Selamat Datang Ke Negeri Sembilan

.
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Jenazah ADUN Bagan Pinang, Azman Md Nor telah selamat dikebumikan selepas maghrib sebentar tadi. Alfatihah. Masih terlalu awal untuk berbincang panjang mengenai persediaan menghadapi PRK Bagan Pinang. Namun itulah yang perlu difikirkan oleh kita semua tentang kemampuan menguasai kerusi DUN Bagan Pinang yang dimenangi oleh BN dengan bantuan undi pos/tentera hampir 2 ribu ke 3 ribu atau mungkin lebih.
Dalam PRU 08 Dun Bagan Pinang antara DUN yang mengalami peningkatan undi terhadap PAS sehingga 2,541 undi. Namun undi terhadap BN dibantu dengan undi tentera terus kekal di DUn tersebut. Beberapa DUN di bawah parlimen Teluk Kemang telah dikuasa oleh PR termasuk DUN Lukut(DAP), Chuah(PKR) dan Port Dickson(PKR), bahkan Parlimen Teluk Kemang dimenangi oleh calon Pakatan Rakyat, Dato Kamarul Bahrin. Yang masih berbaki adalah Bagan Pinang dan Linggi.
Persoalannya apakah Pakatan Rakyat mampu mengulangi kecemerlangan menghadapi PRK Bagan Pinang sebagaimana yang dihadapi sebelum ini. Suasana dan keadaan PRK kali ini mungkin agak berbeza dengan PRK sebelum ini. Kalau kita mampu menguasai undi tentera/pos dengan 'ketelusan' SPR harapan untuk menambah jumlah kerusi DUN PR di Negeri Sembilan akan menjadi lebih cerah.
PRK kali ini juga menjadi kayu pengukur kepada kemampuan PR Negeri Sembilan. Apakah kita telah bersedia untuk menyediakan kerja kepada pendokong PR yang bakal berkampung di Bagan Pinang.
Kebetulan Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan telah mengadakan majlis Iftar bersama YB Dato Husam Musa berbetulan dengan tarikh kematian Adun Bagan Pinang. Semuanya berkeyakinan untuk mengulangi kejayaan PR dengan keyakinan yang disandarkan kepada Allah SWT ... Moga keberkatan ramadan ini menambahkan kekuatan pergantungan kita kepada Allah.

0 comments: