Lama Menghilang

.
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Terima kasih di atas kunjungan berterusan walaupun LK lama tidak diupdate. Seminggu dua ini memang LK dikekang dengan kesibukan menguruskan beberap perkara. Namun itu semua mungkin asbab. Sebenarnya ada beberapa entri yang telah ditulis tetapi tidak dapat diupdate kerana masalah server. Kepada semua yang terus mengunjungi blog LK yang tak seberapa ini terima kasih diucapkan. Di sini disiarkan beberapa entri yang tidak dapat disiarkan kerana masalah server.
-----------------------
Seminggu ini Lk berada dalam 2 debaran. Debaran pertama penantian kelahiran anak kedua. Isteri mengalami tekanan darah tinggi menyebabkan beliau dipaksa bersalin kerana bimbang risiko untuk bayi dan ibu. Dalam tempoh pemeriksaan isteri terus ditahan wad pada hari Rabu, jam 4 petang. Hari khamis, Doktor memasukkan ubat mempercepatkan bersalin. Di dalam kekalutan dan kebimbangan itu mendapat maklumat dari abang ipar Ustaz Khairul Azhar Kamarudin, mengenai keadaan kritikal beliau dan dimasukkan di wad 4c Hospital Tuanku Jaafar. Lk berada di situ untuk melihat keadaan beliau pada jam 6 petang tersebut. Hanya isteri beliau dibenarkan masuk. Kali terakhir pertemuan dengan Ustaz KA di Klinik Pakar HTJ kerana menghantar isterinya yang akan melahirkan anak kira-kira minggu hadapan.

Sedih, terkejut dan terkilan. Berita yang sangat perit dan pedih akhirnya kita terima juga. Biarpun masing-masing memberi harapan yang berbelah bahagi melihat keadaan beliau. Menurut Doktor, sekiranya Ustaz KA didialisis kemungkinan akan menyebabkan serangan jantung pula. Jam 11.15 malam berita tentang kembalinya beliau kerahmatullah dimaklumkan seorang rakan yang berada di Hospital.

Beliau seorang pejuang tulen. Tidak pernah meletakkan sebarang syarat di dalam perjuangan. Beliau memang hebat. Keyakinannya kepada Allah cukup tinggi. Sepanjang pengajian di Mesir beliau lebih selesa hidup tanpa mengharap bantuan biasiswa. Beliau cukup kuat berdikari. Di kalangan pelajar Negeri Sembilan ketegasan beliau memang disegani. LK banyak terdidik dan dididik oleh beliau. Beliau mentor, sahabat dan penasihat yang berpandangan jauh. Pernah LK menyatakan hasrat untuk menerima satu jawatan di dalam kerajaan. Pandangan beliau mudah, ' enta jangan jatuhkan diri enta yang dah tinggi' . Bersama beliau kami sama-sama menggerakkan Ikatan Mahasiswa Mesir peringkat Negeri Sembilan. Atas harapan Al-Marhum itu kita akan teruskan perjuangan ini. Memang perit, memang sukar kerana itu tidak ramai yang sanggup menjadi seperti beliau.

Beliau tidak pernah memilih kerja. Sebagai seorang Ustaz rasanya beliau akan lebih selesa memberi nasihat tetapi tidak bagi beliau, dari serendah-rendah kerja sehingga ke peringkat mendidik semuanya dilakukan oleh beliau. Tidak ada siapa yang melupainya sekiranya pernah menemuinya. Kepada semua rakan yang mengenali beliau. Sekadar mengkagumi sahaja tidak memadai. Marilah bersama kita teruskan perjuangan ini. Jangan biarkan diri kita dibelit oleh keselesaan dunia yang memenjarakan perjuangan kita dengan pelbagai alasan. Semangat beliau akan terus bersemadi di dalam jiwa kita sehingga kita dipanggil oleh Allah SWT

Lobai Kampung : Isteri LK selamat melahirkan anak lelaki seberat 3 kg pada hari Jumaat 20 Mac 2009, jam 6.30 pm. Insya allah akan dididik menjejak Ustaz Khairul Azhar. Amiin

0 comments: