Syeikh Murtadza Bekas Mufti Negeri Sembilan, Ikon Penyatuan

.
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks


Nama Syeikh Dato Hj Mohd Murtadza b Syeikh Ahmad bukan nama asing di Negeri Sembilan. Beliau merupakan Mufti ketiga Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bermula dari tahun 1987 sehingga 2008. Beliau dilihat sebagai seorang mufti yang toleran dan bijak menangani isu dengan memberikan jalan penyelesaian yang semua orang berlapang dada. Namun ada juga beberapa pandangannya diketepikan oleh golongan politik berkuasa hanya kerana tidak sefahaman dengan beliau.
Beliau telah menjalankan tugas sebagai mufti dengan baik sepanjang tempoh perkhidmatannya. Memudahkan urusan ilmu di Negeri Sembilan dengan mempermudahkan urusan tauliah mengajar bagi tuan-tuan guru dan ustaz-ustaz di negeri ini. Beliau sering mengingatkan tentang realiti masyarakat di Negeri Sembilan ini yang rata-ratanya agak jauh dengan budaya ilmu. Beliau telah mengasaskan Majlis Turuq Sufiah bertujuan mendaftarkan tarikat-tarikat yang terdapat di Negeri Sembilan agar tidak mudah dilabelkan sesat oleh golongan yang anti tarikat. Hasilnya, penerimaan masyarakat mengenai tarikat akan lebih baik kerana pengamalnya telah diiktiraf melalui Ahli Majlis Turuq Sufiah yang berkaliber.


Oleh kerana ketegasannya beliau sering tidak disenangi oleh pemerintah UMNO-BN. Beberapa kali usaha telah dibuat untuk menamatkan kontrak beliau, namun usaha tersebut gagal kerana Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar masih berkenan menyambung tauliahnya. Usaha teresebut tidak pernah terhenti, akhirnya pada penghujung 2008 yang lalu kontraknya tidak disambung lagi dan berkebetulan pada saat itu berlakunya kemangkatan YDB Negeri Sembilan. Itulah jasa besar UMNO-BN. Alasan yang diberikan SS Dato Mufti telah terlalu uzur. Satu jawapan yang langsung tidak munasabah. Bagi sesiapa yang pernah ke Jabatan Mufti Negeri Sembilan akan mengetahui betapa rendahnya nilai yang diberi kepada seorang mufti walaupun tarafnya sebagao exco. Bangunan lama yang tidak berlif menyukarkan orang-orang yang uzur untuk menemui mufti. Namun Dato Murtadza tetap gagah memajat tingkat 4 bangunan tersebut walaupun untuk beberapa kali dalam sehari.


gambar terbaru beliau yang susut sehingga hampir 15 kg

Semalam, berlangsung majlis khatam al-quran di Masjid Jamek Ampangan. Kehadiran hampir mencecah 300 orang. Jumlah yang lebih baik berbanding majlis berbuka puasa bersama MB Negeri Sembilan pada ahad lalu. Walaupun majlis berbuka puasa bersama MB tersebut dikatakan dihadiri hampir 1000 orang tetapi kebanyakannya adalah orang luar yang terdiri dari pegawai kerajan dan pemimpin politik UMNO. Ahli kariah tempatan boleh dikira dengan jari. Syeikh Murtadza dijemput seperti mana biasa seperti tahun sebelum ini tetapi kali ini tidak sebagai mufti. Beliau kini bergerak di atas kedudukannya sebagai Syeikh Tarikat Ahmadiah Al-Idrisiyyah Ar-Rashidiyyah Al-Dandarwiyyah Kg Pondok Rasah. Beliau menyatakan kekesalannya terhadap keangkuhan sebahagian dari mereka yang diberi amanah memimpin.
Dato Murtadza tetap tegas seperti dulu. Beberapa jawatan turut ditawarkan kepada beliau namun beliau menolak. Bukan kerana tawar hati tetapi kerana ketegasannya. Marilah kita bersama doakan semoga beliau terus diberi kekuatan oleh Allah untuk menaburkan ilmunya di Negeri ini. Pemberhentian beliau bukti kezaliman kerajaan UMNO - BN . Penduduk Bagan Pinang, ayuh bantu Dato Murtadza dengan menumbangkan BN !!

16 comments:

tuffaya said...

celake UMNO.begitu juga terjadi kepada TG Syeikh Muhammad Faiz.UMNO ni bukan apa,nak menghapuskan ulama' di dunia dan menyebarkan maksiat.menghapuskan berkat dengan menghapuskan ulama'.hancur UMNO

Pak Oncu said...

ada mangkok hayun yg dah mendakwa tarikat dio lagi hebat dari tarikat Tok Mufti,,,,,,,, !!!!!!
pulak Yam Tuan ni pro dgn Fuad Bukit 9.........

Anonymous said...

jangan sebar fitnah..sheikh murtadza dah beberapa kali minta ditamatkan kontrak zaman almarhum yamtuan lagi tapi yamtuan tak benarkan..ada orang lebih suka sebar fitnah bagitau beliau dipecat..masya Allah..harap tanyala sendiri beliau..wallahu'alam.yang hak itu tetap hak..

Anonymous said...

Iyo, as-syeikh fuad lagi hebat dari tariqat bekas To' mufti', jubahnya dipakaikan, begnya dibawakan khadam, as-syeikh fuad ada kereta besar lagi.-

JELI & DADIH ONLINE said...

Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh......

semua 41 tarekat muktabar itu adalah benar.....dan semuanya dibawah satu Zi'amah baginda Rasulullah Sollollohu Alaihi Wasallam....INGAT MATLAMAT SEBENAR TAREKAT......HANYA UNTUK MAARIFATULLAH.....jadi tak perlulah kita kata tarekat A itu lebih hebat dari tarekat B dan tarekat C itu jauh lebih lemah daripada tarekat B dan A.....bukan jenis tarekat yang menjadi ukuran......walau apapun jenis tarekat sekiranya ia tarekat yang muktabar....jangan sesekali kita meremehkannya......zi'amah (penjamin)nya tetap satu iaitu Rasulullah Sollollohu Alaihi Wasallam....kalau kita mencemuh atau tohmah tarekat2 yang benar ini bermakna kita mencemuh zi'amah nya sekali........berhati-hatilah kalian......JANGAN TERTIPU DENGAN SYAITAN.....tak selamat dunia akhirat....kalau kita buat begitu.......oleh itu marilah kita sama-sama bersatu....TANPA MENGIRA APA JENIS TAREKAT MUKTABAR YANG KITA IKUT....BERSATU DI BAWAH PAYUNG JAMINAN RASULULLAH SOLLOLLOHU ALAIHI WASALLAM......ALLAHU AKHBAR NAHNU MUHAMMADIYUN WALILLAHIL HAMD!!!

Allahumma,waj'al,wajhaka l karim maksudi !!

-Mohd Shahrul Naim- said...

Salam,tujuan kita berthariqat bukannya untuk bergaduh2 thariqat mana paling hebat,kalau macam tu sudah larilah kita daripada tujuan asal berthariqat..tp kita berthariqat kerana nak dapatkan redha Allah jua,menyucikan hati daripada sifat2 tercela...selagi sesuatu thariqat itu tidak bercanggah dengan syari'at Islam maka ia adalah mu'tabar...waLlahua'lam sekadar renungan untuk kita semua..

otam67 said...

Al-'Alim Al-'Allamah Al-'Arif billah Al-Murabbi Al-Mursyid, Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Al-Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy . Tuan guru dilahirkan pada tahun 1364H / 1944M di bandar Damsyik Al-Faiha’ dalam sebuah keluarga yang merupakan penduduk jati dan asal Damsyik. Keluarga tuan guru merupakan sebuah keluarga yang amat disegani dan terkenal dengan keilmuan, kehakiman dan kefatwaan sejak ratusan tahun.
Tuan guru menerima didikan ilmu agama secara talaqqi daripada ulamak-ulamak tempatan yang mulia-mulia. Hasilnya, tuan guru mempunyai beberapa ijazah keilmuan yang boleh dibanggakan daripada guru-gurunya itu. Ijazah yang paling besar ialah Ijazah daripada yang mulia bapanya, Ijazah daripada mantan mufti Syria, yang mulia al-‘allaamah Dr. Muhammad Abi al-Yusri ‘Aabidiin, Ijazah daripada sohibussamahah Mufti Maliki dan Ketua Perikatan Ulamak al-marhum asy-syed asy-syarif Muhammad al-Makkiyy al-Kattaaniyy, dan Ijazah daripada seorang ulamak hadith Mekah, Syeikh ‘Alwi ‘Abbas Al-Malikiyy (Bapa kepada AL Marhum Syeikh Mohamed Malki / Ahmad Maliki)
Al-'Alim Al-'Allamah Al-„Arif billah Al-Murabbi Al-Mursyid, Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy merupakan salah seorang Anggota Tetap dan Setiausaha Agung Akademi Feqah Islam Antarabangsa (berpusat di Jedah), Presiden Akademi Ilmu Syria dan Rektor Universiti Pengajian Islam dan Arab, Syria.
Antara ulamak yang mengambil ijazah sanad daripada tuan guru adalah Ramai daripada ulamak-ulamak agung dunia yang berIjazah (mengambil Ijazah) daripada al-fadhil Syeikh, antaranya Syeikh Ahmad Al-Khaleliyy (Mufti Kesultanan Oman), Syeikh Profesor Dr. Bakar bin Abdulullah Abu Zaid (Presiden Akademi Feqah Islam Antarabangsa di Jeddah dan Timbalan Menteri Kehakiman Saudi), Syeikh Profesor Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti, Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih (Ketua Syeikh Ulamak Qiraat di Syam), Syeikh Profesor Dr. Muhammad bin Jum’ah As-Salim (Timbalan Menteri 1 Hal Ehwal Islam dan Wakaf di Abu Dhabi, Emiriah Arab), Syeikh Abdul Hamid bin Bakil (Kadi Besar Brunei), Syeikh Dr. Dalil Abu Bakr (Dekan Maahad Islam Masjid Paris, dan Dekan Universiti Paris), Sheikh Professor Dr. Wahbah Al Zuhaily (Syria)
Tuan Guru merupakan pemimpin Al-Madrasah Al-Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Al-Islamiyyah Al-Jaami’ah. Tuan Guru merupakan Ulamak Ahli Sunnah Wal jama’ah, yang bermazhab Hanafi dan bertariqah Al-Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Al-Islamiyyah Al-Jaami’ah. Al-fadhil Syeikh juga boleh mengIjazahkan semua jenis tariqah yang mu’tabar, termasuk 40 yang utama dan pecahan-pecahannya.
.....rujuk otam67.blogspot.com

Anonymous said...

Fuad kamaluddin bukan ahli sufi macam murtadza tapi dengar cerita lepas operation, tok murtadza di masuk kan darah yg kurang bersih dlm dia maka ....

ShamsulS2 said...

Salam,

UMNO/BN sebagai kerajaan yang memerintah tidak menyekat dan/atau melarang Tuan guru Hj. Murtadza untuk mengajar dan menyampaiakan risalah agama Islam.

Sudah ketentuan Yang Maha Esa bahawa Tuan guru Hj. Murtdadza hanya menjawat jawatan mufti sehingga tahun kontrak beliau tidak lagi diperbaharui.

Adalah sesuatu yang tidak wajar kita bersangka buruk dan tidak menerima ketentuan Yang Maha Esa.

Yang buruk datang dari saya yang lemah Yang baik datangnya dari Yang Maha Esa.

Sekian. Wasallam.

Anonymous said...

Dalam beribu2 tarekat didunia ini. mana satu tarekat yang diamalkan oleh nabi, sahabat, tabiin dan tabiintabiun.
tentunya tiada, sebab tarekat ini adalah benda baru bidaah dan sesat and go to HELL.

Anonymous said...

Zman nabi msih ada memang la xde tarekat..mazhab bagai.. sbb para sahabat dpt ilmu direct dr nabi..tarekat ialah satu jalan utk hti kita dpt terhubung dgn nabi.setiap zaman hnya ada 1 tarekat yg berperanan..kalo da byk zaman maka byk lah tarekat..tp tarekat2 yg da lama tu still dpt phla bg pengamalnya..sbb amalan2 dlm tarekat msti x lari dpd ayat suci alquran selawat..lain kali pi blajaq dulu tasauf n tarekat..ini sdri pun jahil murakkab..lg satu..tarekat2 ni sbb byk ayat alquran,sape mhinanya tggu lah Tuhan bg 'teguran'..x tau tnya..jgn tnjuk sgt jahil..

mustika nilam said...

Tariqat adalah metode beramal bagi mencapai hadiratul qudus, adalah dalam ibadah solah kita menemui matlamat beribadah, memaki hamun amalan tak menolong kepada kebaikan apa apa. Rugi dunia akhirat adalah. Cuba beramal petunjuk jalan tariqat dengan istiqamah , baru tahu apa hasil nya.

mustika nilam said...

Tariqat adalah metode beramal bagi mencapai hadiratul qudus, adalah dalam ibadah solah kita menemui matlamat beribadah, memaki hamun amalan tak menolong kepada kebaikan apa apa. Rugi dunia akhirat adalah. Cuba beramal petunjuk jalan tariqat dengan istiqamah , baru tahu apa hasil nya.

Unknown said...

nak bersehkan hati dgn ilmu, bukan dgn join tareqat

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt. Mohon bantuan. Sumbangan derma untuk asnaf fakir miskin. Para dermawan yang budiman. Anda boleh menderma ke akaun maybank orang daif.
Nama: Adila Bin Suboh
Nombor Akaun: 151089317354
Terima kasih.

Zaharah Hashim said...

Alhamdulillah. Benar.Bertarikat bukan untuk berkelompok tetapi mencari penunjuk jalan mendekat kepada Allah. Guru guru tunjuk jalan dan bimbing tapi yang perlu usaha gigih dan berjuang adalan salik. Yang menyampaikan ialah Allah. Anak kuncinya niat yang baik dan hati yang ikhlas.
Berapa ramai bertarikat tapi berapa ramailah yang sampai.