses perjalanan UNDI POS yang memberi ruang untuk penyelewengan dan penipuan. Kawalan keselamatan yang saksama kepada petugas PAS dan Pakatan Rakyat yang terdedah kepada samseng BN. Laporan Polis diterima dan disiasat secara adil dan telus.


Penegasan dari Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasaruddin Tantawi dalam ceramahnya malam tadi di Markaz Ulama menyatakan, Pemuda PAS tidak pernah gentar dengan ancaman dan ugutan, tetapi kita masih mahu menggunakan ruang yang disediakan mengikut undang-undang untuk memenangkan calon kita. Kesabaran kita ada tahapnya. Beliau turut membawakan satu kalam yang sandarkan sebagai qaul sahabi dengan tegas menyatakan


" Wahai manusia ! Jangan sekali - kali kamu bercita - cita mencari musuh sebaliknya mohonlah kesejahteraan daripada Allah swt . Andai bertemu jua dengan musuh , bersabarlah ! Namun begitu , ketahuilah bahawa sesungguhnya syurga itu berada di bawah kilatan mata pedang .


Inilah prinsip perjuangan PAS. Kita masih meraikan pendekatan 'silmiah' . Kita tidak melayan sebarang provokasi murahan yang dibuat oleh UMNO yang rasanya kian terdesak dan bimbang dengan gelombang kebangkitan rakyat. Kalau tidak masakan beberapa samseng yang berbaju BN cuba mengganggu ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat. Jika UMNO benar-benar rasa telah kuat dan yakin menang apa perlu diganggu kempen anjuran Pakatan Rakyat. KIta suburkan budaya demokrasi sihat di Negeri Sembilan agar jangan terus dijumudkan oleh pemikiran UMNO sahaja yang boleh memerintah.

Bagi yang tak mampu membantu di medan jangan berhenti membantu dengan sokongan, munajat dan apa jua yang mampu diberikan. Jadikan medan Bagan Pinang ini sebagai medan permulaan untuk universiti politik matang di Negeri Sembilan ini.


Catatan Tambahan : Ramai yang cuba meragui peristiwa keganasan yang berlaku. Harapnya 9 laporan polis yang dibuat oleh PAS dapat disiasat secara telus oleh pihak polis. Semalam, ketika ceramah Dr Harun Din dan Tuan Guru Nik Aziz terdapat provokasi murahan dari pemuda Bn yang menjerit-jerit berhampiran dengan tempat ceramah. Lebih menyedihkan lagi bila seorang 'pakcik' bertopi BN tiba-tiba meluru masuk ke tempat perkarangan ceramah, ketika Dr Harun Din berceramah. PAS tidak melayan provokasi murahan ini dan meminta pihak polis menyelesaikannya. Mohon Klik Di Sini

Apalah untungnya PAS mengada-adakan cerita ini. Mengerahkan tenaga pemuda seluruh negara tanpa habuan kewangan, sebaliknya terpaksa mengeluarkan wang sendiri segalanya mengatasi logik akal manusia. Berlainan dengan UMNO segalanya digerakkan dengan wang. Cubalah tengok budak-budak yang bersama UMNO / BN usianya pun belasan tahun. Tak percaya turun sendirilah tengok di Bagan Pinang. Kesian tengok mereka. Tak tahu apa pun.

0 comments: