Perang !!!

.
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim, dan Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya rasul itu menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu dari tali Allah. Dia adalah pelindungmu, maka Dia-lah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong" (Al Hajj 78).
Bulan Ramadhan Al-Mubarak bukan hanya bulan bulan buat ibadat bahkan bulan ini terlalu istimewa sehinggakan kita sedang dilatih supaya belajar tentang erti peperangan. Peperangan adalah usaha bersungguh-sungguh menentang musuh yang cuba merosakkan kita. Atau dalam istilah dini (agama) disebut sebagai jihad. Jihad berasal dari kata "jahada" yang berarti "bersungguh-sungguh" . Dengan melihat erti dasar dari kata jihad ini, akan didapati makna jihad yang sangat luas dan tidak terbatas pada makna perang sahaja. Jihad merupakan rangkaian dari ajaran Islam "Amar ma`ruuf wa nahii munkar", menegakkan kebenaran dan mencegah kebatilan .
Para ulama mengkategorikan jihad dengan makna yang cukup luas. Antaranya Ibnul Qoyyim :
1. Jihadun Nafsi ( Nafsu )
2. Jihadus Syaitan
3. Jihadul Kuffar
4. Jihadul Murtaddien
5. Jihadul Bughat al-Kharijin
6. Jihadul Muhabirin al-Mufsidin
Puasa menurut pengertian syarak adalah menahan diri. Menahan diri dalam konteks perlaksanaan fardu adalah dari perkara yang membatalkan puasa. Apabila menghuraikan mengenai kewajipan ini para ulama tidak hanya memfokuskan kepada persoalan melaksanakan kewajipan bahkan turut membincangkan soal kesempurnaan sehingga mampu menatijahkan ketakwaan sebagaimana yang difirmankan di dalam surah Al-Baqarah :
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa
Ibnu Atoillah Assakandari menyebut di dalam kalam hikmahnya sebagai berikut : Asal segala maksiat, syahwat dan kelalaian adalah Redha Dengan NAFSU. Maksiat bererti melakukan sesuatu perkara yang berlawanan dengan perintah Allah yang wajib. Manakala syahwat diertikan dengan mengikut kelazatan hawa nafsu dan kelalailan pula membawa maksud cuai terhadap kewajipan yang wajib dan sunat. Kesemua jenis kerosakan ini sangat berkait rapat dengan nilai mujahadah melawan nafsu. Sesiapa yang mengingkari nafsunya dia akan menatijahkan ketaatan, iffah dan yaqazah. Ketaatan bererti mengikuti segala perintah Allah baik yang wajib atau sunnat. Manakala Iffah disebut sebagai meninggalkan keburukan tiap-tiap sesuatu. Yaqazah pula didefinasikan sebagai sentiasa merasakan kehadiran Allah dan memberi perhatian terhadap sesuatu yang diredhaiNya.
Ketika melaksanakan ibadah puasa kita tidak hanya sedang berlatih menahan dari makan dan minum bahkan lebih dari itu adalah nafsu makan dan nafsu minum. Kita dilatih menghidupkan malam untuk menentang nafsu tidur dan bermalas. Maka apabila kita benar-benar memahami makna 'Imsak' dengan pengertian yang dikehendaki, natijahnya kita akan beroleh takwa yang telah digariskan oleh Allah SWT. Inilah rahsia ibadah puasa. Sebenarnya kita sedang dilatih supaya menjadi seorang mukmin yang 'tahan' dengan ujian keduniaan sama ada dalam bentuk yang harus atau yang haram. Sedang yang harus seperti makan minum mampu ditahan dalam bulan ramadan al-Mubarak sepatutnya apabila keluar dari madrasah ramadan ini kita mampu menjadi orang yang mampu menahan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.

0 comments: