Hentikan ISA ... Teruskan ISA ...

.
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Alhamdulillah.. itu sahaja ungkapan yang menggambarkan kelegaan semua pejuang kebenaran di tanah air Malaya ini apabila 5 tahanan yang tidak diketahui kesalahannya dibebaskan dari akta zalim ISA. Biar pun hati geram dengan permainan jahat golongan mustakbirin namun, pembebasan ini adalah sebahagian dari kurnia dari Allah di atas perjuangan mereka-mereka yang sabar . Sesungguhnya ganjaran bagi mereka yang sabar terlalu besar sehingga tidak tergambar hebatnya gandaan tersebut.


Akta ISA berpotensi untuk digunakan dalam keadaan terdesak oleh golongan mustakbirin, tidak mengenal siapa kawan pun boleh disumbat apa lagi kalau seorang lawan. Mungkin rakyat masih belum benar-benar faham apa itu ISA menyebabkan mereka masih boleh lagi berlapang dada dengan kejahatan UMNO-BN.


ISA juga satu nama yang sangat sinonim dengan rakyat Negeri Sembilan. MB paling lama dalam sejarah Negeri Sembilan. Dalam PRK Bagan Pinang namanya disebut untuk menjadi calon BN. Seawalnya dia telah menghantar namanya sendiri sebagai calon tunggal dari bahagian Teluk Kemang untuk dipertimbangkan oleh UMNO Pusat. Pilihannya cuma satu, iaitu ISA.


Bagi seteru politik ISA di Negeri Sembilan, perbuatan ISA itu tidak pernah menimbulkan rasa pelik. Dia tidak pernah rasa bersalah dan nak mengaku salah. Bila isu babi timbul di Bukit Pelandok pada tahun 1999, ISA mengamuk bila orang kaitkan di dengan isu babi tersebut. Dia tak rasa salah dia. Babi jugak yang salah.


Tapi ISA, politiknya licik. Di Bagan Pinang masih ramai saudara-saudaranya. Sebab kampung ayahnya di situ. Tokey-tokey cina juga dikhabarkan sedia memberi undi pada Isa kerana mengenang budi Isa yang terlalu banyak buat mereka.


Sama ada memilih Isa atau tidak memilihnya UMNO tetap berdepan dengan masalah. Memilihnya mengundang kemarahan orang-orang UMNO di luar Teluk Kemang. Tidak memilihnya mengundang kemarahan orang-orang UMNO di Teluk Kemang. Serba salahnya kerana ISA ...

0 comments: