Menyanggah Hujah Dr Aziz Bari & Dr Abu Hasan

.
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks


Tak habis-habis lagi ulasan dan kritikan tentang Seminar Memperkasa Parti. Entri kali ini adalah terakhir mengenai Seminar tersebut dan isu yang berkaitan dengannya selepas ini focus kepada kerja yang perlu dilaksanakan.Hujah Dr Aziz Bari dan Dr Abu Hasan yang menjadi panel dalam seminar baru-baru ini akan mampu disanggah oleh semua ahli dan pimpinan PAS dengan membuktikannya dengan kejayaan cemerlang di dalam PRU ke 13.Yang dibimbang adalah penurunan sokongan terhadap PAS pada PRU 13.

Semua hujah mereka berdua akan menjadi salah apabila PAS berjaya mempertahankan kerusi yang dipertandingkan, memenangi kerusi yang ditandingi dan menjatuhkan BN pada peringkat nasional. Kalau itu jadi kenyataan maka semua fakta mereka akan mampu disanggah dengan bukti tersebut. Namun, mudahkah semuanya itu untuk dilaksanakan. Orang bijak akan mencipta peristiwa yang kurang bijak sekadar mampu bercerita mengenai peristiwa. Buktikan ahli PAS lebih cerdik dari 2 orang ahli akademik tersebut dengan menggerakkan semua jentera yang ada di semua peringkat.

Kita tidak perlu murka dengan dua doktor tersebut rasanya. Marilah kita kembali fokus kepada kerja kita. Pandangan mereka mengenai kita ada benarnya. Jika mereka membuat gambaran tentang kejatuhan PAS pada Pru 13 berdasar kajian dan pandangan mereka mengapa kita perlu nafikan sedangkan kita sendiri menyedari hakikat kelemahan parti kita. Di DUN/ Parlimen/Negeri yang kita menangi sejauh mana kita memberi khidmat kepada rakyat. Sejauh mana undi yang mereka beri pada Pru 12 dahulu akan kekal di tangan kita dan kita akan menang lebih selesa? Rakyat baru mengenali PAs terutama di negeri sebelah selatan. Persepsi mereka kepada PAS masih ada yang negatif. Inilah yang perlu difikirkan. Usaha mempopularkan PAS perlu giat dijalankan. Di samping jumlah pengundi baru yang perlu diberi perhatian.

Manakala di DUN/Parlimen yang akan ditandingi oleh PAS sejauh mana pula gerak kerja kita. Cukupkah bilangan cawangan untuk menampung keperluan pengundi di setiap peti undi. Berapa pula dana yang telah kita miliki dan pasti akan miliki untuk PRU 13.Bagaimana penerimaan terhadap PAS. Post Mortem kekalahan dalam PRU 12 yang lalu apakah telah dijadikan asas di dalam mengatur strategi baru. Atau kita sekadar berpuas hati dengan strategi sedia ada untuk menang. Banyaknya soalan semua ini kena dibuat oleh ahli PAS.

Semua ini perlu dibaca kerana kita memilih jalan pilihanraya. Satu undi adalah penentu. Memang hakikat kemenangan itu dari Allah, tapi padankah dengan usaha sambil lewa yang kita buat? Oleh kerana itu kerja kita yang jelas adalah 'tambahkan orang mengundi PAS mengurangkan orang mengundi UMNO' Bagaimana? Inilah ubat yang kita kena cari dan usahakan bersama. Jangan tanya Dr Aziz Bari nanti mesti dia jawab saya takde ubatnya. Mari BEKERJA cakap banyak pun tak guna ...

5 comments:

Anonymous said...

Ramai pemimpin PAS yang syok sendiri. Apabila menang, dikatakan inilah kekuatan PAS. Apabila tewas, disalahkan itu dan ini.

Cara berfikir pemimpin PAS sama dengan cara pemimpin UMNO berfikir. Cara kerja pula sama dengan kakitangan awam.

paloibinmulau said...

kalau mahu berfikiran positif PAS perlu buat seperti tuan sarankan. ahli2 pas perlu bekerja mulai sekarang dan mesti buat kerja yg betul untuk tunjukkan prof tersebut salah dari segi pemerhatian mereka.

kalau setakat bantai prof dua org tu tapi kerja tak buat memang PAS akan tersungkur.

dAnIeL iSkAnDaR said...

x abis2 nak sanggah..sanggah...keras pala,x mau dgr ckp org lgsg...nak kite je rase yg kite ni alwayz betul,kalu macam nie..jgn heran,jgn terkejut,jgn dok wat2 kene hearth attacks kalu PAS kalah PRU13 nie...

Anonymous said...

Kerja tanpa strategi pun tak guna.

makyee said...

dAnIeL iSkAnDaR..apa itu hearth attack?hahaha