Entah berapa lama lagi kita mampu menghirup segala nikmat hidup yang ada di saat ini. Tiada siapa mengetahui saat kematian yang menjadi janji yang pasti Allah bagi setiap insan yang bernyawa. Malangnya ramai di kalangan kita masih menanti dan berkira-kira dengan kehidupan yang tak pasti dan melupakan saat kematian yang pasti. Janji mati yang pasti itu disebut oleh Allah di dalam Al-Quran : " Setiap nyawa pasti akan merasai kematian " Tapi malangnya kita, yang pasti itu kita tidak bersedia, malah yang tidak pasti itu panjangkan angan-angan padanya.
Mengingati kematian adalah suatu tindakan bijak yang diiktiraf oleh Nabi Muhammad SW di dalam sabdanya : " Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati kematian dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya mereka itulah orang-orang yang bijaksana mereka telah pergi dengan membawa penghormatan dunia dan kemuliaan akhirat." Mengingati kematian bukanlah mendorong kita untuk berhenti melakukan usaha keduniaan, sebaliknya menjadikan kita lebih berhati-hati dengan gerak kerja dunia ini kerana setiap apa yang kita lakukan itu pasti memberi kesan untuk kehidupan selepas kematian kita. Orang yang mengingati mati tidak akan khianat kerana mereka bimbang dengan balasan perbuatan tersebut. Mereka lebih berintegriti kerana nilai kejujuran mereka tidak diikat dengan kebendaan yang bersifat binasa, sebaliknya ikatan keyakinannya pada penantian yang pasti iaitu KEMATIAN.
Mengingati kematian juga menjadikan kita tidak tunduk kepada syahwat yang buta dan menyesatkan. Ia menjadi satu peringatan yang sangat berharga buat semua insan dari yang bergelar raja sehingga rakyat biasa dari yang kecil hinggalah yang besar agar tidak sewenangnya melempiaskan syahwat untuk kesenangan hidup semata-mata. Sabda Nabi SAW : " Perbanyakkanlah mengingati mati kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang melakukan dosa dan menjadikannya berzuhud dalam urusan dunia " Ia juga mampu menjadi sebaik penasihat untuk diri kita. Penasihat yang tiada apa kepentingan dengan diri kita seperti yang disabdakan dalam hadis yang lain : Cukup mati itu menjadi penasihat ( menginsafkan)
Orang yang tenggelam dengan urusan dunia dan terpesona dengan tipu dayanya hatinya akan lalai dari mengingati mati. Kalaupun ingatannya kepada kematian menimbulkan rasa kesedihan, kesedihan itu hanya digerakkan oleh rasa sayang dan kasih untuk meninggalkan segala kesenangan keduniaan. Namun bagi mereka yang benar taubatnya kepada Allah akan sentiasa memastikan dan menjaga dirinya dari kembali kepada dunia yang membinasakan. Mereka yang yang mengenal hakikat dirinya pula pasti akan mengingati mati pada bila-bila masa, kerana baginya kematian adalah detik indah bertemu dengan kekasihnya Allah Rabbul Jalil.
Kembali merenung pada diri ini. Bagaimanakah aku, engkau dan kita semua ? Apa yang kita kejar selama ini apakah untuk kehidupan atau untuk kematian. Jika kita masih belum mampu menghilangkan kecintaan kita kepada dunia, janganlah sampai dunia itu membelenggu kita untuk mengingati kematian. Insafilah diri di saat ramai insan yang kita kenali telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita. Bagaimana mereka dan bagaimana pula kita nanti ? Lazimkan diri menziarahi kubur, melawat orang yang sakit dan membantu menguruskan jenazah. Bayangkan, andai apa yang kita lihat itu berlaku ke atas diri kita bagaimana kita akan menghadapi saat-saat begini . Jangan tertipu dengan badan anda yang sihat kerana mati tidak semestinya dengan penyakit dan jangan juga tertipu dengan umur yang muda kerana mati tidak semestinya di kala tua . Ya allah .. Ampunkanlah aku ..
Lobai Kampung : Sejak malam isnin yang lalu, sehingga malam jumaat ini jadual dipenuhi dengan jemputan bacaan yaasin dan tahlil ... Semoga diri ini tidak pernah lupa dengan kematian . Al-Fatihah buat nenda yang dikasihi Al-Marhumah Seriah bt Yasin yang kembali ke rahmatullah pada 18 November 2009.
2 comments:
Salam tuan
Saya mempunyai seorang isteri dan 2 org cahaya mata.saya ingin meminta nasihat dari tuan yang arif…
Untuk pengetahuan tuan,isteri saya sekarnag seolah2 sudah hilang hormat pada saya sebagai suami…kami sering bergaduh dan dia sudah biasa menengking dan memarahi saya jika ada sesuatu yg tidak kena pada diri dia…
Saya amat menyintai dia dan menyayangi dia dan saya dia pun pernah berkata begitu..namun perbuatan tidak mencerminkan kata2
Perkataan aku,kau,mencarut,sial babi adalah seperti zikir kepada dia apabila marah…
Apabila saya cuba menjauhkan diri..dia akan call saya bertalu2 dan jika tak angkat..dia akan menghantar kiriman sms dgn kata2 yang sakit menegcewakan hati saya
Terbaru dia sms saya " kau pergi mampos lah sial celake!taubat luillah aku benci kau…hidup tak pernah senang..manjang sempit…tak pernah merasa emas berlian..barang mahal..aku dah penat hidup susah mcm ni.biar aku cari org yang lebih senang.ceraikan aku sial.benci aku hidup dgn kau.tak pernah tenang.manjang beramuk hutang keliling pinggang.dah la semua org tak suke dgn kau tu"
..dan byk lagi sms2 dia yang amat menghancurkan hati saya sebagai suami
Saya amat2 kecewa dan kecil hati dgn kata2 beliau…
Untuk pengetahuan pihak tuan…tiap2 bulan saya peruntukkan rm1500 kepada beliau untuk rumah (rm470) dan selebihnya belanja anak dan dapur dan duit poket dia…
Saya tidak mampu nak berikan lebih dari itu
Dia juga bekerja sebagai guru sekolah dan bergaji tetapi seringkali mengeluh tentang tidak cukup duit..itu dan ini…
Sekrang saya tak tahu nak buat apa..buntu…kecewa marah tapi pada masa yg sama masih myayangi dan myintai dia sebagai isteri…
Kadangkala saya tertanya dimanakah tepat saya didalam hati dia?
Apakah nilai seorang suami bagi dia
untuk pengetahuan pihak tuan..kami dah dua kali bercerai tetapi rujuk semula dalam masa yg singkat….
Terjadi perceraian itupun adalah hasil dari permintaan dari dia yang beribu kali meminta cerai dgn keadaan hingga saya hilang kawalan akibat dari dia mengamuk,memukul2 saya
Harap pihak tuan boleh beri saya sedikit nasihat dan ulasan ttg perkara ini…
Saya tahu akan hadis nabi yg menyuruh saya bersenang2 dgn bengkoknya isteri itu…
Tapi kadangkala kebengkokkan itu amat mgguris hati dan perasaan saya…
Dia amat suke bersolek dan melaram apabila keluar dan pergi kerja (sekolah)..
Perihal aurat jugak menjadi pertikaian antara kami…
Dia memakai tudung tapi berbaju kadangkala ketat,seluar ketat,sendat dan kadangkala memakai baju kurung yang jarang (didalam memakai baju hitam yang mengikut tubuh badan)
Apakah salah bagi saya menegurnya?dan apakah jadi dosa setelah saya fedup dan malas lagi nak tegur tentang pakaian dia (sebab malas nak bergaduh da bertekak)
Apakah itu maksud hadis nabi itu???
Harap tuan boleh tolong saya…
Insan yang buntu,suami yang kecewa
Mohon hubungi saya secara peribadi di email lobaikampung@ymail.com
Post a Comment