Apa yang RAKYAT akan dapat ... Jika BN Kalah di Bagan Pinang

.
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Sudah menjadi tradisi parti pemerintah UMNO-BN merasakan bahawa harta kerajaan adalah hak mutlaknya. Sesiapa yang tidak menyokong dan bersama mereka sukar beroleh kesenangan. Tapi Allah maha kaya. rezeki bukan milik mereka, milik Allah yang mutlak. Menggunakan wang rakyat untuk diagihkan kepada rakyat itu bukan jasa namanya. Kalau guna duit mereka untuk beri pada rakyat itulah namanya.
YB UMNO-BN dalam bulan ramadan ni cuma memanjangkan sumbangan. Bukan beri sumbangan. Duit sumbangan datangnya dari Baitul Mal, Jabatan Kebajikan dan beberapa NGO. YB datang untuk tolong sampaikan sahaja. Tanya pada dia berapa dalam sampul tu pun mungkin mereka tak tahu. Apa kan daya rakyat tak tahu cerita sebenarnya. Akhirnya yang dilihat YB terlalu berjasa buat mereka. Tak padan bak kata Tuan Guru Nik Aziz sumbangan RM 50 untuk tanggung derita 5 tahun. Berapa sen sehari ?
Pengalaman sahabat-sahabat di DUN Ampangan, Sikamat dan Paroi yang memilih YB dari Pakatan Rakyat ternyata memberi banyak perubahan. DUN-DUN tersebut diberi perhatian luar biasa oleh UMNO-BN kerana ingin memenangi semula hati pengundi. Jalan-jalan kampung diturap lebar, kemudahan diperbaiki, ada ADUN angkat lagi pendek kata, masa UMNO - BN memerintah dahulu keprihatinannya tidak sebegitu hebat.
Ada untungnya bila PR menang. Untuk kembali memenangi hati rakyat mereka akan buat macam-macam perkara untuk menang semula DUN tersebut. Namun jika mereka menang, mereka rasa selesa tiada apa yang perlu dipujuk untuk rakyat di sana. Tak percaya cubalah tanya rakyat di Johol, Senaling, Pilah, Seri Menanti, Juasseh dan banyak lagi tempat yang UMNO-BN selesa ...

3 comments:

anti pitnah said...

bwk2 ngucap lobai oii. kok yo pun nak pertikai sumbangan org poie kaji dulu. jgn main dongar cakap org pehtu tuduh2. itu dah jadi fitnah. yb2 pembangkang pun guna sumbangan dari baitulmal, jkm, ngo termasuklah memohon wang tabung rakyat tahunan perdana menteri utk disalurkan kpd rakyat kawasan memasing. contohnya utk baiki rumah, bantuan belajar, wang dapur etc. den tau la sobab den banyak nguruskan bondo ni. lenkali cakap tu bepikir dulu yo lobai. lgpun suma org tau pas banyak duit akhir2 ni pun pasal pkr. pkr lak dapek duit tang mano?

pro lobai said...

Pro lobai
bantuan untuk rakyat di bawah dun PR memang hak rakyat. nak tanya jugak anti pitnah ni berapa kali yb PR dipanggil utk sampai bantuan? kenapa adun angkat, kenapa ada pusat khidmat masyarakat di tempat PR menang? tak iktiraf pilihan rakyat? kalau dah kepala umno tu memang tak buleh pakai

anti pitnah said...

abih tu bantuan utk rakyat bawah bn bukan hak rakyat jugak ke? elok la tu bagus sobab banyak pusat khidmat. yang sonang eh rakyat. itupun nak jadi isu ko? ko kau memang niat nak nyusahkan rakyat tak nak rakyat sonang? tak kisah la sapo pun yg dipanggil bg bantuan. rakyat yg perlu diutamakan. parti jatuh no 10. nak berkhidmat ko tak.