CIRI-CIRI MEREKA YANG MENGHAYATI DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM

.
0 comments


Bentuk kehidupan seseorang yang menghayati dan memperjuangkan Islam tentulah berbeza dengan manusia lain. Antaranya ialah:

1. Terikat dan menurut ajaran Islam.
Iman bukan sekadar cita-cita. Iman adalah suatu yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan melalui amal perbuatan. Allah SWT sering mengaitkan iman dengan amalan.
Firman Allah SWT: maksudnya;
“...orang-orang yang beriman dan beramal soleh ...” (Al-’Ashr: 3)

Dalam hubungan ini Allah SWT mengingatkan janganlah kita mengajak manusia lain berbuat baik sedangkan kita melupai diri kita sendiri.
Firman Allah SWT:
“Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca Al Kitab, tidakkah kamu berfikir?”. (Al-Baqarah : 44)
2. Mengutamakan kepentingan Islam.

Sabda Rasulullah SAW: mafhumnya;
“Berkisarlah untuk kepentingan Islam di mana kepentingannya berkisar.”
Baginda mengingatkan lagi dengan sabda yang bermaksud;
“Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam).”
Rasulullah SAW menjelaskan secara langsung dengan sabda yang bermaksud;
“Engkau memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat lolos daripada penjagaanmu.”
3. Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT.

Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT adalah antara sifat-sifat orang-orang beriman. Allah mengingatkan dalam al-Quran di dalam firman-Nya yang bermaksud;

“Janganlah kamu berasa hina (lemah) dan jangan kamu berasa duka cita dan kamu adalah lebih tinggi (mulia) jika kamu (benar-benar) beriman.” (Ali Imran: 139)

Ketika para sahabat Rasulullah SAW berada dalam perlindungan kerajaan Habsyah dan menemui rajanya, Najasyi, paderi dan pendita yang ada di Istana Najasyi meminta mereka sujud untuk menghormati Raja Najasyi. Tetapi Ja’far bin Abi Thalib r.a yang menjadi ketua rombongan itu menjawab: “Kami tidak sujud melainkan untuk Allah SWT.”
4. Bekerja untuk Islam dan bekerjasama dengan pekerja-pekerja Islam.

Apabila kita mengaku Muslim, kita harus bekerja untuk Islam. Kita patut bekerja secara berjama’ah, bekerjasama dengan para pendakwah lain yang menyeru kepada Allah SWT, menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran. Kita harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang melaksanakan Islam dalam pemerintahan.
Firman Allah SWT: maksudnya;
“Kami akan perkuatkan tenagamu dengan saudaramu.” (Al-Qashash: 35)

Firman Allah SWT lagi: bermaksud;
“Bertolong-menolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan kamu bertolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah: 2)
Sabda Rasulullah SAW: maksudnya;
“Seorang muslim dengan seorang muslim yang lain adalah seperti binaan yang tersusun.
Sebahagiannya meneguhkan sebhagian yang lain.”

“Tangan (pertolongan) Allah di atas (bersama) jamaah.”

“Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpencil (daripada kumpulannya).”

“Hendaklah kamu bersama-sama Jama’ah al-Muslimin dan kepimpinan mereka.”

Sejauh Mana Seriusnya Kita ...?

.
0 comments

Berita di bawah ini hangat dibincangkan di TV3 dalam rancangan Malaysia Hari Ini dan Radio IKIM dalam program Nur Pagi. Pelbagai pandangan diberikan. Semuanya menggambarkan tentang kebimbangan. Tetapi cukupkah sekadar bimbang, sejauh mana pandangan bernas untuk menyelesaikan isu sosial ini diterima dengan baik oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Lebih malang lagi pihak yang bertanggungjawab itu jugalah yang bertanggungjawab menyedia dan melebarkan kerosakan di kalangan anak muda hari ini.

Mungkin berita-berita di bawah ini adalah sebahagian dari beribu kes yang dilaporkan. Mungkin lebih banyak lagi tetapi tidak mendapat liputan. Inikah budaya baru anak muda kita. Gila sangatkah mereka pada keseronokan sehingga sampai tahap begini jadinya? Dekad 20 an ini kita menyaksikan kehancuran demi kehancuran sistem sosial di kalangan anak-anak remaja di Malaysia, perhati sahajalah kepada situasi semasa di sekeliling kita.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Adegan terlampau

KUALA LIPIS: Mengucap panjang seorang bapa sebaik menonton rakaman melalui telefon bimbit aksi anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun berasmara dengan dengan lima lelaki serentak.
Adegan seks secara bergilir-gilir berkenaan di sebuah kampung berhampiran Merapoh, dekat sini, itu dipercayai dirakamkan seorang daripada lima lelaki berusia 20-an berkenaan menggunakan telefon pelajar perempuan tingkatan dua terbabit.
Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, gadis terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, dengan selamba pulang ke rumah bersama telefon bimbit berkenaan.Bagaimanapun, telefon bimbitnya terlepas ke tangan seorang ahli keluarga yang kemudian membuat pemeriksaan pada fail rakamannya.

Tiada Masalah Undi Pakatan Rakyat ...

.
1 comments


Kalau betul apa yang di katakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan ini, tiada masalah bagi rakyat Negeri Sembilan untuk mengundi calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Yang paling banyak dibimbangi oleh penyokong BN di Negeri Sembilan ini adalah masalah pembangunan. Walaupun pembangunan di Negeri Sembilan yang ditadbir oleh BN selama 52 tahun ini tidaklah sehebat pembangunan di tempat lain tetapi rakyat Negeri Sembilan tetap 'berbangga' dengan pembangunan ini.


Jalan raya kampung yang betul-betul boleh masuk sebuah kereta, jalan raya yang tidak berlampu adalah sebahagian dari 'mercu tanda pembangunan' yang masih boleh ditemui di Negeri Sembilan dalam keadaan BN melaungkan slogan dan janji pembangunan. Lagi kuat BN di tempat tersebut lagi 'maju' tempat tersebut. Kuala Pilah antara kubu terkuat BN di dunia menikmati 'limpahan pembangunan yang mencurah-curah'. Pekan Kuala Pilah begitu maju dan pesat membangun 'mengalahkan' pekan Kota Bharu di Kelantan yang ditadbir oleh PAS. Jika bandingan Kuala Pilah dengan Kota Bharu tidak sesuai tiada kerana KOta BHaru adalah ibu negeri Kelantan. Cubalah kita bandingkan dengan 'kemajuan pesat' di bandar Seremban.


Apalah yang boleh kita banggakan dengan kemajuan ini? Kemajuan yang ada pada hari ini adakah memberikan ketenangan buat diri kita atau dalam kaca mata penilaian keduniaan apakah yang kita dapat dengan pembangunan tersebut. Bak kata lagu tema BTN -- bumi dipijak milik orang -- Kita tergadai dengan pembangunan ini !! Pembangunan yang akhirnya membawa kita semakin jauh dari Allah, jauh dari hidayah dan rahmatnya. Yang haram diambil ringan, yang wajib diabaikan, yang sunnah dipermainkan hanya kerana PEMBANGUNAN ...


' SILA TUKAR AYAT YANG SESUAI BAGI SETIAP PERKATAAN BOLD & ITALIC '

------------------------------------------------------------------------------------------------



SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi jaminan Kerajaan Negeri tetap akan menumpukan pelaksanaan pembangunan di kawasan dikuasai pembangkang pada tahun hadapan tanpa sentimen ‘membeza-bezakan kawasan’.


Beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak akan membuat dasar hanya disebabkan kawasan itu dikuasai pembangkang kerana mahu membangunkan Negeri Sembilan atas kepentingan umum. “Kita tidak ada membeza-beza mahupun membahagikan kawasan. Apabila kerajaan mahu membangunkan Negeri Sembilan, kita memandang negeri ini di bawah ‘satu benda’ yang amat besar.


“Oleh sebab itu, kerajaan membahagikan setiap kawasan mengikut kepad zon di bawah pembangunan,” katanya kepada pemberita. Menurutnya, Kerajaan Negeri membangunkan Negeri Sembilan atas satu sebab iaitu untuk kepentingan umum, selain memberi kesejahteraan kepada rakyat. “Kita tidak akan membuat dasar hanya disebabkan kawasan itu dikuasai pembangkang.


Daripada segi pembangunan semua kawasan kita laksanakan mengikut kepada zon yang telah ditetapkan. Itu amat penting kerana saya mahu melihat Negeri Sembilan dapat dibangunkan secara seimbang. “Tetapi cara untuk kita memenangi semula di kawasan pembangkang, itu kena lihat aspek lain pula. Jika mengenai soal pembangunan ini, kerajaan tidak akan membeza-bezakan, apatah lagi di bandar Seremban ini pun banyak pembangunan dilakukan dan ia adalah kawasan pembangkang,” katanya

52 tahun BN perintah, rakyat makin susah ...

.
3 comments


Seusai kuliah maghrib sembang ringan-ringan dengan beberapa jemaah yang hadir. Sambil menghirup teh yang disediakan. Seorang hamba Allah ( UMNO dulu..kini..selamanya ) memecah hening dan kosentrasi ...

Orang UMNO (OU) : Apolah Nga Ko Ming ni dio pertikaikan peruntukan untuk masjid pulak..

Lobai Kampung (LK) : Pakcik tau mana

OU : Dalam surat kabar utusan la ustad, dia kata gereja dengan kuil kenapa tak buleh dapek ?

LK : Betul jugak tu, pasal dio pun bayar cukai

OU : yolah negaro ni negara islam, dio kono hormat dengan kita..

LK : Kita pun kena hormat dengan mereka

OU : Masalahnya mereka dah melampau

LK : Kalau kita tak bagi hak kita yang melampau ..

OU : apa hak dia ustad ..?

LK : Sepatutnya kerajaan kena asingkan hasil dari sumber yang haram dan yang halal, untuk yang halal diperuntukkan untuk kepentingan ummat islam seperti masjid dan pendidikan. Manakala yang haram, gunakan untuk mereka..

OU : Kalau macam tu banyaklah yang diorang dapat ..

LK : Kenapa ..?

OU : Yelah sumber cukai dari judi dengan arak kan banyak di negara ni..

LK : Kalau kerajaan kita asasnya Islam, kita mesti akan fikir banyakkan yang halal untuk kepentingan ummat Islam kurangkan yang haram. Masalahnya ...

OU : Masalahnya ustad nak kata kerajaan kita tak amalkan Islam ..

LK : Pak cik yang cakap saya tak cakap ...

Lobai Kampung : 52 tahun UMNO memerintah kita. Tidak banyak benda yang dibuat untuk benar-benar mengembalikan manfaat secara maksima kepada ummat Islam. Jangan bercerita tentang-tentang perlaksanaan Islam dalam bentuk undang-undang dan peraturan, soal yang mudah-mudah pun banyak tak boleh selesai. Puncanya, kerana kekangan politik mengatasi kepakaran. Akhirnya yang pakar dalam sesuatu bidang kena akur dengan kehendak orang politik yang menjaga kepentingan politiknya.

Kasihan kepada orang-orang kampung yang diperbodohkan oleh pemimpin UMNO. Yang semakin senang dan kaya, sedang mereka di bawah terus menanggung kepayahan demi kepayahan. Dasar-dasar yang dicadangkan lebih banyak memberi beban kepada rakyat, tidak difikirkan pula kaedah mengelakkan bebanan untuk rakyat.

Berbicara dengan pengundi saluran 1 yang masih pekat darah UMNOnya memerlukan kita banyak bersabar. Mereka tak baca wartamaya, al-banjari pun dia tak kenal, jauh sama sekali perisik rakyat dan tulang besi. Sumber mereka RTM, Utusan dan Berita Hairan, tabloid metro dan kosmo. Semua yang mereka baca itu tidak mampu memahamkan mereka tentang hasrat dan isu Pakatan Rakyat.

Manusia mampu untuk berubah. Perubahan itu mesti dengan asas ilmu dan kefahaman. Kebendaan tidak mampu mengubah minda. Dia sekadar boleh bersetuju tetapi belum tentu menerima. Saya cadangkan kepada mana-mana blogger untuk mencetak isu-isu yang diketengahkan di dalam blog masing-masing untuk diberikan secara percuma kepada masyarakat. Barulah apa yang kita ketengahkan akan mampu membuka mata mereka mengenali kezaliman yang berlaku.

Sekadar pandangan ..

16 Kategori Manusia Yang Tidak Dapat Menatap Wajah Allah

.
2 comments

Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25


وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ

وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ

Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat.

Namun bagi orang yang bernasib malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah . Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah :

1. Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu) Allah berfirman :


إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَناً قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ)--- آل عمران : 77

Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya

2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka.

عن أبي مريم الأزدي رضي الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من ولي من أمور المسلمين شيئاً ،فاحتجب دون خلّتهم ،وحاجتهم ،وفقرهم، وفاقتهم، احتجب الله عنه يوم القيامة، دون خلّته ، وحاجته ، وفاقته، وفقره )

Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda :

“ Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam namun dia gagal memenuhi tanggongjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut.”

Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap berstatus sahih oleh al Albani.

3. Orang Tua yang Berzina


عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا ينظر إليهم ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم: شيخ زانٍ ، وملك كذّاب ، وعائل مستكبر ) أخرجه مسلم

Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:

“Tiga orang yang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) . Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.”

Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.

4. Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)

5. Orang miskin yang takabbur

6. Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.

في حديث ابي هريرة (……. ورجل منع فضل ماء ، فيقول الله : اليوم أمنعك فضلي ، كما منعت فضل مالم تعمل يداك

Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: .. orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum). Sehingga Allah bersabda : Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu, persis sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya.

7. Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan


وعن أبي هريرة - رضي الله تعالى عنه - قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ( ‏ ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة، ولا ينظر إليهم، ولا يزكيهم، ولهم عذاب أليم: رجل على ‏ ‏فضل ‏ ‏ماء ‏ ‏بالفلاة، ‏ ‏يمنعه من ‏ ‏ابن السبيل، ‏‏ ورجل بايع رجلا بسلعة بعد العصر، فحلف له بالله لأخذها بكذا وكذا فصدقه، وهو على غير ذلك، ورجل بايع إماما لا يبايعه إلا للدنيا، فإن أعطاه منها وفى، وإن لم يعطه منها لم يف ) متفق عليه.

Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda

”Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ). Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu.Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya . Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ’alaihi)

8. Penderhaka Ibu Bapa

Rasulullah bersabda:

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث) صحيح أخرجه أحمد والنسائي

Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:

“Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak: Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth. Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii

9. Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy)

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث ) صحيح أخرجه أحمد والنسائي

10. Orang Lelaki yang Dayyuth

Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu dan marah

Apabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan bermerajalela.

11.Pengamal Budaya Kaum Luth


عن ابن عباس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (لاينظر الله - تعالى- إلى رجل أتى رجلاً ، أو امرأة في الدّبر ) صحيح اخرجه الترمذي

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi

12. Pengamal Seks Abnormal

Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang .

13.. ”Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan.

عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة : ( لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولايزكيهم ، ولهم عذاب أليم ) فقالها رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث مرار ، فقلت : خابوا وخسروا من هم يارسول الله قال: المنان والمنفق سلعته بالحلف والمسبل ازاره ) اخرجه مسلم

Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “ Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka ; siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan orang suka melabuhkan pakaiannya ( kerana-menunjuk-nunjukan kekayaan ).

Hadith di takhrijkan oleh Muslim


14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh atau

المسبل إزاره المختال في مشيته

“Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros) yang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri.”

15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong


عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم : المسبل إزاره ، والمنان ، والمنفق سلعته بالحلف الكاذب ) أخرجه مسلم في كتاب الإيمان

Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :

Tiga orang Allah tidak akan bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat… penjual yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu.

16.Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( لاينظر الله إلى امرأة لاتشكر لزوجها وهي لاتستغني عنه ) صحيح أخرجه النسائي وصححه الالباني

Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu.”

Ragam Orang Kampung Den ...

.
1 comments


Dialog 1

Orang : Assalamualaikum ustad ...
LK : Walaikumsalam .. sape ni?
Orang : Ni ..saya hari tu ...yang nak panggil ustad ceramah kat masjid saya ..
LK : yang mano satu ..?
Orang : Masjid .... di Rembau tu ...
LK : ooo ..yo .. kenapo ..?
Orang : erm .. takde macam ni ustad ..
LK : yo sayo ..
Orang : Ceramah tu tak jadi panggil ustad .. erm .. pasal ..
LK : Takpo..takpo... takdo masalah ...

Kalau panjang lagi apalah alasan yang dia nak reka. Mengelak rasa serba salahnya aku tidak memanjangkan bicara. Kasihan, dia tersepit dan mangsa keadaan ..

Dialog 2


Orang : assalamualaikum ustad, ni saya ni .. nak bagi tau pasal ceramah yang saya cakap hari tu ..
LK : Di mano ...?
Orang : alahai yang di program ....... di ....... tu , pengarah tak dapat datang ..
LK : Ok, takde masalah kalau pengarah ada atau takde ..
Orang : nak bagi tau ceramah ustad pun tak jadi ...
LK : Ok tak pe ...
Orang : .... assalamualaikum

Suaranya terketar macam nak menangis, tapi aku cepat memotong perbualan..

Lobai Kampung : Aku tak kuasa nak siasat-sisata kenapa tak jadi, bagi aku bila Allah tak izin apalah daya kita untuk usaha, kalau Allah izin apalah daya kita untuk menolak.

Cuma aku nak pesan ..Ustaz-ustaz.. jangan berkira sangat masa orang nak panggil, pergi sajalah, masa orang tak nak jangan bising-bising. Jangan 'demand', jangan pilih audien dan tempat, jangan letak harga, jangan letak syarat itu dan ini .. orang nak panggil tu pun kita syukur sebab dah memudahkan kerja kita dari mencari orang untuk dengar ilmu kita yang tak seberapa itu.

Jalan Menuju Allah ( Siri 1 )

.
0 comments


Amalan di dalam ajaran Islam tergolong dalam amal badaniah jika dilihat dari tempat dan bentuknya dan tergolong dalam amal batiniah jika dilihat dari roh dan esensinya (unsur). Terdapat beberapa metode yang secara spesifik berkaitan dengan keadaan hati dan sifat jiwa serta pemerhatian di dalam aspek rohaniah di dalam ajaran ilmu tasawuf. Jalan untuk sampai kepada Allah bukanlah seperti yang difahami dengan benda atau jisim tetapi berkait dengan kedudukan yang ada di dalam hati dan sifat-sifat terpuji yang membawa kepada makrifatullah serta mencapai darjat ihsan yang tiada batasan tingkatannya.

Meniti jalan untuk sampai kepada Allah adalah ciri khas orang-orang mukmin yang soleh. Untuk tujuan inilah juga para nabi dan rasul diutus oleh Allah di atas muka bumi ini. Pada hakikatnya jalan menuju Allah adalah satu. Adapun yang dimaksudkan oleh para ulama banyak dan bermacam-macam itu adalah kerana Allah menjadikan manusia pelbagai rama dan keadannya. Namun tetap kembali kepada asas yang satu, jalan yangyang menghimpun semua yang diredhai Allah.

Jalan-jalan untuk sampai kepada Allah berkait dengan kedudukan di dalam hati adalah seperti

1. Taubat
2. Muhasabah
3. Khauf ( perasaan takut )
4. Raja' ( pengharapan )
5. Muraqabah ( pengawasan )


Manakala yang berkait dengan sifat terpuji adalah seperti

6. Shiddiq ( tulus )
7. Ikhlas
8. Sabar
9. Wara'
10. Zuhud
11. Ridha
12. Tawakkal


1. Taubat
Taubat adalah kembali dari segala sesuatu yang tercela dalam pandangan syariat kepada segala sesuatu yang terpuji dalam pandangan syariat. Taubat adalah merupakan prinsip asas dalam amalan kerohanian, kunci kebahagian dan merupakan syarat sah jalan menuju Allah SWT. Allah telah memerintahkan orang -orang yang beriman untuk bertaubat seperti yang teradapat di dalam Al-Quran

... dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung ( An-Nur :31)

.. Dan (Dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa." ( Hud : 52 )

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan nabi dan orang-orang mukmin yang bersama Dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah Kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." ( At-Tahrim : 8 )


Rasulullah SAW meskipun baginda terpelihara dari segala dosa dan kesalahan baginda sering memperbaharui taubat dan mengulangi istighfar. Hal ini dilakukan sebagagi suatu pembelajaran dan pensyariatan ke atas ummatnya.

Taubat dari setiap dosa adalah wajib. Jika maksiat yang dilakukan itu antara dirinya dengan Allah maka syarat taubatnya adalah tiga perkara



a) Menghentikan maksiat
b) Menyesali perbuatan yang terlanjur yang dilakukannya
c) Berniat bersungguh untuk tidak kembali melakukan perbuatan tersebut


Jika salah satu dari syarat tersebut tidak dipenuhi maka taubatnya adalah tidak sah. Apabila maksiat yang dilakukan berkait dengan hak manusia, syarat taubatnya ditambah dengan menyelesaikan urusannya dengan pemilik hak tesebut.

Di antara syarat lain dalam taubat adalah meninggalkan persahabatan dengan orang jahat atau fasiq yang mendorongnya melakukan maksiat dan menjauhkannya dari ketaatan. Dia harus mencari sahabat yang jujur dan baik agar persahabatan itu menjadi pagar untuk menghalangnya kembali kepada kehidupan maksiat dan melanggar syariat. Dalam sebuah hadis ada menggambarkan bagaimana nasihat seorang alim kepada seorang pemuda yang telah membunuh 100 orang untuk meninggalkan kawasan tersebut. Hal ini kerana pemuda itu meninggalkan lingkungan yang tidak baik untuk benar-benar bertaubat kepada Allah.

Seseorang yang ingin membersihkan dirinya tidak hanya bertaubat dari maksiat bahkan taubtanya juga mesti meliputi dari segala bentuk sesuatu yang menyibukkan hatinya dari mengingati Allah SWT.

Kesimpulannya taubat yang dilakukan oleh seorang hamba mesti diiringi dengan takwa kepada Allah, jika tidak akan menjadi sia-sia. Takwa pula menuntut kepada istiqamah dan sitiqamah pula menuntut kepada wara'. Wara' pula akan menghasilkan zuhud dan zuhud perlu disertkan dengan tawakkal yang benar kepada Allah. Tawakkal pula tidak berkesan jika tidak disertai dengan rasa berlindung dengan Allah SWT ...

Kuliah Subuh Ahad
Surau Al-Muttaqin Taman Cengal Utama, Ampangan

Apa Khabar Subuhmu Wahai Pejuang ..?

.
0 comments

Apa khabar hubungan mu dengan Allah wahai para pejuang. Ungkapan perjuanganmu tidak pernah lekang dari bibir. Namun apakah engkau telah menjadikan dirimu benar-benar hamba pada Allah selama ini di dalam perjuanganmu. Atau perjuanganmu hanya sekadar melepas kemarahan dan geram pada sesuatu yang tidak kena pada pendapat akalmu. Sedarlah wahai pejuang pertolongan Allah tidak akan turun buat dirimu andai hubunganmu dengannya tidak mampu di jaga.

Kita berhadapan dengan kekuatan musuh yang bukan biasa. Kekuatan dan ketumbukan mereka mampu untuk merebahkan kita bila-bila masa. Yang membezakan kita dengan mereka adalah hubungan dengan Rabbuljalil. Berlawan dengan mereka, dengan kekuatan kita hanya Allah sahaja yang mengetahui kemampuan kita. Namun kita punya senjata yang cukup kuat, maha kuat dari segalanya, NUSRAH dari Nya. Apakah kita layak memiliki sejata NUSRAH dariNya andai solat subuh pun masih gagal dijaga secara berjemaah . Betapa lemahnya kita ..

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra, ia berkata, “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya meskipun dalam keadaan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh melaksanakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat bersama orang-orang. Kemudian beberapa laki-laki berangkat bersamaku dengan membawa kayu yang terikat, mendatangi satu kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka.

Untuk permulaan hari ini, agar langkah-langkahmu akan menjadi langkah mencari redha Allah marilah mulakan dengan muhasabah kembali hubunganmu denganNya. Barulah kelak engkau layak berbicara soal perjuangan dan mungkin jauh dari itu juga soal kemenangan. Andai masih ada titik munafik marilah bersama dibuangkan, kerna titik munafik itu akhirnya akan bertambah gelap dan pekat sekiranya engkau terus melangkah dalam perjuangan ini. Ayuh bersihkannya agar perjuangan ini layak menerima NUSRAHNYA..

Pengundi oh Pengundi ...

.
0 comments


Semua bercakap tentang strategi ..
Membetul pandangan mengubah persepsi ..
Data itu data ini ..
Kajian dibentang untuk diamati ..
Yang sudah bergelar YB ..
Berkira untuk bertahan lagi ..
Yang bercita untuk menjadi ..
Sudah berkira dengan geometri ..
Isu hari demi hari ..
Siapa yang untung siapa yang rugi ...
Tak kurang spekulasi ..
Di sana dan sini ...
Adakah engkau telah berubah wahai pengundi ..

Andai esok ditiup nafiri ...
PRU 13 percaturan ngeri ..
Semua persepsi akan jadi realiti ..
Siapa yang akan diberi undi ..
Waktu itu benarlah mimpi ..
Tiada lagi teori-teori ..
Yang kalah gigit jari ..
Salah perkiraan mengatur strategi ..
Yang menang senyum nampak gigi ..
Pengundi menerimanya dengan senang hati ..

Pengundi di kampung sudahkah mengerti ...
Pelbagai isu sudah di beri ..
Terkesankah di hati ..
Untuk beri undi ..
Kepada PR yang menanti ..
Atau kita syok sendiri ..
Komen itu komen ini ..
Tempat sendiri pun tidak dikaji ..
Bila menang syok sendiri ..
Bila kalah menangis tiada henti ..
Semunya keranamu pengundi oh pengundi ...

Lobai Kampung : Marilah menggerakkan jentera penerangan di setiap peringkat. Walau hebat bagaimana maklumat yang kita ada tetapi gagal diproses dan disampaikan dengan baik khususnya kepada pengundi, tiada manfaatnya juga buat kita. Ayuh fikirkan bersama ...

PAS Kawasan Kuala Pilah Anjur Solat Hajat Mohon Keselamatan Dari Gempa Bumi

.
1 comments

PAS Kawasan Kuala Pilah mengambil inisiatif mengadakan solat hajat dan tazkirah khas mengenai bala pada 3 Disember 2009 di Surau Al-Ikhwan, Kg Kuala Serdang, Tanjong Ipoh, Kuala Pilah. Berhampiran dengan lokasi berlakunya gegaran.


Menurut sumber dari Malaysiakini gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter telah berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan awal pagi 30 November 2009. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia , gempa bumi itu berlaku pada 12.15 pagi dan berpusat di 22km timur Seremban. Menurut sumber lain turut menyatakan gegaran itu berlaku hampir 4-6 kali dalam tempoh sehari.

Tazkirah malam tersebut disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Khairil Anuar b MOhd Wafa. Menurut beliau kejadian seperti gempa bumi ini telah dinyatakan oleh Allah SWT sebagai sebahagian dari keadaan gambaran hari kiamat. Beliau juga turut menerangkan bagaimana kerakusan dan maksiat yang dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini juga menjadi penyebab kepada berlakunya kejadian seperti gempa bumi. Berdasarkan hadis yang di petik dari buku Hadis Akhir Zaman,

Daripada Ali bin Abi Talib R.A Rasulullah SW bersabda : Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka pasti akan turut kepada mereka bala

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan

3. Zakat dijadikan hutang

4. Suami memperturutkan kehendak isteri

5. Anak derhaka terhadap ibunya

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang terhina di antara mereka

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya

11. Arak sudah diminum di merata tempat

12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki

13. Para artis disanjung-sanjung

14. Muzik banyak dimainkan

15. Generasi akhir ummat ini melaknat generasi pertama

Maka ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.

Semoga kita terus menginsafi segala kelalaian kita dengan memperbaiki keadaan yang berlaku ketika ini dengan pelbagai bentuk maksiat dan kemungkaran. Tidak hanya melihat dan menuding jari menyalahkan antara satu sama lain, di samping menafikan gegaran kecil itu sebagai amaran dari Allah kita semua perlu terus berusaha menghentikan segala bentuk kezaliman dan kemungkaran seperti yang telah disebutkan dalam hadis di atas.

TARBIAH ISLAMIAH DAN KEPENTINGANNYA KEPADA PEMUDA ISLAM

.
0 comments

MUQADDIMAH
Tidak dinafikan bahawa tarbiah Islamiah memainkan peranan yang penting dalam memberikan kefahaman yang benar dan jitu tentang Islam .Ini adalah kerana Islam yang dianuti dan diyakini ini sepatutnya difahami dengan fahaman yang syamil dan meliputi semua aspek kehidupan manusia dengan ianya (الدين المنهج ) yang diturunkan untuk menjaga kemaslahatan hidup manusia dunia dan akhirat .Justeru itu demi menepati kehendak yang suci lagi murni tersebut maka fikrah tarbiah Islamiah syamilah itu sepatutnya dimanfaatkan oelh syabab Muslim yang meletakkan Allah sebagai Khaliqnya dan Rasulullah sebagai (قدوة ) .Seterusnya kefahaman yang telah meresap ke dalam jiwa tersebut dapat dialirkan dan disebarkan ke dalam masyarakat bertujuan untuk mengamat mereka ke arah memberi al-‘Ubudiyyah dan wala ‘ hanya kepada Allah semata-mata .

DEFINASI TARBIAH
Sesuatu method yang terbaik yang mampu berinteraksi bersama fitrah manusia dikemukakan sama ada arahan secara langsung ( perkataan ) atau tidak secara langsung ( قدوة ) bertujuan mengubah ke arah yang lebih baik melalui dan menepati minhaj dan wasilah yang tertentu .

MATLAMAT TARBIAH ISLAMIAH
Tarbiah Islamiah mempunyai tujuan –tujuan asas dan kepentingannya yang tersendiri .Di antara matlamat tersebut :

1. Pengabdian diri kepada Allah berdasarkan apa yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah S.A.W
وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون الذاريات 56
Maksudnya : “ Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk melakukan ibadah kepadaKu”

2. Menjadi khalifah Allah di muka bumi
Firman Allah :
اني جاعل في الأرض خليفة البقره 30
Maksudnya : “Sesungguhnya Aku menjadikan seorang khalifah di muka bumi ”

3. Taaruf di kalangan manusia
Sebagaimana Allah berfirman :
يأ يها الناس انا خلقناكم من ذكر وانثى وجعلناكم شعوبا وقبا ئل لتعارفوا ان اكرمكم عند الله اتقاكم الحجرات 30
Maksudnya : “Wahai manusia Aku menjadikan kamu lelaki dan perempuan serta berbangsa –bangsa dan berpuak –puak supaya kamu saling kenal mengenali di antara satu sama lain ”
Faktor di atas merupakan matlamat asas kepada Tarbiah Islamiah dan di sana masih banyak lagi matlamat –matlamat lain mengikut pendekatan wasilah tarbiah yang dibawa .

FAKTOR KEJAYAAN TARBIAH

1. Keyakinan yang teguh , bahawa tarbiah adalah satu–satunya wasilah yang dapat mengubah masyarakat dan seterusnya membentuk petugas dakwah supaya dapat bergerak dalam masyarakat .

2. Adanya Manhaj Tarbiah yang mempunyai matlamat tertentu , perancangan –perancangan yang tertentu , sumber yang jelas , bersifat syumul dan mempunyai kaedah dan pendekatan yang berbagai di mana ianya ditegaskan di atas falsafah kefahaman yang terang dan dicedok terus dari ajaran Islam yang tulen .

3. Dijawat sebilangan Murabbi yang Ikhlas , berkemampuan dan amanah dalam melakukan tugas mereka .

Dengan adanya faktor –faktor kejayaan tersebut pasti akan lahir satu ketamadunan manusia yang bersifat rabbani dan mempunyai ketinggian akhlak, mengumpulkan antara ilmu dan iman, antara kebendaan dan maruah, mengimbangi antara dunia dan akhirat di samping menjaga nilai dan kehormatan manusia .

CIRI –CIRI TARBIAH ISLAMIAH

Antara keistimewaan Tarbiah Islamiah itu mempunyai beberapa ciri khusus yang tidak terdapat pada sistem tarbiah yang lain , kerana ia merupakan satu bentuk tarbiah yang diasaskan di atas prinsip aqidah yang mendapat suluhan dari Wahyu Ilahi . Antara ciri tersebut ialah :

Ketuhanan (Rabbani)
Ciri Ketuhanan atau Keimanan dalam Tarbiah Islamiah merupakan ciri terpenting kerana tujuan utama dari pendidikan Islam adalah membentuk manusia yang beriman kepada Allah .Hakikat Keimanan bukanlah hanya kata –kata yang diucap dengan lidah semata –mata .Tetapi ianya merupakan suatu hakikat yang meresap ke dalam akal , mempengaruhi perasaan dan menggerakkan kemahuan , bahkan ianya merupakan keyakinan hati yang dibuktikan kebenarannya dengan amal perbuatan .Firman Allah :
انما المؤمنون الذين امنوا بالله ورسوله ثم لم ير تابو ا وجاهد و ا با موالهم وانفسهم في سبيل لله اولئك هم الصا دقون الحجرات 15
Maksudnya : “Sesungguhnya orang –orang yang beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul kemudian mereka tidak ragu –ragu serta mereka berjuang dengan harta benda mereka pada jalan Allah , mereka itulah orang benar.”

Sesungguhnya tunggak Tarbiah Rabbaniah adalah hati yang hidup .Sentiasa berhubung dengan Allah , meyakini pertemuan denganNya dan hisab , mengharapkan rahmat dan takut kepada siksaan , kerana hakikat manusia adalah terletak pada kebersihan jiwa dan kesejahteraan hatinya .

Sempurna dan lengkap
Di antara sifat –sifat Tarbiah Islamiah itu yang mana ianya mestilah syumul sebagaimana syumulnya Islam .Ia tidak boleh ditumpukan kepada aspek kerohanian dan akhlah sahaja, seperti penumpuan yang dinyatakan oleh bidang tasauf dan akhlak tanpa menafikan bahawa itu juga adalah wajib
Ia tidak boleh ditumpukan kepada aspek mengemukakan teori akliah ( عقليه ) sahaja seperti penumpuan yang dibincangkan oleh ahli falsafah, dengan menyedari bahawa akal juga mempunyai peranannya, meliputi roh dan jasad, hati dan akal, akhlak dan sikap, yang menjadi bekalan di masa senang dan susah, gembira dan derita, damai dan perang yang memungkinkan seorang itu menghadapi segala cabaran dalam diri dan masyarakat.
Oleh itu, Tarbiah mestilah meliputi Tarbiah Rohaniyyah, tarbiah Ijtima’iah dan sebagainya berdasarkan kesyumulan Islam dalam aspek akidah dan kaedah, syariah dan nizam (نظام)

Kesederhanaan (الوسطية ) dan Keseimbangan
Kaum muslimin merupakan umat pertengahan di kalangan umat , dan Islam agama pertengahan di antara agama yang lain .Ahli Sunnah merupakan golongan pertengahan di antara firqah .Oleh itu , pemuda –pemuda Islam mestilah menjaga keseimbangan antara akal dan perasaan , antara benda dan roh , antara teori dan praktik , antara individu dan masyarakat , antara mesyuarat dan taat .
Sesuai dengan ini Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 143:
Maksudnya: Dan demikianlah Kami jadikan kamu suatu ummah pertengahana supaya kamu menjadi saksi (Pemberi keterangan ) kepada manusia dan rasul menjadi saksi kepada kamu.

Justeru, tarbiyah Islamiyah amat mementingkan masalah kesederhanaan dan keseimbangan mendidik individu dan masyarakat muslim bagi melahirkan sesuatu generasi mukmin yang terbaik serta terpilih sebagai tentera agama Allah ini.
Al-Ukhuwwah Al-Islamiyah

Tarbiyah Islamiyah yang mengutamakan persoalan persaudaraan. Addaiyah Al-Islamiyah Abdullah Al-Khatib pernah menyebut dalam memperkatakan konsep Al-Ukhuwwah itu, antara lain katanya:
Al-Ukhuwwah dalam Islam bukanlah semata-mata percakapan di lidah sahaja atau biukanlah ia sesuatu percakacapan yang kosong semata-mata , tetapi ia merupakan ikatan hati dan jiwa melalui ikatan yang paling mahal daripada ikatan yqang lain dan ukhuwwah itu saudara kepada keimanan, manakala perpecahan itu saudara kepada keekufuran dan kekuatan utama umat Islam adalh berpunca daripada kekuatan perpaduan sedangkan perpaduan(وحدة) ini tidak lahir melainkan wujudnya kasih sayang yang semata-mata kerana allah dan sekurang-kurangnya peringkat ukhuwwah itu berlapang dada manakala setinggi-tinggi ialah mengutamakan sahaabtnya lebih dari diri sendiri.

Pembahagian Tarbiyah Islamiyah

Di antara sifat-sifat khusus tarbiyah Islamiyah hendaklah tarbiyah tersebut melaksanakan ke semua aspek kehidupan manusia demi melahirkan suatu umat pilihan yang terbaik untuk membersihkan muka bumi Allah ini daripada segala bentuk penyelewengen. Allah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 110:
Maksudnya: kamu adalah sebaik umat yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh melakukan kebaikan dan menegah dari melakukan kemungkaran.

1. Tarbiyah Ruhiyah
Persoalan roh dalam Islam mempunyai kedudukasn yang tinggi di sisi Allah SWT, walaupun manusia mempunyai kejadian yang hampir sama dengan makhluk lain dari segi pembentukan anggota badan dan kehidupan, namun manusia mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat padqa makhluk yang lain di mana Allah meniupkan roh kepada kejadian manusia seterusnya menjadikan manusia makhluk yang unggul dan mempunyai kemuliaan di sisi Allah berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah SWT dalam surah Al-Hijr ayat 29:

Maksudnya: Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadian serta aku tiupkan padanya roh dari ciptaan-Ku, maka hendaklah kamu tunduk merendahkan diri pada-Nya.

Oleh itu, Islam memberikan penumpuan yang serius dalam mendidik rohani kerana melalui pendidikan inilah yang akan bertunjangnya keimanan yang mendalam dan aqidah yang kukuh di dalam seorang muslim. Di antara amaln yang boleh memberi peningkatan dan kesuburan di dalam pembersihan rohani adalah seperti solat pada waktu malam ( قيام الليل ) serta melakukan amalan-amalan sunat yang lain.

2. Tarbiah Ahklaqiyyah
Pendidikan akhlak menjadi tunggak kepada pembentukkan peribadi muslim. Dan syarat utama untuk melakukan perubahan di dalam masyarakat. Sememangnya masyarakat tidak mahu melihat pendukung agama Allah yang buruk syakhsiah sama ada dari segi percakapan atau perbuatan di dalam menjalankan kehidupan seharian.

Untuk melakukan perubahan yang besar itu, maka beberapa sudut perlulah diberi perhatian yang serius bagi menentukan berjaya atau tidaknya tarbiah ini :

a) Ilmu Syakhsiah yang soleh dan mustaqimah merupakan kehasilan daripada ilmu. Manakala ilmu pula mempunyai hubung kait yang rapat dengan masalah keimanan. Allah berfirman :

يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين اوتوا العلم درجات ( المجادلة 11 )
Sayyidina Umar pernah berkata : Perdalamilah ilmu pengetahuan sebelum kamu dijadikan pemimpin.

b) Taat menjadikan Rasullullah sebagai ( قدوة ) .
Rasulullah s.a.w merupakan ( أسوة حسنة ) dan ( صالحة ) kepada manusia semua zaman dan tempat. Oleh itu tengoklah firman Allah :
لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الاخرة واذكر الله الاحزاب – 21

Pendakwah adalah orang yang sepatutnya mencontohi peribadi Rasulullah dalam semua aspek dan situasi sama ada dalam perkara ibadat, tawaddo’ (تواضع ) lemah lembut atau perkara yang berkaitan dengan syariat Allah.

c) Al-Aamirun Bilma’ruf Wan-Nahyu ‘ani-lmunkar.
Ia merupakan satu taklif daripadaAllah yang muncul dan terbit daripada Kitab Allah, As-sunnah dan Ijma’ itu sendiri.Firman Allah :

كنتم خير أمة اخرجت الناس تأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر
( ال عمران 110 )

Di dalam ayat di atas Allah menyebut beberapa ciri umat Islam, iaitu suatu umat yang beriman kepaad Allah, melakukan amal ma’ruf dan Nahyu ‘anil-munkar, dikeluarkan oleh Allah untuk melakukan kebaikkan di atas muka bumi dan melakukan dakwah terhadap seluruh manusia sama ada kafir musyrik atau derhaka selepas beriman.

3. Tarbiah ‘Uquliyyah
Tarbiah ‘Uquliyyah merupakan suatu bentuk pendidikan yang memberi pandangan serius terhadap ‘akal manusia dalam memberi pengisian dan menyediakan perkara-perkara yang mampu menyuburkan dan meyempurnakan akal fikiran tersebut sehinggalah ia berkemampuan melihat dan mengamati sesuatu dan seterusnya membuat suatu penganalisa dan pengajaran dalam perkara tersebut. Menyedari hakikat bahawa akal merupakan sebesar-besar nikmat Allah kepada manusia maka Islam menitikberatkan persoalan tarbiah itu dapat dilaksanakan melalui berbagai cara:

i- Membebaskan dan membersihkan akal drpd penyelewengan dan perkara-perkara khurafat.
ii-Merangka suatu program/ manhaj yang soleh bagi mentarbiah akal fikiran.

Antara wasilah-wasilah tersebut ialah :

a) Menyeru akal mengambil sebab-sebab ke arah keimanan.
b) Menyeru akal supaya pemerhati dan pemikir hikmat Allah dalam kejadian dan sistem peredaran dunia.
c) Menyeru akal supaya memikirkan tentang hikmat Allah dalam tasyri’ dan perundangan.

4. Tarbiah Jismiyyah
Tarbiah jismiyyah bermaksud mengorbankan usaha dalam mendidik kecenderungan manusia terhadap pertumbuhan dan kecerdasan tubuh badan serta pergerakkanya, menyusun dan menentukan bentuk-bentk pertumbuhannya sama ada yang berbentuk individu ataupun jamaie (secara ramai) sehingga kecerdasan tubuh dan pergerakkan yang lahir dari didikan tersebut akan memungkinkan seseorang menunaikan segala tugas dan tanggungjawab ke arah yang lebih baik.

Antara tujuan asas tabiyyah jismiyyah :
a) Kesihatan badan dan terhindar dari penyakit. Kesihatan badan mempunyai pengaruh terhadap jiwa dan akal. Tubuh yang lemah tidak mungkin dapat melakukan tugas ibadat dan dakwah dengan baik.
b) Kekuatan jasmani sekadar sihat dari penyakit adalah tidak mencukupi, malah badan mestilah mempunyai kekuatan untuk sanggup bergerak dengan cepat dan mudah.
Rasulullah bersabda :

المؤمن القوى خير واحب الى الله من المؤمن الضعيف

5. Tarbiah Ijtima’iyyah
Tarbiah ijtima’iyyah bermaksud menjelaskan dan menentukan secara halus kedudukan atau pendidikan seseorang dalam suatu masyarakat di mana ia hidup bersamanya menjelaskan hubungan manusia dengan alam persekitaran, menggaris dan menentukan kaedah serta peraturan kemasyarakatan. Ini bertujuan mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam kehidupan masyarakat, melazimkan manusia melalui peraturan tersebut ke arah mentaqarrub diri kepada Allah,seterusnya untuk mencapai kemaslahatan dunia dan akhirat.

Amal untuk kebaikkan masyarakat merupakan sebahagian dari misi seorang muslim di dalam kehidupan. Al-Quran menunjukkanmisi dalam beberapa bidang, di antaranya ialah :
1) Bidang yang mengatur hubungan dengan Allah iaitu ibadat
2) Bidang yang mengatur hubungan dengan masyarakat iaitu amal kebaikan.
3) Bidang yang mengatur hubungan dengan musuh iaitu jihad.

Wasilah Tarbiah

Antara wasilah tarbiah yang utama ialah mrngadakan hubungan yangberkesan dengan kitab Allah, membaca, mengkaji dan memahami secara terperinci kerana ia akan membuka pintu hati dan menyuluh cahayanya ke setiap ruang kehidupan muslim. Sesungguhnya cahaya yang menerangi kegelapan, petunjuk kepada kesesatan, ubat yang menyembuhkan penyakit dan roh yang menghidupkan jiwa yang mati.

Begitu juga seseorang itu perlu sentiasa mengadakan hubungan yang rapat dengan sirah Rasulullah s.a.w. Antara lain ulama’ Islam telah menggariskan beberapa bentuk tarbiah, antaranya ialah nizam halaqah, muqayyam ( مقيم ) dan sebagainya. Kesemua wasilah tersebut mempunyai hubungkait di antara satu sama lain.
Penutup

Kertas kerja yang tidak seberapa dan serba ringkas ini bertujuan untuk menambahkan maklumat dan memperluaskan serta menjelaskan fikrah tarbiah islamiyyah kepada syabab muslim agar ianya dapat direalisasikan di dalam kehidupan mereka sesuai dengan ikhwah dan akhawat bakal mujahid yang akan menjadi du’ah kepada agama ini.
Seterusnya supaya syabab muslim ini dapat berhadapan dengan kuasa mustakbirin khususnya dimana kuasa-kuasa tersebut sedang menaja dan memperkenalkan Nizam Alami Jadid ( Order Baru Dunia ). Pembunhan yang berleluasa di Bosnia dan Herzegovina muqaddimah kepada pakatan jahat mustakbirin tersebut tetapi sungguh pun demikian, janji Allah tetap benar. InsyaAllah Bosnia dan Herzegovina akan menjadi Afghanistan kedua setelah berlakunya kejatuhan komunis tersebut.

OLEH : ZULKARNAIN ISMAIL ( Ketua Dewan Ulama Melaka )

Peringatan Buat Diriku Yang Lalai .. Bekorbanlah

.
0 comments

Selamat Hari Raya Korban. Malu rasanya bila berbicara soal pengorbanan. Biarpun kalimah itu terlalu mudah dituturkan oleh sesiapa sahaja. Melihat diri yang masih jauh dari melaksanakan erti pengorbanan terasa apa yang dituturkan kosong dari pengisian dan tuntutan yang dikehendaki. Apa yang dikorbankan selama ini..? Harta? Tenaga ? Nyawa ? KOmitmen ? Semuanya itu masih jauh dari erti pengorbanan mencari redha Allah.

Diri ini tidak sehebat Habil yang mencari kibasy terbaik untuk dipersembahkan kepada Allah. Juga tidak sehebat Nabi Ibrahim yang sanggup melaksanakan perintah Allah menyembelih anak kesayangan. Tidak mampu juga menjadi seperti Nabi Ismail yang bersedia untuk menuruti perintah Allah. Masih terlalu jauh menjadi sehebat Saidatina Khadijah binti Khuwailid R.A yang mengorbankan seluruh jiwa raga dan hartanya untuk perjuangan insan mulia Nabi Muhammad SAW. Masih jauh juga untuk melaksanakan pengorbanan segigih Saidina Abu Bakar As-siddiq yang tidak hanya mengorbankan seluruh hartanya untuk Islam bahkan menyediakan dirinya untuk melindungi Rasulullah SAW. Mencontohi Suhaib Ar-rumi yang meninggalkan kemewahan dunia untuk menjejak perjuang mencari redha tuhan.

Masih berkira-kira dengan masa untuk dikorbankan di jalan Allah. Masih berkira untuk menginfaq harta dan kesenangan demi maksud pengorbanan di jalan Allah. Lemahnya diri ini andai serendah pengorbanan itu masih lagi tidak mampu untuk dilaksanakan. Usah berbicara tentang kemenangan jika diri masih belum mampu bekorban. Allah tidak akan memberi sesuatu yang istimewa apabila kita tidak mampu mengorbankan sesuatu yang istimewa.

Allah telah menjanjikan untuk membeli dari orang beriman segala yang dikorbankan dari nyawa dan harta dengan gantian syurga di akhirat kelak. Tidakkah cukup untuk memberi motivasi buat diri untuk bekorban? Apakah nilai dunia yang dikasihi ini lebih mahal dan berharga berbanding syurga janjian Allah buat kita? Pangkat, kesenangan dan kemewahan semuanya itu hanyalah sementara bahkan kekadang menjadi bias untuk diri kita. Menjadikan kita masih beralasan dan berhujah untuk menafikan pengorbanan hanya kerana menjaganya. Bukankah mencari redha Allah itu ada kalanya mengundang murka makhluk, sedang mencari redha makhluk biasanya mengundang murka Allah . Mengapa masih sukar untuk dikorbankan ..

Lobai Kampung : Jika kita tidak bersedia untuk bekorban bersedialah untuk dikorbankan..

Mengingati Mati Yang Pasti ...

.
2 comments

Entah berapa lama lagi kita mampu menghirup segala nikmat hidup yang ada di saat ini. Tiada siapa mengetahui saat kematian yang menjadi janji yang pasti Allah bagi setiap insan yang bernyawa. Malangnya ramai di kalangan kita masih menanti dan berkira-kira dengan kehidupan yang tak pasti dan melupakan saat kematian yang pasti. Janji mati yang pasti itu disebut oleh Allah di dalam Al-Quran : " Setiap nyawa pasti akan merasai kematian " Tapi malangnya kita, yang pasti itu kita tidak bersedia, malah yang tidak pasti itu panjangkan angan-angan padanya.


Mengingati kematian adalah suatu tindakan bijak yang diiktiraf oleh Nabi Muhammad SW di dalam sabdanya : " Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati kematian dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya mereka itulah orang-orang yang bijaksana mereka telah pergi dengan membawa penghormatan dunia dan kemuliaan akhirat." Mengingati kematian bukanlah mendorong kita untuk berhenti melakukan usaha keduniaan, sebaliknya menjadikan kita lebih berhati-hati dengan gerak kerja dunia ini kerana setiap apa yang kita lakukan itu pasti memberi kesan untuk kehidupan selepas kematian kita. Orang yang mengingati mati tidak akan khianat kerana mereka bimbang dengan balasan perbuatan tersebut. Mereka lebih berintegriti kerana nilai kejujuran mereka tidak diikat dengan kebendaan yang bersifat binasa, sebaliknya ikatan keyakinannya pada penantian yang pasti iaitu KEMATIAN.

Mengingati kematian juga menjadikan kita tidak tunduk kepada syahwat yang buta dan menyesatkan. Ia menjadi satu peringatan yang sangat berharga buat semua insan dari yang bergelar raja sehingga rakyat biasa dari yang kecil hinggalah yang besar agar tidak sewenangnya melempiaskan syahwat untuk kesenangan hidup semata-mata. Sabda Nabi SAW : " Perbanyakkanlah mengingati mati kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang melakukan dosa dan menjadikannya berzuhud dalam urusan dunia " Ia juga mampu menjadi sebaik penasihat untuk diri kita. Penasihat yang tiada apa kepentingan dengan diri kita seperti yang disabdakan dalam hadis yang lain : Cukup mati itu menjadi penasihat ( menginsafkan)

Orang yang tenggelam dengan urusan dunia dan terpesona dengan tipu dayanya hatinya akan lalai dari mengingati mati. Kalaupun ingatannya kepada kematian menimbulkan rasa kesedihan, kesedihan itu hanya digerakkan oleh rasa sayang dan kasih untuk meninggalkan segala kesenangan keduniaan. Namun bagi mereka yang benar taubatnya kepada Allah akan sentiasa memastikan dan menjaga dirinya dari kembali kepada dunia yang membinasakan. Mereka yang yang mengenal hakikat dirinya pula pasti akan mengingati mati pada bila-bila masa, kerana baginya kematian adalah detik indah bertemu dengan kekasihnya Allah Rabbul Jalil.

Kembali merenung pada diri ini. Bagaimanakah aku, engkau dan kita semua ? Apa yang kita kejar selama ini apakah untuk kehidupan atau untuk kematian. Jika kita masih belum mampu menghilangkan kecintaan kita kepada dunia, janganlah sampai dunia itu membelenggu kita untuk mengingati kematian. Insafilah diri di saat ramai insan yang kita kenali telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita. Bagaimana mereka dan bagaimana pula kita nanti ? Lazimkan diri menziarahi kubur, melawat orang yang sakit dan membantu menguruskan jenazah. Bayangkan, andai apa yang kita lihat itu berlaku ke atas diri kita bagaimana kita akan menghadapi saat-saat begini . Jangan tertipu dengan badan anda yang sihat kerana mati tidak semestinya dengan penyakit dan jangan juga tertipu dengan umur yang muda kerana mati tidak semestinya di kala tua . Ya allah .. Ampunkanlah aku ..

Lobai Kampung : Sejak malam isnin yang lalu, sehingga malam jumaat ini jadual dipenuhi dengan jemputan bacaan yaasin dan tahlil ... Semoga diri ini tidak pernah lupa dengan kematian . Al-Fatihah buat nenda yang dikasihi Al-Marhumah Seriah bt Yasin yang kembali ke rahmatullah pada 18 November 2009.

SUKSES DALAM TAAT - SELAMAT BERJUANG BUAT SEMUA

.
0 comments

Setiap manusia mengimpikan pencapaian terbaik di dalam bidang mereka. Pencapaian terbaik atau disebut dengan kejayaan menjadi harapan untuk semua biar di mana bidang sekalipun. Di dalam Islam, memperolehi pencapaian terbaik di dalam bidang yang diharuskan adalah sesuatu yang menjadi galakan. Sabda Nabi SAW :


" Sesungguhnya Allah mengasihi di kalangan kamu yang beramal dan memperelokkan amalannya "

Bagi seorang pelajar, sudah tentu pencapaian akademik yang terbaik menjadi impiannya. Bagi yang berkerjaya pencapaian di dalam kerjayanya menjadi sasaran untuk dicapai. Sesiapa pun sudah tentu mengharapkan pencapaian yang cemerlang.

Sudah terlalu ramai membicarakan soal bagaimana mencapai kecemerlangan dan kejayaan, namun kadang-kadang kita sering melupakan suatu perkara yang sangat penting di dalam mengejar pencapaian tersebut. Apakah kejayaan dan kecemerlangan yang kita perolehi itu berada di dalam nilai ketaatan kepada Allah atau sebaliknya. Membicarakan ketaatan kepada Allah adalah merupakan agenda paling penting bagi seseorang Muslim, jauh lebih penting dari kejayaan tersebut. Cuma, apabila mata manusia lebih jelas melihat dunia dari melihat akhirat, perkara ini menjadi sampingan. Bahkan kadang-kadang diabaikan sahaja. Sedangkan apa jua kejayaan yang diperolehi dengan unsur maksiat kepada Allah merupakan penyebab kepada azab dan kemurkaan Allah. Biar gemilang sehebat mana pun kejayaan tersebut tetapi mengandungi nilai maksiat kepada Allah, kejayaan itu hanya akan menjadi sia-sia. Ingatlah, kejayaan sebenar bukanlah kejayaan yang diperolehi dengan nilaian pencapaian sahaja malah lebih jauh dari itu adalah tanggungjawab dari kejayaan tersebut. Kita akan cuba berkongsi nilai-nilai ketaatan dan menerapkan di dalam kehidupan dan matlamat agar impian kita akan berjalan di atas paksi ketaatan kepada Allah. Tidak hanya kejayaan di dunia ini kita impikan malah bagi manusia yang bijak kejayaannya itu akan menjadi penyelamat baginya selepas kematian.

Mencapai kejayaan tidaklah sesukar mengekalkan kejayaan di dalam ketaatan kepada Allah. Apalah nilainya kejayaan yang kita perolehi di dalam maksiat. Memang pada zahirnya kita berjaya, tetapi berjaya yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Sejarah ummat yang terdahulu banyak memaparkan mereka mampu mencapai ketamadunan dan kejayaan yang hebat tetapi melakukan maksiat akhirnya kejayaan itu tidak ada maknanya lagi. Sukses Dalam Taat cuba merungkaikan persoalan SUkses dalam bentuk nikmat bukan laknat.

Sebelum kita berbicara lebih lanjut mengenai kejayaan dengan nilai ketaatan adalah lebih baik kita terlebih dahulu memahami konsep kehidupan manusia di atas muka bumi ini .Kehidupan manusia adalah merupakan satu amanah dari Allah SWT. KIta bukan pemilik mutlak kehidupan ini. Bila-bila masa kita akan dijemput menghadap rabbuljalil. Biar pun tanpa tanda dan isyarat, kerana kematian itu tidak semestinya dengan sakit dan tidak semestinya dengan umur yang tua.

Sewajarnya kita memahami bahawa dunia ini bukan segalanya. Gagal memiliki sesuatu yang diimpikan di dunia ini bukan bererti gagal mutlak. Namun apabila hati kita lebih melihat sesuatu yang hampir dan nampak, maka kita sering kecewa apabila gagal memiliki pencapaian hebat di dunia.


Lobai Kampung : Sebahagian dari petikan buku ' SUKSES DALAM TAAT ' yang masih belum siap-siap. Semoga adik-adik yang saya motivasikan dan temui untuk hadapi SPM/ STPM pada tahun ini akan beroleh SUKSES di dalam ketaatan kepada Allah, bukan ketaatan bermusim. Terutama kepada calon SPM/ STPM dari Maahad Ahmadi, ITQAN, SMAD KLANA dan sekolah-sekolah yang lain yang tidak dapat disebutkan di sini ...

Tok Guru Dalam Dakwah vs Tok Guru Dalam Politik

.
0 comments


Seorang ilmuan agama di Malaysia ini diangkat dan dikenali sebagai ulama. Suatu gelaran yang tinggi walau pun ramai di kalangan ilmuan agama kurang selesa dengan gelaran tersebut kerana merasakan tidak layak. Gelaran ulama' sudah menjadi sebutan biasa di kalangan masyarakat sekalipun yang empunya diri rasa tidak layak. Dr Mahathir pernah memperli gelaran ulama dengan sinis kepada ahli Persatuan Ulama' yang baginya terlalu mudah untuk mendapat gelaran tersebut.

Panggilan biasa yang digunakan kepada para ulama' adalah Tuan Guru @ Tok Guru dan yang biasa dipanggil ustaz, bagi yang berkelulusan ada yang dipanggil Doktor, manakala ada yang sudah berpingat dipanggil Dato'. Siapa pun mereka, cabaran yang dihadapi oleh mereka cukup rencam dan berbeza. Mungkin yang berdakwah di dalam masyarakat tanpa latar belakang politik yang jelas mendapat penerimaan berbeza dalam masyarakat tentunya. Ada sebahagian mahu yang jelas dan ada yang lebih selesa menyembunyikannya.

Di Malaysia, apabila yang bernama Tuan Guru itu dari PAS dan berjawatan di dalam PAS cabaran dan mehnahnya juga rencam serta berbeza. Ada yang tidak dibenarkan berkuliah, ada yang menghadkan penyebaran ilmunya, pendek kata mereka tidak akan diberi jalan selesa untuk berdakwah. Kebetulan, saya bekesempatan menonton rancangan 'Bahtera Perubahan' yang dikendalikan oleh mantan Mufti Perlis Dr Asri pada ahad yang lalu. Peliknya, seorang yang ditangkap mengajar beberapa orang di dalam sebuah rumah kerana tidak ada tauliah, tetapi boleh pula mengajar di televisyen yang jumlahnya ratusan ribu orang yang menonton. Sebab itu apabila dikaji tentang kes beliau jawapan akhirnya adalah percaturan politik .. Dr Asri membangkitkan tentang amalan khurafat di dalam masyarakat melayu, antaranya mempercayai hadis musfahah ( bersalaman ) yang didakwa dibawa oleh seorang tuan guru dari Indonesi dan penggunaan kayu koaka. Kesemua perkara yang dibangkitkannya itu sebenarnya telah dijawab oleh Syeikh Nuruddin dalam kuliahnya di Malaysia, tetapi tidak tersiar pula dalam Astro.

Saya melihat selagi apa yang ditegur tidak menyentuh survival poltik UMNO dan BN ianya masih dalam ruang lingkup yang dibolehkan untuk dibahaskan. Tetapi apabila menyentuh khurafat yang dibawa oleh UMNO dan BN di dalam pemikiran rakyat Malaysia selama ini, sudah pasti tuan guru itu akan mengalami pelbagai tekanan. Ikon Tuan Guru yang sinonim dengan pendedahan khurafat UMNO-BN adalah tuan Guru Nik Abd Aziz. Tok Guru istiqamah menentang khurafat di dalam masyarakat termasuk apa yang tidak berani ditegur oleh ulama yang lain. Hasilnya, tekanan demi tekanan diterima oleh beliau termasuk isu pemergiannya menunaikan haji. Jika Tok Guru Nik Aziz bukan semata seorang Menteri Besar bagi sebuah negeri, bahkan dia juga adalah seorang tuan guru yang disegani dan disenangi. Menambangkan pemergiannya ke Makkah dilihat sebagai rasuah tetapi apabila menambangkan seorang Menteri Besar dan keluarganya ke Disneyland dan Hawai tidak pula dikira rasuah .

Bagi yang mahu selesa bergerak dakwah tidak perlu menjadi seperti tuan guru, tetapi bagi yang mahu melihat ketelusan dan kebenaran orang seperti tuan guru perlu dicetak seramai yang mungkin. Kalau seorang Tuan Guru Nik Aziz sudah mampu menggoyahkan khurafat UMNO bayangkan kalau di setiap negeri ada seorang seperti beliau ...

Lobai Kampung : Andai tak mampu menjadi matahari, jadilah pelita, andai tak mampu jadi pelita janganlah dipadamkan cahaya ... Dedikasi buat semua yang terus menyokong, cabaran buatku mungkin tak sehebat cabaran Tok Guru Nik Aziz, apa yang pasti kezaliman mesti ditentang !!!

Menyanggah Hujah Dr Aziz Bari & Dr Abu Hasan

.
5 comments


Tak habis-habis lagi ulasan dan kritikan tentang Seminar Memperkasa Parti. Entri kali ini adalah terakhir mengenai Seminar tersebut dan isu yang berkaitan dengannya selepas ini focus kepada kerja yang perlu dilaksanakan.Hujah Dr Aziz Bari dan Dr Abu Hasan yang menjadi panel dalam seminar baru-baru ini akan mampu disanggah oleh semua ahli dan pimpinan PAS dengan membuktikannya dengan kejayaan cemerlang di dalam PRU ke 13.Yang dibimbang adalah penurunan sokongan terhadap PAS pada PRU 13.

Semua hujah mereka berdua akan menjadi salah apabila PAS berjaya mempertahankan kerusi yang dipertandingkan, memenangi kerusi yang ditandingi dan menjatuhkan BN pada peringkat nasional. Kalau itu jadi kenyataan maka semua fakta mereka akan mampu disanggah dengan bukti tersebut. Namun, mudahkah semuanya itu untuk dilaksanakan. Orang bijak akan mencipta peristiwa yang kurang bijak sekadar mampu bercerita mengenai peristiwa. Buktikan ahli PAS lebih cerdik dari 2 orang ahli akademik tersebut dengan menggerakkan semua jentera yang ada di semua peringkat.

Kita tidak perlu murka dengan dua doktor tersebut rasanya. Marilah kita kembali fokus kepada kerja kita. Pandangan mereka mengenai kita ada benarnya. Jika mereka membuat gambaran tentang kejatuhan PAS pada Pru 13 berdasar kajian dan pandangan mereka mengapa kita perlu nafikan sedangkan kita sendiri menyedari hakikat kelemahan parti kita. Di DUN/ Parlimen/Negeri yang kita menangi sejauh mana kita memberi khidmat kepada rakyat. Sejauh mana undi yang mereka beri pada Pru 12 dahulu akan kekal di tangan kita dan kita akan menang lebih selesa? Rakyat baru mengenali PAs terutama di negeri sebelah selatan. Persepsi mereka kepada PAS masih ada yang negatif. Inilah yang perlu difikirkan. Usaha mempopularkan PAS perlu giat dijalankan. Di samping jumlah pengundi baru yang perlu diberi perhatian.

Manakala di DUN/Parlimen yang akan ditandingi oleh PAS sejauh mana pula gerak kerja kita. Cukupkah bilangan cawangan untuk menampung keperluan pengundi di setiap peti undi. Berapa pula dana yang telah kita miliki dan pasti akan miliki untuk PRU 13.Bagaimana penerimaan terhadap PAS. Post Mortem kekalahan dalam PRU 12 yang lalu apakah telah dijadikan asas di dalam mengatur strategi baru. Atau kita sekadar berpuas hati dengan strategi sedia ada untuk menang. Banyaknya soalan semua ini kena dibuat oleh ahli PAS.

Semua ini perlu dibaca kerana kita memilih jalan pilihanraya. Satu undi adalah penentu. Memang hakikat kemenangan itu dari Allah, tapi padankah dengan usaha sambil lewa yang kita buat? Oleh kerana itu kerja kita yang jelas adalah 'tambahkan orang mengundi PAS mengurangkan orang mengundi UMNO' Bagaimana? Inilah ubat yang kita kena cari dan usahakan bersama. Jangan tanya Dr Aziz Bari nanti mesti dia jawab saya takde ubatnya. Mari BEKERJA cakap banyak pun tak guna ...

Pandangan Sisi Kecil

.
0 comments


Setidaknya Seminar Memperkasakan Parti yang diadakan di Taman Melewar pada 7 November 2009 telah memberikan petunjuk kematangan untuk mengenengahkan usaha memperbaiki parti Islam Semalaysia walaupun membuka ruang untuk dikritik. Ramai yang semakin sayang dan memberi perhatian di atas perkembangan PAS masa kini. Di atas segala pandangan yang diberikan sama ada mereka yang berada di luar PAS mahupun di dalam PAS masing-masing berpandangan pada sudut kedudukan mereka yang tersendiri.

Apa yang lebih utama dari segala pandangan itu sama ada dari luar atau dari dalam PAS harapnya ia bergerak di atas ketulusan mahu melihat kejayaan jemaah Islam PAS. Dr Aziz Bari memberikan pandangannya walaupun bagi sebahagian ahli agak kritis dan keras namun jika dibuat di atas ketulusannya marilah kita menerima dengan hati terbuka. Kita bersyukur, setidaknya kita tidak mudah reput dengan pujian yang melambung tinggi sehingga lupa akan kelemahan kita yang masih banyak perlu dibaiki.

Contoh terdekat bagaimana di Bagan Pinang. Kita merasakan kekuatan itu berada di pihak kita. Namun hakikatnya hanya diketahui apabila keputusan diketahui. Saat itu post mortem walau 1000 muka surat sekalipun tidak ada gunanya. Biarlah kita mengubah kelemahan kita sebelum kita diubah oleh rakyat yang hilang keyakinan pada kemampuan PAS.

Seminar Khas itu membuka ruang untuk pihak musuh membesar-besarkan lagi isu 'keretakan' PAS. Namun harapnya ahli PAS semakin matang untuk membaca dan menilai. Kata bijak pandai jika anda ingin menyelidiki kelemahan anda, selidikilah dari musuhmu. Penilaian musuh mungkin tepat pada pandangannya melihat kelemahan kita. Jika kita berkira untuk melihat siapa yang mendedahkan kelemahan kita, bimbang kita juga akan reput macam UMNO.

Marilah bersama untuk belajar menguruskan pandangan dan pendapat dalam masa yang sama tidak pula melebarkan titik perpecahan. Adab menghormati keputusan yang dibuat secara syura mesti dipatuhi sekalipun ada yang tidak kena dengan selera kita, kerana dari syura itulah datangnya rahmah dan nusrah dariNya. Berilah kepercayaan pada pimpinan yang diamanahkan. Kita terus bergerak dengan posisi masing-masing. Allah tidak akan memberi kemenangan jika kita sekadar hebat, tetapi tidak memenuhi syarat kemenangan yang dikehendaki Allah. Hizbullah akan terus dipelihara.. mereka yang tidak layak akan 'diundurkan' oleh Allah tanpa kita perlu memintanya. Yakinlah. Allahu Akbar

Lobai Kampung : Harapnya selepas ini penggantungan PAS Kawasan Seremban dapat diselesaikan segera oleh pimpinan jika benar kita sudah bersedia untuk BERUBAH ..

Siapa selepas Dr Asri ...?

.
0 comments



Berita penangkapan Dr Asri kerana mengajar tanpa tauliah benar-benar mengejutkan, ingatkan Dr Asri di tangkap di Negeri Sembilan rupanya di Selangor. Pelik, memang pelik. Alasannya tiada tauliah. Itu adalah sumber pertama tangkapan. Namun apabila mendengar sidang media beliau ternyata di sebalik cerita tauliah itu ada cerita yang lebih besar sehingga mengheret kepada penangkapan beliau. Cerita lanjut layarilah laman web yang menyiarkan rakaman sidang media beliau.

Saya bukanlah seorang penyokong Dr Asri. Banyak aliran pandangan dia agak keras dan kurang sesuai di dalam suasana masyarakat masih cetek ilmu dan pengetahuan tentang ad-Din. Pun begitu, di atas dasar 'taawun ala albir wa taqwa' penangkapan beliau saya kira tidak wajar dilakukan. Mantan mufti sepertinya pun boleh ditangkap masakan tidak lobai-lobai lain yang tak mufti ini bila-bila masa boleh dihalang.

Apabila meneliti kisah Dr Asri ini, jelas menunjukkan UMNO-BN sangat memerlukan seorang ulama yang berstatus berstatus 'public figure' untuk memberi kredit kepada UMNO. Walaupun tidak menyertai UMNO. menjadi proksi UMNO ( YADIM ) pun sudah mencukupi bagi menyalurkan sokongan talian hayat buat UMNO. Bukan sedikit sejarahnya, kita ambil yang mutakhir seperti Ustaz Firdaus Ismail ( mantan Imam Masjid Negara ) yang digunakan untuk mengalahakan Dr Wan Azizah di Permatang Pauh, Dr Mashitah Ibrahim (mantan Pensyarah UIA) yang digunakan untuk menyokong Islam Hadhari dan terbaru Dato Jamil Khir Baharom dilantik menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Tidak mustahil jika Dr Asri menerima jawatan Pengarah YADIM dia akan diletakkan di mana-mana parlimen untuk ditandingi atas nama BN. Mungkin di Permatang Pauh.

Golongan ilmuan agama adalah golongan yang berpengaruh. Pengaruh mereka bertambah hebat bila diberi peluang mendekati masyarakat melalui media utama seperti TV dan akhbar. Sebab itu sejarah tokoh Forum Perdana Ehwal Islam yang pernah mendapat sambutan luar biasa masyarakat menjadi pengajaran sangat berharga buat UMNO untuk mengenengahkan golongan ilmuan agama. Dr Harun Din, Ustaz Tuan Ibrahim, Ustaz Ismail Kamus, Dr Hasan Ali, Dr Badrul Amin antara angkatan ulama yang diketengahkan di dalam masyarakat melalui media perdana. Akhirnya kesemua mereka mengisytiharkan untuk bersama pembangkang. Sebab itu UMNO kini sedapa upaya menapis dan memastikan yang tersiar dan disiarkan di dalam media perdana tidak memberi wabak kepada UMNO. Ustaz-ustaz ditapis, butiran katanya diteliti, latar belakangnya diamati agar sejarah hitam memperkenalkan calon PAS secara percuma tidak lagi berlaku.

Bagi semua ilmuan agama yang bergerak di seluruh negara sama ada di atas nama bebas atau di atas kapasiti jawatan masing-masing perlu sentiasa berhati-hati dengan mainan UMNO untuk mencuri dan mengambil peluang terhadap golongan seperti ini. Menyampaikan ilmu tidak menjadi salah tetapi bercakap mengikut kehendak mereka itulah yang mengundang fitnah. Tawaran dan ugutan sudah menjadi mainan biasa bagi mereka.

Sebab itu apabila kita tidak bersama di dalam jamaah kita akan mudah diterkam dan dipermainkan oleh mereka. Golongan agama tidak hanya mesti menjadi penyokong kepada perjuangan Islam dan kebenaran, bahkan mereka mesti mendokong serta memimpin masyarakat. Kalaupun kita hebat di mata masyarakat mengajar ke sana ke mari tetapi tidak pula berintima' dengan perjuangan Islam dalam erti kata bersama jamaah, kita akan lebih mudah menjadi mangsa terkaman dan kebuasan golongan mustakbirin. Bersama jamaah bukan semestinya sehingga menjadi pimpinan, cukuplah setidaknya menghadiri usrah dan program anjuran jamaah dan jangan sesekali putus hubungan dengan jamaah.

Tidak mustahil dalam Pilihanraya Umum akan datang lebih ramai golongan ilmuan agama akan cuba diletakkan oleh UMNO untuk memenangi kerusi yang ditandingi oleh PAS. Kalau dahulu, terutama di Negeri Sembilan Ustaz-ustaz UMNO sukar mendapat tempat untuk menjadi calon dalam pilihanraya, tidak mustahil pilihanraya akan datang mereka boleh persiapkan diri untuk menjadi calon. Paling tidak pun, mungkin di Paroi .. siapa tahu ..?

Menilai Keikhlasan Intima' Di Dalam Perjuangan

.
1 comments


Pelbagai pandangan dikeluarkan apabila TG Nik Aziz menyuarakan EGM di dalam PAS. Paling mual didengar ulasan dari TPM yang terus menggambarkan kemelut dalam PAS yang begitu serius. Alhamdulillah, kita masih mampu berdiri dengan akhlak di dalam jemaah biarpun pelbagai pandangan dari dalam dan luar parti datang mengasak. Seperkara yang perlu diingat bersama PAS bukan semata berada di tengah masyarakat menawarkan khidmat sebagai sebuah parti politik dan dalam masa yang sama kukuhnya perjuangan ini kerana meletakkan asas sebagai sebuah jemaah Islam yang berteras dasar Al-quran dan As-Sunnah. Kalau tidak kerana asas ini sudah lama PAS mengalami nasib yang lama seperti Parti Politik yang lain yang pernah wujud dan berkubur sebelum ini.

Ahli dan kepimpinan PAS perlu kembali memperkukuhkan tarbiyyah di dalam jemaah. Kefahaman yang jelas perlu diberikan terutama mengenai konsep intima' di dalam perjuangan. Kita bersama dengan PAS bukan kerana simpati, bukan kerana sentimen atau kekaguman terhadap ketokohan pemimpin tetapi digerakkan melalui kefahaman yang di bina. Umar b Abd Aziz pernah menyatakan " Siapa yang beramal tanpa pengetahuan (faham) lebih banyak merosak dari mengelokkan" Imam As-syahid Hasan Al-Banna menggariskan 20 prinsip di dalam memahami rukun faham dalam harakah Islamiah. Demikian betapa penting soal kefahaman di dalam menggerakkan intima'

Keputusan yang telah dibuat oleh JK PAS Pusat perlu diterima dengan hati yang terbuka. Jauhkan rasa prasangka yang akhirnya membinasakan kekuatan kita. JIka dengan cadangan memecat boleh menyelesaikan satu masalah tidak mustahil ia juga mendatangkan masalah yang lain. Fokus kita jangan pada negeri yang telah menang sahaja kepimpinan dari negeri yang masih belum menang ini juga perlu diberi perhatian. Mungkin kerana yang telah menang ruang fitnahnya lebih luas dan terbuka kerana berada di puncak kuasa, namun bagi yang masih belum menang ini juga perlu dikoreksi sama, agar kemenangan yang bakal diperolehi nanti disambut oleh mereka yang benar-benar tulus keikhlasannya, benar kefahamannya.

Masih banyak kerja yang perlu dibuat. Kekalahan di Bagan Pinang sepatutnya tidak dilihat sebagai sesuatu episod sedih dan duka lalu menyalahkan sesama kita. Kekuatan dan momentum PAS rupanya cuma kuat di sebelah utara dan pantai timur. Di sebelah selatan masih lagi terkapai mencari kekuatan. Bagaimana membina kekuatan itu, maka inilah kerja banyak yang sedang diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz apabila menyatakan punca kekalahan kita kerana kefahaman Islam yang masih belum subur dalam masyarakat. Benar ! Itulah kerja kita. Kerja sebuah gerakan Islam dan bukan parti politik semata-mata. Bekerjalah dan terus bekerja sehingga kita mampu untuk merasakan " KEWAJIPAN LEBIH BANYAK DARI MASA YANG ADA..."

Merenung Titah Sultan Brunei

.
1 comments


Kenapakah sebahagian remaja dan belia hari ini yang memakai pakaian menjolok mata? Jika dikaji kebanyakannya adalah berpunca dari pengaruh luar.

Perkara ini pernah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan pada 1 Ogos 2006, antara titah baginda:

"Beta suka mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin belia khasnya dan juga semua yang hadir, bahawa golongan belia, terutama belia remaja adalah sentiasa terdedah kepada eksploitasi pihak-pihak tertentu untuk kepentingan mereka. Ada belia-belia yang digunakan untuk melariskan pelbagai produk hiburan dan ?costume? yang tidak serasi dengan adat resam bangsa. Mengapakah belia menjadi sasaran? Kerana sifat-sifat mereka yang memang menarik, di samping juga faktor kejiwaan, di mana mereka mudah terpengaruh kepada perkara-perkara hangat dan baru."

Kesempatan inilah yang sering diambil oleh pihak-pihak yang berkaitan itu tanpa mempedulikan, sama ada baik ataupun buruk. Eksploitasi terhadap kelemahan-kelemahan belia seumpama ini wajarlah jangan dibiarkan, tetapi perlu diambil perhatian serius serta ditangani oleh kita semua, khasnya para pemimpin belia sendiri. Program-program menyuntik kesedaran perlulah disusun, termasuk juga untuk para ibu bapa dan masyarakat sebelum ianya menjadi isu sosial yang kronik.

"Siaran televisyen dari negara jiran yang bersaudara dengan nagara kita juga banyak mempengaruhi siasah serta jati diri anak bangsa kita kerana kebanyakkan siaran yang disiarkan adalah berbentuk hiburan yang amat-amat melalaikan serta merosakan iman kita selaku umat islam,,

Beta juga mengizinkan serta amat mengalakkan para ulama` serta ilmuan islam dalam Negara Brunei DarulSalam ni menegur segala kepincangan yang berlaku ke atas system pemerintahan beta dan juga kepincangan serta masalah sosial di dalam masyarakat umum.. suka juga beta maklumkan di sini bahawa para ulama` mempunyai kuasa penuh untuk menegur apa sahaja kemungkaran yang berlaku di dalam negara Brunei DarulSalam..

Dalam menangani masalah ini, semua pihak adalah bertanggungjawab terutamanya ibu bapa dan suami untuk menegur dan membimbing isteri dan anak-anak mereka. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59, tafsirnya:

"Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuan yang baik-baik maka dengan itu mereka tidak diganggu."

Dalam kita sama-sama menikmati arus kemodenan ini, janganlah kemodenan itu disalahertikan sebagai pergaulan bebas yang melampui batas tatasusila dan hukum agama seperti cara berpakaian yang mendedahkan aurat dan sebagainya terutama di kalangan remaja dan belia. Sebaliknya kemodenan itu hendaklah digunakan untuk kebaikan dan kemudahan dalam urusan seharian kita. Hidup moden tidak semestinya bergaul bebas, hidup moden tidak semestinya mendedahkan aurat.

Akhirnya, marilah kita selaku suami atau ibu bapa membimbing isteri dan anak-anak dalam mematuhi segala suruhan Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan yang demikian, kita akan selamat di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal?alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An- Nuur ayat 31, tafsirnya:"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada memandang yang haram dan memelihara kehormatan mereka. Dan janganlah mereka memeperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.

"Selaku umat islam kita harus mematuhi segala suruhan serta larangan Allah Subhanahu Wata`ala tanpa sebarang bantahan kerana kita adalah makhluk ciptaannya..

sumber : http://isuhagat1.blogspot.com/2009/10/titah-sultan-brunei.html

Lobai Kampung : Kalau benar inilah titah Sultan Brunei, setidaknya boleh juga bernafas para ulama dan daie menegur kepincangan masyarakat. Gandingan antara ulama' dan umara' akan memberi kesejahteraan kepada sekalian rakyat.

Jika PAS tidak beri saingan, Penduduk Bagan Pinang tak ditabur janji begini

.
1 comments

Melayari blog mengenai keputusan N31 Bagan Pinang menemukan kita dengan pelbagai komen positif dan negatif. Saya cukup tertarik dengan posting yang mengumpulkan segala janji projek yang bakal diberikan kepada penduduk Bagan Pinang jika memilih BN. Inilah untungnya pilihanraya kecil, pembangunan yang sepatutnya diusahakan untuk tempoh 20 tahun, sekelip mata boleh dijanjikan dengan syarat mengundi BN. Demikianlah BN terus memperbodohkan rakyat. Entah siapa yang patut dikasihankan ....


1. 27 Sept: Menteri Pelancongan berjanji akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk menarik sejumlah 6 juta pelancong yang transit di KLIA untuk melawat ke Negeri Sembilan.

2. 28 Sept: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan membina sebuah sekolah Menengah yang bernialai RM20 juta dalam tempoh masa 2 tahun. RM 3.8 juta pula telah diluluskan untuk kos memperbaiki 21 buah sekolah termasuk sekolah Cina dan Tamil.

3. 29 Sept: Majlis Perbandaran Port Dickson telah menyerahkan 3 buah rumah teres di Taman Desa Pinang untuk dijadikan Pusat Permata Negara Bagan Pinang yang dipelopori oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. RM400,000 akan dibelanjakan untuk proses menaiktaraf rumah-rumah tersebut.

4. 4 Okt: Biro Penerangan UMNO akan menjadikan Persatuan Kebajikan Nelayan Bagan Pinang sebagai 'anak angkat' mereka dan Isa berjanji akan memberi tumpuan utama kepada Bandar Tentera Darat jika menang di PRK.

5. 5 Okt: Kementerian Sumber Manusia mengumumkan akan mengadakan program kursus dan peluang pekerjaan kepada golongan muda di Bagan Pinang.

6. 6 Okt: Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Maximus Ongkili mengumumkan bahawa Sirim Bhd akan membantu memberi bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada penduduk Kampong Baru Si Rusa untuk menjalankan perusahan ceramic menggunakan 'hydrostone'.

7. 7 Okt. MB Mohamad Hassan mengumumkan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk pembinaan 150 unit rumah awam di Ladang Siliau.

8. 8 Okt:
Zahid Hamidi mengumumkan perkara seperti di bawah:

a. Peruntukan RM3000 setahun untuk sebuah keluarga bagi anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan RM2,000 setahun kepada keluarga yang anak mereka melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan seterusnya.

b. 'Veterans Act' jika diluluskan akan dimasukkan faedah kesihatan.

c. Rumah Kelab untuk bekas-bekas perajurit di sebelah Kelab Golf PD dan MRSM untuk anak-anak bekas Perajurit. ( MB Mohamad Hassan telahpun bersetuju untuk menyediakan tanah)

d. Perpustakaan dan Kemudahan Wi-Fi untuk kemudahan anak-anak tentera.

e. RM100,000 untuk menaiktaraf surau di kawasan kem tentera. (cek sumbangan telah pun diserahkan).

Muhyiddin Yassin mengumumkan SRJK Tamil Sungai Salak yang beroperasi dari rumah kedai 2 tingkat akan menerima 1 hektar tanah untuk pembinaan Sekolah yang dijangka siap dalam masa setahun-12 bulan.

TPM juga mengarahkan semua PBT di negeri tersebut untuk memudahkan pemberian lesen perniagaan untuk tidak melemahkan semangat mereka untuk berniaga.

TPM juga mengumumkan peruntukan RM480,000 kepada 3 buah sekolah ' Chinese Vernacular School' dan pemberian angpow sebanyak RM100 kepada 233 orang warga tua.

Rais Yatim menyerahkan sumbangan Mikro-komputer kepada 6 buah sekolah di Bagan Pinang.

Menteri Sumber Manusia S Subramaniam berjanji akan memberikan jalan bertar, dewan komuniti, sebuah dewan untuk kuil dan sistem perparitan untuk kawasan perkuburan Cina dan India akan diperbaiki.

Gelanggang Badminton dan mesin fotokopi akan disediakan kepada Sekolah Tamil, Tabung Kemudahan

Pembiayaan Perumahan untuk pekerja Estet juga akan ditubuhkan.(letih menaip...banyakya gula-gula....seronoknya....cuba anda di luar sana kira dan jumlahkan keseluruhan peruntukan yang berlaku hanya dalam tempoh 28 September hingga 10 Oktober 2009.)Bergembiralah wahai penduduk Bagan Pinang...semoga impian yang dijanjikan menjadi kenyataan.

Lobai Kampung : Jangan lupa ucap syukur dan terima kasih. Kalau tidak kerana kekuatan ketumbukan Pakatan Rakyat mungkin tak sebegini hebat janjinya. Tak masuk lagi yang terima duit, hamper, barangan elektrik, barangan kosmetik dan banyak lagi sebelum hari mengundi. Moga jasa rakyat memilih BN dibalas sebaiknya oleh BN. Kalau tidak BN akan tumbang .. Betul ke ..? ontahlah apo nak dikato .. Tak serik-serik kono tipu ..

dipetik dari : http://baganutama.blogspot.com/