Mencerahkan Peluang PR Di Bagan Pinang

.
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks


Semua sedang berkira-kira untuk memenangkan calon PR di Bagan Pinang. Satu amanah yang cukup besar untuk dipikul bersama. Jika kalah, ini adalah kekalahan pertama PR di Semenanjung setelah melalui beberapa siri PRK selepas PRU yang lalu. Tiada siapa yang menginginkan kekalahan PR, PR adalah suara rakyat. Rakyat ramai yang marah dengan UMNO - BN. Tidak habis-habis mencekik darah dan daging rakyat. Tanyalah siapa saja yang tak marah dengan kenaikan harga minyak, harga barang yang tidak terkawal, masalah sosial, masalah salah guna kuasa, rasuah dan banyak lagi. Siapa kata tiada isu di Bagan Pinang.

Apakah selama ini UMNO-BN terlalu maksum di Negeri Sembilan atau secara khususnya di Bagan Pinang? Siapa yang memajukan sekitar pesisir Pantai Port Dickson ? Yang membangunkan resort bukan masyarakat melayu muslim Bagan Pinang tetapi kebanyakannya terjual kepada tokey-tokey kroni mereka. Apa jadi pembangunan di kawasan Port Dickson? Selesa sangatkah rakyat tempatan dengan pelbagai aktiviti maksiat yang banyak berlaku di kawasan Port Dickson. Pernah didedahkan dulu beberapa pesta maskiat berlaku di Port Dickson. Kalau UMNO-BN nak dabik dada dengan kemajuan yang ada, inilah pula hasil kemajuan yang dibawa.

Di Negeri Sembilan, UMNO-BN bagai mendarah daging . Tetapi itu dulu. Siapa menguasai Negeri Sembilan dia akan menguasai Malaysia. Begitulah lebih kurang bunyinya. Dalam PRU yang lalu kebanyakan DUN yang berada di kawasan bandar, dipelopori oleh golongan pertengah umur BN banyak tumbang. Satu-satunya kawasan di bandar masih dikuasai BN hanya di Bagan Pinang itupun kerana undi POS.

Jika menang, corak keangkuhan UMNO-BN ini akan terkesan juga. UMNO-BN tidak pernah belajar dari sejarah. Bila mereka kalah yang akan dibaiki bukan dirinya tapi orang lain yang dipersalahkan. Itulah tradisi UMNO-BN dan sekutunya. Kalau sifat ini diteruskan ada baiknya untuk menumbangkan mereka secara terhormat pada PRU yang akan datang. Kemungkinan selepas ini mereka akan lebih berhati-hati memilih calon. Selepas ini mana-mana calon yang ada masalah tidak akan dipilih, tidak macam dulu walau macam mana bermasalah pun calon tersebut tetap akan diletakkan dan menang lagi !!!

Mungkin UMNO-BN rasa selesa dengan 5000 undi pos yang mereka ada namun kuasa Allah mengatasi kekuatan manusia UNDI POS akan bertukar menjadi UNDI PAS !!!


1 comments:

http://prkbaganpinang.blogspot.com/ said...

http://prkbaganpinang.blogspot.com/