Menilai Keikhlasan Intima' Di Dalam Perjuangan

.
1 comments


Pelbagai pandangan dikeluarkan apabila TG Nik Aziz menyuarakan EGM di dalam PAS. Paling mual didengar ulasan dari TPM yang terus menggambarkan kemelut dalam PAS yang begitu serius. Alhamdulillah, kita masih mampu berdiri dengan akhlak di dalam jemaah biarpun pelbagai pandangan dari dalam dan luar parti datang mengasak. Seperkara yang perlu diingat bersama PAS bukan semata berada di tengah masyarakat menawarkan khidmat sebagai sebuah parti politik dan dalam masa yang sama kukuhnya perjuangan ini kerana meletakkan asas sebagai sebuah jemaah Islam yang berteras dasar Al-quran dan As-Sunnah. Kalau tidak kerana asas ini sudah lama PAS mengalami nasib yang lama seperti Parti Politik yang lain yang pernah wujud dan berkubur sebelum ini.

Ahli dan kepimpinan PAS perlu kembali memperkukuhkan tarbiyyah di dalam jemaah. Kefahaman yang jelas perlu diberikan terutama mengenai konsep intima' di dalam perjuangan. Kita bersama dengan PAS bukan kerana simpati, bukan kerana sentimen atau kekaguman terhadap ketokohan pemimpin tetapi digerakkan melalui kefahaman yang di bina. Umar b Abd Aziz pernah menyatakan " Siapa yang beramal tanpa pengetahuan (faham) lebih banyak merosak dari mengelokkan" Imam As-syahid Hasan Al-Banna menggariskan 20 prinsip di dalam memahami rukun faham dalam harakah Islamiah. Demikian betapa penting soal kefahaman di dalam menggerakkan intima'

Keputusan yang telah dibuat oleh JK PAS Pusat perlu diterima dengan hati yang terbuka. Jauhkan rasa prasangka yang akhirnya membinasakan kekuatan kita. JIka dengan cadangan memecat boleh menyelesaikan satu masalah tidak mustahil ia juga mendatangkan masalah yang lain. Fokus kita jangan pada negeri yang telah menang sahaja kepimpinan dari negeri yang masih belum menang ini juga perlu diberi perhatian. Mungkin kerana yang telah menang ruang fitnahnya lebih luas dan terbuka kerana berada di puncak kuasa, namun bagi yang masih belum menang ini juga perlu dikoreksi sama, agar kemenangan yang bakal diperolehi nanti disambut oleh mereka yang benar-benar tulus keikhlasannya, benar kefahamannya.

Masih banyak kerja yang perlu dibuat. Kekalahan di Bagan Pinang sepatutnya tidak dilihat sebagai sesuatu episod sedih dan duka lalu menyalahkan sesama kita. Kekuatan dan momentum PAS rupanya cuma kuat di sebelah utara dan pantai timur. Di sebelah selatan masih lagi terkapai mencari kekuatan. Bagaimana membina kekuatan itu, maka inilah kerja banyak yang sedang diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz apabila menyatakan punca kekalahan kita kerana kefahaman Islam yang masih belum subur dalam masyarakat. Benar ! Itulah kerja kita. Kerja sebuah gerakan Islam dan bukan parti politik semata-mata. Bekerjalah dan terus bekerja sehingga kita mampu untuk merasakan " KEWAJIPAN LEBIH BANYAK DARI MASA YANG ADA..."

Merenung Titah Sultan Brunei

.
1 comments


Kenapakah sebahagian remaja dan belia hari ini yang memakai pakaian menjolok mata? Jika dikaji kebanyakannya adalah berpunca dari pengaruh luar.

Perkara ini pernah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan pada 1 Ogos 2006, antara titah baginda:

"Beta suka mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin belia khasnya dan juga semua yang hadir, bahawa golongan belia, terutama belia remaja adalah sentiasa terdedah kepada eksploitasi pihak-pihak tertentu untuk kepentingan mereka. Ada belia-belia yang digunakan untuk melariskan pelbagai produk hiburan dan ?costume? yang tidak serasi dengan adat resam bangsa. Mengapakah belia menjadi sasaran? Kerana sifat-sifat mereka yang memang menarik, di samping juga faktor kejiwaan, di mana mereka mudah terpengaruh kepada perkara-perkara hangat dan baru."

Kesempatan inilah yang sering diambil oleh pihak-pihak yang berkaitan itu tanpa mempedulikan, sama ada baik ataupun buruk. Eksploitasi terhadap kelemahan-kelemahan belia seumpama ini wajarlah jangan dibiarkan, tetapi perlu diambil perhatian serius serta ditangani oleh kita semua, khasnya para pemimpin belia sendiri. Program-program menyuntik kesedaran perlulah disusun, termasuk juga untuk para ibu bapa dan masyarakat sebelum ianya menjadi isu sosial yang kronik.

"Siaran televisyen dari negara jiran yang bersaudara dengan nagara kita juga banyak mempengaruhi siasah serta jati diri anak bangsa kita kerana kebanyakkan siaran yang disiarkan adalah berbentuk hiburan yang amat-amat melalaikan serta merosakan iman kita selaku umat islam,,

Beta juga mengizinkan serta amat mengalakkan para ulama` serta ilmuan islam dalam Negara Brunei DarulSalam ni menegur segala kepincangan yang berlaku ke atas system pemerintahan beta dan juga kepincangan serta masalah sosial di dalam masyarakat umum.. suka juga beta maklumkan di sini bahawa para ulama` mempunyai kuasa penuh untuk menegur apa sahaja kemungkaran yang berlaku di dalam negara Brunei DarulSalam..

Dalam menangani masalah ini, semua pihak adalah bertanggungjawab terutamanya ibu bapa dan suami untuk menegur dan membimbing isteri dan anak-anak mereka. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59, tafsirnya:

"Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuan yang baik-baik maka dengan itu mereka tidak diganggu."

Dalam kita sama-sama menikmati arus kemodenan ini, janganlah kemodenan itu disalahertikan sebagai pergaulan bebas yang melampui batas tatasusila dan hukum agama seperti cara berpakaian yang mendedahkan aurat dan sebagainya terutama di kalangan remaja dan belia. Sebaliknya kemodenan itu hendaklah digunakan untuk kebaikan dan kemudahan dalam urusan seharian kita. Hidup moden tidak semestinya bergaul bebas, hidup moden tidak semestinya mendedahkan aurat.

Akhirnya, marilah kita selaku suami atau ibu bapa membimbing isteri dan anak-anak dalam mematuhi segala suruhan Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan yang demikian, kita akan selamat di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal?alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An- Nuur ayat 31, tafsirnya:"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada memandang yang haram dan memelihara kehormatan mereka. Dan janganlah mereka memeperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.

"Selaku umat islam kita harus mematuhi segala suruhan serta larangan Allah Subhanahu Wata`ala tanpa sebarang bantahan kerana kita adalah makhluk ciptaannya..

sumber : http://isuhagat1.blogspot.com/2009/10/titah-sultan-brunei.html

Lobai Kampung : Kalau benar inilah titah Sultan Brunei, setidaknya boleh juga bernafas para ulama dan daie menegur kepincangan masyarakat. Gandingan antara ulama' dan umara' akan memberi kesejahteraan kepada sekalian rakyat.

Jika PAS tidak beri saingan, Penduduk Bagan Pinang tak ditabur janji begini

.
1 comments

Melayari blog mengenai keputusan N31 Bagan Pinang menemukan kita dengan pelbagai komen positif dan negatif. Saya cukup tertarik dengan posting yang mengumpulkan segala janji projek yang bakal diberikan kepada penduduk Bagan Pinang jika memilih BN. Inilah untungnya pilihanraya kecil, pembangunan yang sepatutnya diusahakan untuk tempoh 20 tahun, sekelip mata boleh dijanjikan dengan syarat mengundi BN. Demikianlah BN terus memperbodohkan rakyat. Entah siapa yang patut dikasihankan ....


1. 27 Sept: Menteri Pelancongan berjanji akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk menarik sejumlah 6 juta pelancong yang transit di KLIA untuk melawat ke Negeri Sembilan.

2. 28 Sept: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan membina sebuah sekolah Menengah yang bernialai RM20 juta dalam tempoh masa 2 tahun. RM 3.8 juta pula telah diluluskan untuk kos memperbaiki 21 buah sekolah termasuk sekolah Cina dan Tamil.

3. 29 Sept: Majlis Perbandaran Port Dickson telah menyerahkan 3 buah rumah teres di Taman Desa Pinang untuk dijadikan Pusat Permata Negara Bagan Pinang yang dipelopori oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. RM400,000 akan dibelanjakan untuk proses menaiktaraf rumah-rumah tersebut.

4. 4 Okt: Biro Penerangan UMNO akan menjadikan Persatuan Kebajikan Nelayan Bagan Pinang sebagai 'anak angkat' mereka dan Isa berjanji akan memberi tumpuan utama kepada Bandar Tentera Darat jika menang di PRK.

5. 5 Okt: Kementerian Sumber Manusia mengumumkan akan mengadakan program kursus dan peluang pekerjaan kepada golongan muda di Bagan Pinang.

6. 6 Okt: Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Maximus Ongkili mengumumkan bahawa Sirim Bhd akan membantu memberi bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada penduduk Kampong Baru Si Rusa untuk menjalankan perusahan ceramic menggunakan 'hydrostone'.

7. 7 Okt. MB Mohamad Hassan mengumumkan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk pembinaan 150 unit rumah awam di Ladang Siliau.

8. 8 Okt:
Zahid Hamidi mengumumkan perkara seperti di bawah:

a. Peruntukan RM3000 setahun untuk sebuah keluarga bagi anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan RM2,000 setahun kepada keluarga yang anak mereka melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan seterusnya.

b. 'Veterans Act' jika diluluskan akan dimasukkan faedah kesihatan.

c. Rumah Kelab untuk bekas-bekas perajurit di sebelah Kelab Golf PD dan MRSM untuk anak-anak bekas Perajurit. ( MB Mohamad Hassan telahpun bersetuju untuk menyediakan tanah)

d. Perpustakaan dan Kemudahan Wi-Fi untuk kemudahan anak-anak tentera.

e. RM100,000 untuk menaiktaraf surau di kawasan kem tentera. (cek sumbangan telah pun diserahkan).

Muhyiddin Yassin mengumumkan SRJK Tamil Sungai Salak yang beroperasi dari rumah kedai 2 tingkat akan menerima 1 hektar tanah untuk pembinaan Sekolah yang dijangka siap dalam masa setahun-12 bulan.

TPM juga mengarahkan semua PBT di negeri tersebut untuk memudahkan pemberian lesen perniagaan untuk tidak melemahkan semangat mereka untuk berniaga.

TPM juga mengumumkan peruntukan RM480,000 kepada 3 buah sekolah ' Chinese Vernacular School' dan pemberian angpow sebanyak RM100 kepada 233 orang warga tua.

Rais Yatim menyerahkan sumbangan Mikro-komputer kepada 6 buah sekolah di Bagan Pinang.

Menteri Sumber Manusia S Subramaniam berjanji akan memberikan jalan bertar, dewan komuniti, sebuah dewan untuk kuil dan sistem perparitan untuk kawasan perkuburan Cina dan India akan diperbaiki.

Gelanggang Badminton dan mesin fotokopi akan disediakan kepada Sekolah Tamil, Tabung Kemudahan

Pembiayaan Perumahan untuk pekerja Estet juga akan ditubuhkan.(letih menaip...banyakya gula-gula....seronoknya....cuba anda di luar sana kira dan jumlahkan keseluruhan peruntukan yang berlaku hanya dalam tempoh 28 September hingga 10 Oktober 2009.)Bergembiralah wahai penduduk Bagan Pinang...semoga impian yang dijanjikan menjadi kenyataan.

Lobai Kampung : Jangan lupa ucap syukur dan terima kasih. Kalau tidak kerana kekuatan ketumbukan Pakatan Rakyat mungkin tak sebegini hebat janjinya. Tak masuk lagi yang terima duit, hamper, barangan elektrik, barangan kosmetik dan banyak lagi sebelum hari mengundi. Moga jasa rakyat memilih BN dibalas sebaiknya oleh BN. Kalau tidak BN akan tumbang .. Betul ke ..? ontahlah apo nak dikato .. Tak serik-serik kono tipu ..

dipetik dari : http://baganutama.blogspot.com/

Pasca PRK N31 : Perjalanan Masih Jauh, Kerja Masih Banyak

.
0 comments

Apa pun analisa yang dikeluarkan. Satu hakikat yang perlu diterima oleh semua pendokong Pakatan Rakyat adalah, rakyat tidak mengundi calon PAS. Tidak perlu berbelit macam Samy Vellu ( Orang india tidak marah saya, dia marah BN ). Sejak dari awal mungkin ramai yang boleh menghidu kekalahan dan punca kekalahan ini, namun kerana gelombang kebangkitan rakyat kita rasakan tetap sama di Bagan Pinang, kita terus bekerja bagai orang yang akan menang. Inilah semangat orang Pakatan Rakyat, sentiasa optimis dengan kerja yang dilakukan.

Apabila berlaku kekalahan, tidaklah wajar kita menyalahkan isu Selcat, Kepala Lembu dan banyak lagi isu nasional yang lain menjadi sebabnya. Sedangkan PRK sebelum ini PR turut berhadapan dengan pelbagai isu. Namun dengan izin Allah kita berjaya mempertahankan kerusi dan merampasnya dari BN ( Kuala Terengganu ). Bagan Pinang, kita gagal menakluknya.

Punca utama kekalahan kita adalah kerana pengundi tidak mengundi kita. Kenapa tidak mengundi kita? Di sinilah sepatutnya menjadi fokus dan kajian kita bersama. Sejauh mana PAS sudah benar-benar dikenali di kalangan pengundi di Bagan Pinang khususnya dan Negeri Sembilan amnya. Sejauh mana gerak kerja yang dilakukan memperkenalkan dasar perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan.

Kita tidak boleh hanya mengharapkan kekuatan jentera dari luar datang membantu sahaja. Bahkan yang lebih utama adalah maklumat dan komitmen jentera dari kawasan kita sendiri. Memang tidak dinafikan, jentera dalaman ( Negeri Sembilan dan Teluk Kemang ) sendiri agak lemah dan tidak berupaya menampung gerak kerja PRK Bagan Pinang. Kita memang kekurangan tenaga. Ada di kalangan Negeri-negeri yang datang membantu terpaksa bergerak sendiri tanpa bimbingan dari tenaga tempatan. Perkara ini memang disedari sejak dari awal, tapi apakan daya itu sahaja kekuatan yang ada. Tiada kesempatan lagi untuk memperbanyakkan cawangan bermula dari saat kematian ADUN Bagan Pinang.

Memang sepatutnya kita berkira-kira dengan kekuatan kita. Kita perlu jujur. Melapor dengan telus kepada pimpinan. Jangan beri gambaran yang meyakinkan sehingga di saat akhir kita masih yakin kita menang, sedang orang Negeri Sembilan sendiri masih mengangkat bulu kening berkerut dahi dengan keyakinan tersebut. Pimpinan membuat kenyataan berdasarkan laporan yang kita berikan. Jangan kerana gelombang rakyat yang kuat ini kita rasa kita juga kuat. jika kita menguruskannya dengan baik. Akhirnya kita rebah. Senario di Negeri Sembilan sangat berbeza dengan Negeri-negeri lain. Tradisi bersama UMNO ini terlalu mencengkam pemikiran sehingga menolak UMNO ini bagai satu dosa yang tidak diampunkan bagi mereka.

Di samping, kebangkitan rakyat di Negeri Sembilan lebih banyak mengharap sokongan golongan di atas pagar bukan mengharap kepada jumlah pendokong dan pekerja yang kuat. Kita ramai penyokong. Tapi berani dalam senyap. Bila diugut dan ditakut-takutkan, akhirnya mereka terpaksa akur untuk mengikut ugutan tersebut. Silap kita, sepatutnya graf penyokong ini di alih menjadi graf pendokong. Tubuhkan seberapa banyak cawangan, hidupkan cawangan yang ada, timbulkan rasa kewujudan PAS di setiap tempat dan menggerakkan kawasan-kawasan PAS. Kalau kita gagal memanfaatkan penyokong yang ramai ini, kita akan gagal juga memanfaatkan kelebihan lain yang ada. Jumlah undi yang diterima oleh Calon PAS itulah jumlah sebenar pengundi tegar yang perlu kita jaga dan gerakkan untuk terus menjadi pendokong kita.

Sejak dari mula berkempen. BN cuba menggambarkan PAS ini sebagai orang luar. Dari Kelantan, Terengganu dan sebagainya. Sebab itu dalam siri perang mulut dan pergaduhan mereka menggunakan hujah yang sama, bahkan dalam siri ceramah UMNO turut menimbulkan isu sedemikian. Di tambah lagi apabila calon juga dari luar Bagan Pinang, hujah ini semakin kuat buat mereka mainkan. Tidak ada langsungkah orang PAS dari Negeri Sembilan dan Bagan Pinang. Ada.. tetapi mereka memang tak nampak sebab jumlahnya terlalu sedikit.

Inilah sebahagian dari apa yang saya dapat kongsikan dari puluhan orang yang berjumpa melahirkan perasaan mereka. Cuma persoalan yang saya timbulkan buat mereka, di mana kita di saat kekalahan ini dan ketika peperangan itu ? Andaikan calon PAS menang, pasti kita akan mengatakan strategi kita menjadi, saya ada di situ dan di sini beri sumbangan itu dan ini serta banyak lagi yang mahu serta sahamnya dalam kemenangan. Rupanya, masih jauh perjalanan kita, masih banyak kerja kita.

Lobai Kampung : Kita perlu terus jujur. Kalau tidak kuat katakan tidak, namun jika diberi kepercayaan kita teruskan dengan kadar kekuatan yang ada, bukan terus yakin dengan kemenangan, sedang kekuatan kita tiada. Andai ditakdirkan PRK selepas ini ke Johol ( kita tidak doakan kematian, tapi mungkin UMNO sudah confident, lalu mengarahkan Adun nya letak jawatan ) marilah kita berterus terang pada pimpinan mengenai kekuatan kita.

Apabila kamu telah berazam, bertawakkallah kepada Allah

.
0 comments

Al-imam Ibnu Atoillah As-sakandari menyebut dalam kalam hikmahnya yang ke 6 mafhumnya :

" Janganlah sekiranya lambat kurniaan Allah di dalam doa yang bersungguh-sungguh menyebabkan kamu berputus asa. Allah menjamin kepadamu untuk memperkenan doamu mengikut pilihan Allah untukmu bukan mengikut pilihanmu, mengikut waktu yang dikehendaki oleh Allah bukan mengikut waktu yang kamu kehendaki "

Sebagai hamba Allah, hendaklah kita berdoa dan memohon kepadaNya. Ini menjadi petunjuk bahawa kita sentiasa bergantung dan tidak melepaskan diri daripada Allah SWT. Jaminan Allah bagi mereka yang bermohon pasti akan diperkenankan. Seorang hamba tidak sepatutnya meyakini sepenuhnya usaha makhluk dan menafikan pergantungan kepada Allah. Sekalipun usaha makhluk itu nampak meyakinkan dan hebat di mata manusia.

Mudah-mudahan ianya menjadi inspirasi buat semua yang berjuang untuk beroleh kejayaan dan kemenangan di dalam pencapaian di dunia. Lebih penting dari natijah dunia adalah natijah akhirat yang pasti tidak ada siapa yang mampu menjangkakannya. Natijah di dunia dalam segala usaha yang kita lakukan bukan penentu kepada kemuliaan dan kehinaan di sisi Allah SWT. Sekalipun natijah yang diperolehi adalah menyakitkan untuk kita, namun andai di sisi Allah ianya adalah kemuliaan, tiada lagi yang lebih besar dari harapan tersebut. Moga sama-sama diriku dan dirimu mengerti.

Lobai Kampung : Ya Allah..allah ..ya allah ... Berikanlah apa yang terbaik buat diriku dari sisimu ..


Gambar-gambar munajat perdana bersama Tuan Guru Hj Husin Pondok Lubuh Tapah, Kelantan pada 3.45 pagi 10 Oktober 2009..


Cerita Di Bagan Pinang

.
0 comments

Tuan Guru Dato Dr Haron Din bermunjat untuk menghalau jin dan syaitan yang berkubu di Bagan Pinang khususnya dan Negeri Sembilan amnya.. Amiiinn

Tiada lagi kalimah yang mampu menggambarkan perasaan di saat ini. Bercampur baur di antara geram dan simpati. Geram dengan perangai budak-budak upahan UMNO membuat provokasi murahan di Bagan Pinang dan simpati dengan mereka yang dipergunakan semasa pilihanraya kecil ini. Kemudian nanti nasib mereka tidak ada siapa yang peduli. Simpati juga pada nasib sahabat kita yang diserang dan dipukul, namun mereka tahu apa yang mereka pertahankan dan apa yang mereka perjuangkan. Sedangkan budak-budak upahan ( bahkan ada yang dimabukkan ) tidak mengerti untuk apa mereka memulakan siri provokasi ini. Andai ditanya dengan kewarasan akal mereka pasti jawapannya adalah kerana habuan. Cukupkah habuan yang diberikan untuk menjadi bekal sepanjang hidup ?


Ramai di Negeri Sembilan (yang masih berkarat BN) kesal dengan siri keganasan yang berlaku. Hujah biasa yang diutarakan adalah Melayu bergaduh sama Melayu. Soalnya siapa yang mencari gaduh dan siapa yang ingin bergaduh. PAS masih memilih pendekatan 'Muwajahah Silmiah' ( berhadapan secara baik ) di dalam mendapatkan kuasa di Malaysia ini. PAS menghormati sistem demokrasi berpalimen yang diamalakan di Malaysia walaupun terdapat banyak ruang yang berat sebelah terhadap pembangkang. UMNO / BN tidak berani berhadapan dengan hujjah, mereka gunakan kuasa untuk menyekat hujjah PAS. Buktinya, hampir semua agensi di bawah kementerian turut sama membantu memenangkan calon BN di dalam PRK Bagan Pinang kali ini.


PAS tidak pernah membuat tuntutan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal. Yang dimahukan cuma keadilan dan ketelusan. Sebagaimana media utama boleh menyiarkan kempen BN mengapa tidak untuk Pakatan Rakyat. Keraguan mengenai proses perjalanan UNDI POS yang memberi ruang untuk penyelewengan dan penipuan. Kawalan keselamatan yang saksama kepada petugas PAS dan Pakatan Rakyat yang terdedah kepada samseng BN. Laporan Polis diterima dan disiasat secara adil dan telus.


Penegasan dari Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasaruddin Tantawi dalam ceramahnya malam tadi di Markaz Ulama menyatakan, Pemuda PAS tidak pernah gentar dengan ancaman dan ugutan, tetapi kita masih mahu menggunakan ruang yang disediakan mengikut undang-undang untuk memenangkan calon kita. Kesabaran kita ada tahapnya. Beliau turut membawakan satu kalam yang sandarkan sebagai qaul sahabi dengan tegas menyatakan


" Wahai manusia ! Jangan sekali - kali kamu bercita - cita mencari musuh sebaliknya mohonlah kesejahteraan daripada Allah swt . Andai bertemu jua dengan musuh , bersabarlah ! Namun begitu , ketahuilah bahawa sesungguhnya syurga itu berada di bawah kilatan mata pedang .


Inilah prinsip perjuangan PAS. Kita masih meraikan pendekatan 'silmiah' . Kita tidak melayan sebarang provokasi murahan yang dibuat oleh UMNO yang rasanya kian terdesak dan bimbang dengan gelombang kebangkitan rakyat. Kalau tidak masakan beberapa samseng yang berbaju BN cuba mengganggu ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat. Jika UMNO benar-benar rasa telah kuat dan yakin menang apa perlu diganggu kempen anjuran Pakatan Rakyat. KIta suburkan budaya demokrasi sihat di Negeri Sembilan agar jangan terus dijumudkan oleh pemikiran UMNO sahaja yang boleh memerintah.

Bagi yang tak mampu membantu di medan jangan berhenti membantu dengan sokongan, munajat dan apa jua yang mampu diberikan. Jadikan medan Bagan Pinang ini sebagai medan permulaan untuk universiti politik matang di Negeri Sembilan ini.


Catatan Tambahan : Ramai yang cuba meragui peristiwa keganasan yang berlaku. Harapnya 9 laporan polis yang dibuat oleh PAS dapat disiasat secara telus oleh pihak polis. Semalam, ketika ceramah Dr Harun Din dan Tuan Guru Nik Aziz terdapat provokasi murahan dari pemuda Bn yang menjerit-jerit berhampiran dengan tempat ceramah. Lebih menyedihkan lagi bila seorang 'pakcik' bertopi BN tiba-tiba meluru masuk ke tempat perkarangan ceramah, ketika Dr Harun Din berceramah. PAS tidak melayan provokasi murahan ini dan meminta pihak polis menyelesaikannya. Mohon Klik Di Sini

Apalah untungnya PAS mengada-adakan cerita ini. Mengerahkan tenaga pemuda seluruh negara tanpa habuan kewangan, sebaliknya terpaksa mengeluarkan wang sendiri segalanya mengatasi logik akal manusia. Berlainan dengan UMNO segalanya digerakkan dengan wang. Cubalah tengok budak-budak yang bersama UMNO / BN usianya pun belasan tahun. Tak percaya turun sendirilah tengok di Bagan Pinang. Kesian tengok mereka. Tak tahu apa pun.

Aku Semakin Benci dengan UMNO/BN ...

.
4 comments

Gambar Kecederaan Palsu yang cuba mengalihkan cerita keganasan sebenar pada PRK N31 Bagan Pinang.

" BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah."


Maaf, mungkin kasar. Tapi tindakan sekumpulan lelaki yang menyerang markaz induk Dewan Pemuda PAS Pusat lebih kasar dan menyakitkan. Yang lebih menyakitkan jika mereka tidak ditangkap dan dikenakan tindakan. Aku tidak tahu apa lagi kata-kata yang boleh menggambarkan kedangkalan pemikiran mereka. Kalau dah selesa dan yakin menang di Bagan Pinang dengan undi POS dan seluruh lambakan projek kepada rakyat mengapa perlu mewujudkan ketegangan kepada Parti PAS yang di dakwa oleh UMNO sebagai tiada modal untuk mengalahkan BN ?

Kepada seluruh petugas PAS mari bersama kita panjatkan munajat kepada Allah secara berterusan. Jangan tinggalkan zikir yang boleh kita baca ketika sedang bertugas, hindarkan dari segala unsur maksiat di dalam gerak kerja kita. Mereka menggerakkan gerombolan manusia, kita mohon kepada Allah untuk menggerakkan tenteraNya mengalahkan BN. BN perlu diajar pada 11 Oktober ini. Mengundi BN bermakna anda redha dengan kezalimannya.

Tidak ada hujah lagi untuk membela UMNO. Bagi mana-mana Lobai yang masih mahu bersama UMNO, melakukan gerak kerja untuk UMNO biarpun atas nama apa pun tolong buka mata hati untuk melihat di mana ruang untuk anda mengiyakan perbuatan zalim mereka.

Bagi Yang Melihat Dengan Hati

.
1 comments


Dalam kempen memenangkan calon BN di Bagan Pinang, BN menggunakan ayat al-Quran dan Hadis Nabi sebagai sandaran kempen mereka. Mereka menyebarkan gambar DS Najib menziarahi TG Nik Aziz di hospital dan menyertakan hadis berkenaan sifat orang mukmin yang mengasihi saudaranya . Hadis itu memang tak salah, tempatnya pun tak salah cuma yang salahnya apabila melihat kesempurnaan iman itu hanya dari sudut yang sempit . Iman tidak hanya sempurna dengan hubungan sesama manusia bahkan juga yang paling utama adalah menjaga hubungan dengan Allah.

UMNO-BN cenderung menggunakan dalil al-Quran dan Hadis terutama bila berhadapan dengan PAS. Walaupun ayat yang digunakan itu lari dari kehendak yang sebenar berdasar tafsiran ayat tesebut. Mudah-mudahan Allah menyelamatkan semua Ustaz UMNO dari menggunakan hawa nafsu kepentingannya di dalam memahami ayat al-Quran.

Naib Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim mengingatkan para pengundi agar lebih berhati-hati dalam soal memilih pemimpin. Sedangkan di dalam memilih imam untuk memimpin solat selama 5 minit memerlukan penelitian tambahan pula memilih pemimpin yang membawa amanah di dalam masyarakat.

Imam Bukhari rahimahullâhu ta’âla meriwayatkan dari Abi Hurairah radhiyallâhu ’anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah Saw:

إِذَا ضُيِّعَتْ اْلأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا أُسْنِدَ اْلأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

“Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah saat-saat kehancurannya”. Salah seorang bertanya: “Bagaimana bentuk menyia-nyiakan amanah itu, wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Apabila urusan itu diserahkan (dipercayakan) kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat-saat kehancurannya”.

Al-Karmani berkata: “Maksud dari kata al-amr, yaitu semua jenis perkara (urusan) yang terkait dengan agama, seperti Khilafah, kepemimpinan (al-imârah), peradilan (al-qadhâ’), jabatan mufti, dan lainnya”.

Ibnu Baththal berkata: Erti kalimah “urusan itu diserahkan (dipercayakan) kepada orang yang bukan ahlinya” bahwa sesungguhnya para pemimpin itu telah diberi amanah oleh Allah kepada para hamba-Nya; dan mereka diwajibkan memberikan nasihat kepadanya. Oleh kerana itu, wajib bagi umat Islam menyerahkan kekuasaan kepada orang yang ahli (mengerti betul) tentang agama. Sehingga, apabila mereka menyerahkannya kepada orang yang bukan ahli (tidak mengerti) agama, maka sungguh mereka telah menyia-nyiakan (merosak) amanah yang telah diberikan Allah kepada mereka”.

Secebis Pandangan Lobai Untuk PRK N31 Bagan Pinang

.
0 comments

PRK N31 Bagan Pinang mencatat pelbagai sejarah di Negeri Sembilan dan di Malaysia amnya. Bagan Pinang bukan sebuah kampung terpencil jauh dari pembangunan. Bagan Pinang adalah kampung asal bekas MB Negeri Sembilan selama 22 tahun. Mungkin dalam tempoh itu kita mampu menggambarkan kehebatan Bagan Pinang dibangunkan dengan pesatnya. Pembangunan adalah aset kempen BN yang paling klasik. Mereka sering mendendangkan bahawa yang mampu memajukan hanya mereka sahaja. Bukan itu sahaja jika kita melihat kawasan yang ditandingi oleh Tan Sri Isa iaitu Linggi tidaklah semaju dan sehebat usia pentadbirannya.
BN sudah terlalu lama memerintah di Negeri Sembilan. Tan Sri Isa pernah memberi gambaran BN ni macam 'colgate'. Walau apa sahaja jenis ubat gigi yang dibawa orang Negeri Sembilan tetap memilih 'colgate' walaupun jenama 'zaitun' sehinggakan mereka memanggil 'colgate zaitun'. Begitulah tradisinya UMNO BN di Negeri Sembilan. Baru-baru ini sahaja Pakatan Rakyat mula mencelah masuk. Bermula gelombang 1999 sehingga 2008 beberapa DUN dan Parlimen menjadi milik Pakatan Rakyat. Itupun dinafikan hak mereka sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat.
Mampukah kita memecahkan tembok batu yang telah dibina oleh BN selama ini di dalam pemikiran rakyat ? Dalam tempoh 8 hari berkempen kita serahkan kepada Allah. Kerja kita adalah melaksanakan amanah, soal hasilnya kita serahkan kepada Allah. Memang macam sukar cabaran Bagan Pinang kali ini tetapi sandaran kita adalah kepadaNya, maka kita tidak jumpa perkataan kecewa. Jangan rasa lemah bila anda melihat bendera mereka lebih besar dari bendera kita, Pusat mereka lebih besar dari markaz kita.
Kalau kita mampu memecahkan logik mereka mengenai kemampuan PAS dan PR memerintah beberapa negeri di semenanjung. Bukan sedikit Orang UMNO Negeri Sembilan menyokong UMNO kerana kepentingan, mereka bila diajak berbincang tentang ideologi perjuangan UMNO mereka pun tidak mampu menjelaskannya dengan baik. Akhirnya hujah mereka 'projek ustaz ...'
Sebab itu bila Tan Sri Samad ingin kembali bertanding, yang menyokong kebanyakannya adalah mereka yang 'bakal' kenyang dengan kemenangan Tan Sri Isa Samad. Penyokong Dato Mat Hasan juga bimbang dengan kemenangan Tan Sri Isa, kalau berlaku undi tidak percaya dalam sidang DUN nanti, Dato Mat Hasan mungkin akan goyang.
Insya Allah, sekeras mana pun orang UMNO menyokong UMNO dan menolak PAS, pasti ada ruang untuk kita memecahkan tembok pemikiran tersebut. Setidaknya UMNO bila menang bagi meraikan petugasnya mereka pasti akan menghantar ke negeri Pakatan Rakyat kalau tidak ke Kelantan mesti ke Kedah. Maknanya ramai orang UMNO yang mahu tapi MALU ...