Kesilapan janganlah dipertahankan dengan alasan

.
0 comments

Antara sifat yang terpuji bagi seorang mukmin adalah tawaduk. Tidak kira apa pun latar belakangnya. Tawaduk tidak akan menghinakan pemiliknya. Nabi menjanjikan sesiapa yang tawaduk diangkat darjatnya oleh Allah Taala. Justeru, kenapa perlu mempertahankan sesuatu kesilapan ? Tambahan bila kita sedar kesilapan itu adalah sesuatu pertimbangan yang tidak wajar kita lakukan. Sukarkah memohon maaf atas kesilapan. Kenapa biarkan sifat syaitan meraja di dalam diri sedang keaiban ini akan merosakkan diri kita.

Seorang pendakwah sekalipun terkadang ada kesilapan dalam tindakan. Akurlah dan jangan dipertahankan andai kesilapan itu berlaku. Mempertahankan kesilapan akan membodohkan diri sendiri menjadikan kita semakin hina bukan di mata manusia tapi pada pandangan Allah SWT. Apalah guna mempertahankan kesilapan dalam keadaan kita menafikan kelemahan yang sememangnya wujud dalam diri kita sebagai seorang manusia. Pendakwah bukan seorang yang maksum untuk tidak melakukan kesalahan.

Semakin hebat komitmen pada dakwah semakin kuat ujian bakal ditempuhi. Mengasingkan diri dari kelompok jamaah akan menyebabkan kita semakin mudah tumbang dan terumbang ambing. Bertemulah dengan sahabat-sahabat untuk memohon nasihat setidaknya kita tidak jauh lari dari perjuangan sebenar. Mungkin di saat kita merasa diri kita betul semuanya, disitulah ruang kelemahan dan kesilapan kita. Menyuluh muka ke cermin belum lagi cukup untuk mengetahui kelemahan dan kesilapan, kita perlukan cermin hidup yang mampu berkata menegur salah dan silap kita.

Semoga Allah terus memelihara kita dari dibuai oleh ombak ujub yang tidak akan ditemui tepinya jika tidak berusaha mengeluarkan diri darinya. Ruginya bukan kepalang jika kerja keras yang kita lakukan dihinggap virus ujub yang merosakkan .. Fikirkanlah

Imam Muda

.
3 comments


Entri ini tiada kena mengena dengan rancangan terbaru terbitan ASTRO Oasis. Sekadar satu coretan ringan untuk tatapan pembaca setia blog Lobai Kampung yang tak seberapa ini. Hampir 2 bulan blog ini tidak dikemaskini. Sibuk bukan alasan. Respon dari entri sebelum ini menyedarkan saya rupanya ramai lobai yang sensitif dan sinis dengan blog Lobai Kampung. Tak salah sikap itu dirasakan kerana saya bukanlah yang terbaik dan sempurna. Jauh sama sekali saya nak merasakan saya telah berbuat sesuatu untuk perjuangan ini dan malu rasanya untuk menyalahkan teman-teman lain tidak berbuat apa-apa. Yang ingin dikongsi adalah ' intima dengan jamaah ' , itu sahaja.

Para Lobai walau di mana sahaja apabila diberi peluang untuk bercakap sudah pasti yang keluar dari mulut mereka adalah kebimbangan dengan keadaan masyarakat hari ini. Tak perlu dihurai lagi semuanya maklum. Tetapi kata-kata kita itu sekadar menjadi bebelan jika kita tidak berusaha merubah keadaan yang ada. Sama ada setuju atau tidak, kita tidak boleh nafikan kita berada di bawah sistem dan pemimpin yang tidak mahu kepada Islam. Jika itu ukurannya kita mungkin faham di mana kita patut berada. Soal kepimpinan Islam bukan urusan individu tertentu tetapi ianya adalah tanggungjawab semua. Berbicara soal kepimpinan inilah yang sangat digeruni oleh musuh Islam. Islam tanpa kepimpinan yang punya ruh dan semangat jihad umpama ular berbisa yang tiada bisanya. Menafikan politik bermakna membiarkan kerosakan terus bermaharajalela. Keluarlah banyak dalil mana pun untuk menceritakan soal kerosakan manusia, namun puncanya kembali kepada persoalan kepimpinan.

Makna hakiki kepimpinan dalam Islam adalah merealisasikan khilafah di muka bumi demi mewujudkan kebaikan dan proses islah. Perintah Allah demikian jelas di dalam surah An- Nisa ayat 65 :

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

Mampukah berjuang sendirian ? Dengan jadual kuliah maghrib dan subuh yang begitu padat sehingga merasakan kita sudah berkorban. Bagi saya itu adalah kewajipan jauh sekali untuk menyatakan itu sumbangan kerana kita beroleh 'habuan' selepas selesai menyampaikan kuliah. Mengatakan itu adalah pengorbanan ? Jauh panggang dari api. Apa yang kita korbankan ? Masa, tenaga, duit, darah, peluh ... ? Masih jauh untuk kita bergelar seorang pejuang rupanya. Jika tidak mampu melakukan semua jangan tinggalkan semua. Marilah membantu walaupun sedikit. Kedudukan istimewa jawatan anda tidak akan terjejas jika membantu perjuangan Islam.

Platform Dakwah

Hujjah mempertahankan kedudukan sebagai platform dakwah sering diberikan apabila diajak bersama dalam perjuangan. Tidak dinafikan kepentingan platform itu tetapi ia bukan penjara yang memenjarakan perjuangan kita. Sepatutnya platform itu menjadi ruang bermanfaat untuk membawa insan lain ke arah kefahaman. Mungkin terlalu banyak ' kaedah dan bacaan dakwah ' sehingga ada yang melabelkan para aktivis perjuangan ini terlalu gopoh dan tidak berhikmah.

Platform adalah alat bukan matlamat. Andai suatu hari platform itu tiada lagi buat kita apakah perjuangan berhenti setakat itu? Insya allah mudah-mudahan tidak ... Kini saya mahu bercerita tentang 'saya' setelah penggunaan perkataan 'kita' dilihat ujub oleh sebahagian pembaca blog ini. Saya dipilih menjadi Imam di Masjid Ampangan sejak 2004 dalam tempoh itu seingat saya baru sekali kontrak saya diperbaharui iaitu pada Jun 2007, kini masih lagi menanti jawapan untuk pembaharuan Jun 2010 . Sehingga kini saya masih menjalankan tugas seperti biasa walaupun belum ada apa-apa makluman tentang pemberhentian atau penyambungan kontrak.

Platform imam, bagi saya bukan hanya dakwah bahkan satu tarbiyyah dan pengalaman. Mengenal perangai manusia dari sehebat-hebat orang sampailah ke anak kecil. Saya benar-benar tenang dengan kerjaya berelaun ini walaupun pelbagai kata dilemparkan secara terang atau sembunyi buat saya. Saya telan semuanya walaupun pahit. Sebab bagi saya, mungkin mereka menilai beradasarkan apa yang mereka fikir jika mereka duduk di tempat saya. Zaman moden ini orang mempertikaikan sijil ada pula yang kata saya tak habis pengajian di Al-Azhar sebab itu tidak dapat menjawat jawatan sebagai pegawai. Terima kasih. Nanti kalau perlu saya photostatkan sijil dan berikan pada sesiapa yang berminat. Walaupun saya belajar tak pandai tapi alhamdulillah, pengajian saya tamat.

Saya pernah memohon untuk jawatan Imam Eksekutif di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Jawatan itu dibuka sebelum bulan Mac 2008 ( PRU 12 ) yang menariknya perjawatan yang diberikan itu bertaraf pentadbiran, berkuasa penuh ke atas masjid termasuk soal pentadbiran dan kewangannya. 20 buah Masjid di Negeri Sembilan akan ditempatkan Imam Eksekutif ini khabarnya, 10 daripadanya sekitar Seremban termasuk Masjid Ampangan. Saya berminat dan sebolehnya tidak mahu ke Masjid lain. Tetapi selepas PRU 12 menyaksikan BN gagal di Dun Paroi, Ampangan dan Sikamat tawaran Imam Eksekutif itu hanyut dengan kekalahan tersebut. Saya pun tak pasti kenapa tidak diteruskan walaupun dengarnya geran sudah dikeluarkan untuk tujuan tersebut. Saya ditawarkan untuk mengambil Imam Daerah yang kekosongan, tetapi hati saya tidak terbuka dengan tawaran itu. Saya juga pernah ditawarkan untuk berada pada satu jawatan di sebuah badan berkanun di Negeri Sembilan pada awalnya saya mahu menerimanya kerana skop platform dakwah yang lebih luas tetapi kerana nasihat dari Al-Marhum Ustaz Khairul Azhar saya akur menolaknya.

Bagi saya, dalam dakwah kita tidak memilih untuk diletakkan tetapi ia adalah ketetapan dari Allah mengikut kebijaksanaannya. Yang lebih saya bimbang kalau Allah tak pilih saya duduk dalam perjuangan dan jauh membimbangkan bila duduk dalam perjuangan bukan pula kerana Allah .

Bersamalah kita membersihkan hati kita dari segala yang merosakkan. Hati kita rosak bila bersikap SOMBONG. Jangan sombong dengan apa yang kita telah buat, sepatutnya kita bimbang jika amal itu tidak dinilai oleh Allah. Jangan sesekali bersifat TAMAK . Apa yang telah Allah tentukan itulah yang terbaik buat kita. Jangan sampai melangkaui batasan yang telah Allah tetapkan apatah lagi terlibat dengan yang haram. Jauhkan bersifat HASAD. Suka melihat sahabat dalam kesusahan dan kesempitan bahkan menambah lagi beban yang dipikulnya. Marilah seluruhnya membantu bukan membantutkan !!!

Lobai-lobai poie mano ..?

.
4 comments



Saban tahun bukan sedikit jumlah graduan pengajian Islam keluar dari universiti tempatan mahu pun luar negara. Di Negeri Sembilan sendiri sungguhpun jumlah sekolah agama yang kebiasaannya membekal graduan pengajian Islam jumlahnya tidak banyak namun untuk menampung keperluan masyarakat rasanya masih boleh diusahakan. Ramai di kalangan graduan Pengajian Islam memilih untuk bekerja secara tetap sama ada melalui JAKIM mahupun Kementerian Pelajaran sebagai guru. Suatu kedudukan yang sangat hampir dengan masyarakat dan platform terbaik untuk manfaat dakwah.


Namun persoalannya sejauh mana graduan Pengajian Islam ini berperanan di kalangan masyarakat. Masih ada yang enggan mengaku dirinya 'Lobai' sedangkan status itulah yang patut dipikul dalam erti kata memimpin dan membimbing masyarakat. Bagi masyarakat di Negeri Sembilan status 'Lobai' punya satu kehormatan ada kedudukan dan peranan yang mereka harapkan. Kalau pun tidak sampai peringkat boleh mengajar dan membuka kitab mereka berharap agar 'Lobai' ini boleh disandarkan masalah agama yang berkaitan seperti menjadi imam dan mempimpin kenduri kendara. Namun apakah status graduan setakat layak jadi imam dan memimpin kenduri kendara sahaja. Para lobai patut memanfaatkan ruang kepercayaa masyarakat ini untuk mendidik dan membimbing mereka memahami Islam secara syumul melalui strategi dakwah yang berkesan.


Saya bukanlah terbaik. Tapi saya cukup terkesan bila berbual dengan seorang saudara baru yang mempertikaikan sebahagian 'Lobai' yang gagal memanfaatkan kedudukan jawatan dan kepercayaan mereka untuk melakukan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk masyarakat. Apakah kehidupan selesa dengan gaji tetap menyebabkan mereka enggan menyusahkan diri dan lebih selesa meneruskan kerja rutin dengan kedudukan yang ada. Persoalan itu kembali dijawab pada diri masing-masing. Muhasabahlah diri kita apakah yang kita lakukan itu satu kerja atau satu kerjaya.


Tidaklah sampai mengharap intima' mereka di dalam perjuangan PAS sehingga memegang jawatan berat yang menjadi ancaman kepada kerjaya mereka. Tapi apa yang diharapkan biarlah ruang ijtimaie yang ada dimanfaatkan untuk memberi kefahaman Islam di dalam keadaan masyarakat yang semakin hari semakin punah akhlaknya. Tidak perlu angkat bendera dan tidak juga perlu isytihar apa pegangan partinya. Hubungan dengan rakan-rakan yang berada di dalam jamaah juga perlu dikuatkan setidaknya dengan menghadiri usrah dan perjumpaan tidak rasmi agar mereka terus ditiup dengan semangat perjuangan. Jangan sampai putus hubungan sehingga di saat mereka di asak dengan sesuatu isu mereka melatah dan kenyataan yang mereka berikan tidak memberikan maksud sebenar dalam isu tersebut. Golongan Lobai adalah golongan yang sentiasa menjadi rujukan, jika yang dirujuk melatah bagaimana pula keadaan orang yang merujuk sudah tentu keadaannya lebih mendukacitakan.


Cabaran dalam perjuangan memang sentiasa wujud, kemenangan Islam adalah suatu janji pasti dari Allah. Persoalannya apa peranan kita ? Entri ini ditulis dengan tujuan agar setiap Lobai melihat peranan mereka. Jika di Mesir dahulu tiupan dan hembusan semangat dakwah yang cukup hebat sehinggakan ada yang tidak sabar untuk terjun di dalam arena masyarakat untuk memperbaiki kebobrokan yang berlaku. Namun realitinya kini masyarakat tertanya-tanya mana pergi Lobai-lobai yang lain. Bahkan lebih dahsyat ke surau dan ke masjid untuk solat berjemaah pun jarang-jarang, kalau ada pun ilmu tidak dapat dimanfaatkan kerana berlalu segera setelah selesai solat. Sampaikan ada yang tidak mengenalnya sebagai seorang 'Lobai' .


Saya sering diingatkan dengan surah at-Taubah ayat 122


Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka Telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.


Tiada istilah lewat, semunya mesti bermula. Jika tidak mampu melakukan semua jangan tinggalkan semua ..

Kehilangan Besar buat PAS Negeri Sembilan

.
4 comments

Ketika Bersama YB Paroi PRK Manek Urai. Sumber : Blog ADUN PAROI


Allahyarham ketika berada di Hospital Kuala Pilah. Sumber : Blog ADUN Paroi



PAS Kawasan Kuala Pilah khususnya bagi pihak Majlis Tindakan DUN Johol hari ini kehilangan seorang aktivis PAS yang disegani kawan dan lawan. Allahyarham Mohd Som b Manaf telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Paya, Johol pada jam 8 malam pada 16 Mac 2010 pada usia 63 tahun. Beliau dikatakan menghadapi serangan sakit jantung dan kencing manis.


Allahyarham merupakan aktivis PAS yang banyak berjasa kepada perkembangan PAS khususnya di kawasan DUN Johol. Beliau mula aktif bersama perjuangan PAS pada 1998 dengan menubuhkan PAS Cawangan Kampung Paya. Penyertaan almarhum membantu PAS di dalam pilihanraya umum 1999 melonjakkan undi dan sokongan luar biasa kepada PAS yang pertama kali bertanding di DUN Johol. Walaupun calon PAS kalah namun majoriti yang tinggal kepada BN cuma sekitar 848 sahaja.


Beliau seterusnya menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam yang pertama di Johol, PASTI Fatimah Az-Zahra' yang pada asalnya menumpang di kediaman beliau sendiri pada tahun 2004, sehingga kini jumlah pelajar di Pasti ini berjumlah 38 orang. Semasa hayat beliau, beliau sentiasa membantu semua pilihanraya kecil yang diadakan sehingga di kebanyakan pilihanraya kecil beliau turut berkampung dan menyediakan khidmat memasak untuk semua petugas pilihanraya di pos beliau ditugaskan.
Jawatan terakhir beliau adalah Pengarah MTD Johol . Dalam keadaan uzur beberapa minggu sebelum ini beliau masih mampu mempengerusikan mesyuarat Agung PAS Cawangan Kampung Paya yang dipengerusikan olehnhya. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Azizah bt Hj Mohamad Isa 6 orang anak dan 10 orang cucu. Walaupun beliau telah pergi meninggalkan kita jasa, semangat dan sumbangannya tidak akan dilupakan. Semoga ruh beliau ditempatkan bersama para syuhada dan solihin.

Jenazah beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Tangkuh Simat dan akan disembahyangkan di Masjid Dato Undang Kamat, Kampung Simpang Air Mawang.

Mana Bukti Cintamu pada Nabi?

.
0 comments

Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam kepada Nabi akhir zaman, kepada keluarga, para sahabat, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga akhir zaman.

Dengan berbagai macam cara seseorang akan mencurahkan usahanya untuk membuktikan cintanya pada kekasihnya. Begitu pula kecintaan pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Setiap orang pun punya berbagai cara untuk membuktikannya. Namun tidak semua cara tersebut benar, ada di sana cara-cara yang keliru. Itulah yang nanti diangkat pada tulisan kali ini. Semoga Allah memudahkan dan memberikan kepahaman.

Kewajiban Mencintai Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
Allah Ta’ala berfirman,

قُلْ إِنْ كَانَ آَبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
“Katakanlah: “Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” (QS. At Taubah: 24). Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan, “Jika semua hal-hal tadi lebih dicintai daripada Allah dan Rasul-Nya, serta berjihad di jalan Allah, maka tunggulah musibah dan malapetaka yang akan menimpa kalian.”[1] Ancaman keras inilah yang menunjukkan bahwa mencintai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dari makhluk lainnya adalah wajib.
Bahkan tidak boleh seseorang mencintai dirinya hingga melebihi kecintaan pada nabinya. Allah Ta’ala berfirman,

النَّبِيُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ
“Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri.” (QS. Al Ahzab: 6). Syihabuddin Al Alusi rahimahullah mengatakan, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah memerintahkan sesuatu dan tidak ridho pada umatnya kecuali jika ada maslahat dan mendatangkan keselamatan bagi mereka. Berbeda dengan jiwa mereka sendiri. Jiwa tersebut selalu mengajak pada keburukan.”[2] Oleh karena itu, kecintaan pada beliau mesti didahulukan daripada kecintaan pada diri sendiri.

‘Abdullah bin Hisyam berkata, “Kami pernah bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan beliau memegang tangan Umar bin Khaththab radhiyallahu ’anhu. Lalu Umar berkata, ”Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai dari segala sesuatu kecuali terhadap diriku sendiri.” Kemudian Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam berkata,

لاَ وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ نَفْسِكَ
”Tidak, demi yang jiwaku berada di tangan-Nya (imanmu belum sempurna). Tetapi aku harus lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.” Kemudian ’Umar berkata, ”Sekarang, demi Allah. Engkau (Rasulullah) lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Kemudian Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam berkata, ”Saat ini pula wahai Umar, (imanmu telah sempurna).”[3]
Mengapa Kita Harus Mencintai Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam?
Mencintai seseorang dapat kembali kepada 2 alasan :
Alasan pertama: berkaitan dengan sosok yang dicintai

Semakin sempurna orang yang dicintai, maka di situlah tempat tumbuhnya kecintaan. Sedangkan Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam adalah manusia yang paling luar biasa dan sempurna dalam akhlaq, kepribadian, sifat dan dzatnya. Di antara sifat beliau adalah begitu perhatian pada umatnya, begitu lembut dan kasih sayang pada umatnya. Sebagaimana Allah Ta’ala mensifati beliau dalam firman-Nya,

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
”Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.” (QS. At Taubah: 128)
Alasan kedua: berkaitan dengan faedah yang akan diperoleh jika seseorang mencintai nabinya shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Di antara faedah tersebut adalah:

[1] Mendapatkan manisnya iman
Dari Anas radhiyallahu ’anhu , Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda:

ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
“Tiga perkara yang membuat seseorang akan mendapatkan manisnya iman yaitu: Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya; mencintai saudaranya hanya karena Allah; dan benci kembali pada kekufuran sebagaimana benci dilemparkan dalam api.”[4]
[2] Akan menjadikan seseorang bersama beliau di akhirat
Dari Anas bin Malik, beliau mengatakan bahwa seseorang bertanya pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Kapan terjadi hari kiamat, wahai Rasulullah?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Apa yang telah engkau persiapkan untuk menghadapinya?” Orang tersebut menjawab, “Aku tidaklah mempersiapkan untuk menghadapi hari tersebut dengan banyak shalat, banyak puasa dan banyak sedekah. Tetapi yang aku persiapkan adalah cinta Allah dan Rasul-Nya.” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata,

أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ
“(Kalau begitu) engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai.”[5]
Dalam riwayat lain, Anas mengatakan, “Kami tidaklah pernah merasa gembira sebagaimana rasa gembira kami ketika mendengar sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: Anta ma’a man ahbabta (Engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai).” Anas pun mengatakan, “Kalau begitu aku mencintai Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, Abu Bakar, dan ‘Umar. Aku berharap bisa bersama dengan mereka karena kecintaanku pada mereka, walaupun aku tidak bisa beramal seperti amalan mereka.”[6]
[3] Akan memperoleh kesempurnaan iman
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
“Seseorang tidaklah beriman (dengan sempurna) hingga aku lebih dicintainya dari anak dan orang tuanya serta manusia seluruhnya.”[7]

Dengan dua alasan inilah tidak ada alasan bagi siapa pun untuk tidak mencintai beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam.[8]

Bukti Cinta Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam

Pertama: Mendahulukan dan mengutamakan beliau dari siapa pun

Hal ini dikarenakan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah makhluk pilihan dari Allah Ta’ala. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى كِنَانَةَ مِنْ وَلَدِ إِسْمَاعِيلَ وَاصْطَفَى قُرَيْشًا مِنْ كِنَانَةَ وَاصْطَفَى مِنْ قُرَيْشٍ بَنِى هَاشِمٍ وَاصْطَفَانِى مِنْ بَنِى هَاشِمٍ
“Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah yang terbaik dari keturunan Isma’il. Lalu Allah pilih Quraisy yang terbaik dari Kinanah. Allah pun memilih Bani Hasyim yang terbaik dari Quraisy. Lalu Allah pilih aku sebagai yang terbaik dari Bani Hasyim.”[9]

Di antara bentuk mendahulukan dan mengutamakan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dari siapa pun yaitu apabila pendapat ulama, kyai atau ustadz yang menjadi rujukannya bertentangan dengan hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka yang didahulukan adalah pendapat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Asy Syafi’i rahimahullah,
“Kaum muslimin telah sepakat bahwa siapa saja yang telah jelas baginya ajaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka tidak halal baginya untuk meninggalkannya karena perkataan yang lainnya.”[10]

Kedua: Membenarkan segala yang disampaikan oleh Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam

Termasuk prinsip keimanan dan pilarnya yang utama ialah mengimani kemaksuman Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam dari dusta atau buhtan (fitnah) dan membenarkan segala yang dikabarkan beliau tentang perkara yang telah berlalu, sekarang, dan akan datang. Karena Allah Ta’ala berfirman,

وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَى (1) مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَى (2) وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى (4)
”Demi bintang ketika terbenam. Kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru. Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (QS. An Najm: 1-4)
Ketiga: Beradab di sisi Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam
Di antara bentuk adab kepada Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam adalah memuji beliau dengan pujian yang layak baginya. Pujian yang paling mendalam ialah pujian yang diberikan oleh Rabb-nya dan pujian beliau terhadap dirinya sendiri, dan yang paling utama adalah shalawat dan salam kepada beliau. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الْبَخِيلُ الَّذِي مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ
“Orang yang bakhil (pelit) adalah orang yang apabila namaku disebut di sisinya, dia tidak bershalawat kepadaku.”[11]
Keempat: Ittiba’ (mencontoh) Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam serta berpegang pada petunjuknya.
Allah Ta’ala berfirman,
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ
“Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”.” (QS. Ali Imron: 31)

Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata,

اتَّبِعُوا، وَلا تَبْتَدِعُوا فَقَدْ كُفِيتُمْ، كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٌ
“Ikutilah (petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam), janganlah membuat bid’ah. Karena (ajaran Nabi) itu sudah cukup bagi kalian. Semua amalan yang tanpa tuntunan Nabi (baca: bid’ah) adalah sesat .”[12]
Kelima: Berhakim kepada ajaran Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam
Sesungguhnya berhukum dengan ajaran Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam adalah salah satu prinsip mahabbah (cinta) dan ittiba’ (mengikuti Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam). Tidak ada iman bagi orang yang tidak berhukum dan menerima dengan sepenuhnya syari’atnya. Allah Ta’ala berfirman,

فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (QS. An-Nisa’: 65)
Ibnu Taimiyah rahimahullah mengatakan, “Setiap orang yang keluar dari ajaran dan syariat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam maka Allah telah bersumpah dengan diri-Nya yang disucikan, bahwa dia tidak beriman sehingga ridha dengan hukum Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam segala yang diperselisihkan di antara mereka dari perkara-perkara agama dan dunia serta tidak ada dalam hati mereka rasa keberatan terhadap hukumnya.”[13]
Keenam: Membela Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
Membela dan menolong Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah salah satu tanda kecintaan dan pengagungan. Allah Ta’ala berfirman,

لِلْفُقَرَاءِ الْمُهَاجِرِينَ الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأَمْوَالِهِمْ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا وَيَنْصُرُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
“(Juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (karena) mencari karunia dari Allah dan keridhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar.” (QS. Al Hasyr: 8)
Di antara contoh pembelaaan terhadap Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam seperti diceritakan dalam kisah berikut. Ketika umat Islam mengalami kekalahan, Anas bin Nadhr pada perang Uhud mengatakan, ”Ya Allah, aku memohon ampun kepadamu terhadap perbuatan para sahabat dan aku berlepas diri dari-Mu dari perbuatan kaum musyrik.” Kemudian ia maju lalu Sa’ad menemuinya. Anas lalu berkata, ”Wahai Sa’ad bin Mu’adz, surga. Demi Rabbnya Nadhr, sesungguhnya aku mencium bau surga dari Uhud.” ”Wahai Rasulullah, aku tidak mampu berbuat sebagaimana yang diperbuatnya,” ujar Sa’ad. Anas bin Malik berkata, ”Kemudian kami dapati padanya 87 sabetan pedang, tikaman tombak, atau lemparan panah. Kami mendapatinya telah gugur dan kaum musyrikin telah mencincang-cincangnya. Tidak ada seorang pun yang mengenalinya kecuali saudara perempuannya yang mengenalinya dari jari telunjuknya.”[14]
Bentuk membela Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam mengharuskan beberapa hal, di antaranya:
[1] Membela para sahabat Nabi –radhiyallahu ’anhum-
Rasulullah shallahu ’alaihi wa sallam bersabda,

لَا تَسُبُّوا أَحَدًا مِنْ أَصْحَابِي فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَوْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا أَدْرَكَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلَا نَصِيفَهُ
”Janganlah mencaci maki salah seorang sahabatku. Sungguh, seandainya salah seorang di antara kalian menginfakkan emas sebesar gunung Uhud, maka itu tidak menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang mereka dan tidak pula separuhnya.”[15]
Di antara hak-hak para sahabat adalah mencintai dan meridhoi mereka. Sebagaimana Allah Ta’ala berfirman,

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آَمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: “Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Hasyr: 10)
Sungguh aneh jika ada yang mencela sahabat sebagaimana yang dilakukan oleh Rafidhah (Syi’ah). Mereka sama saja mencela Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Imam Malik dan selainnya rahimahumullah mengatakan, “Sesungguhnya Rafidhah hanyalah ingin mencela Rasul. Jika seseorang mengatakan bahwa orang itu jelek, maka berarti sahabat-sahabatnya juga jelek. Jika seseorang mengatakan bahwa orang itu sholih, maka sahabatnya juga demikian.”[16] Ibnu Taimiyah rahimahullah mengatakan, “Adapun Rafidhah, maka merekalah orang-orang yang sering mencela sahabat Nabi dan perkataan mereka. Hakikatnya, apa yang ada di batin mereka adalah mencela risalah Muhammad.”[17]
[2] Membela para isteri Nabi, para Ummahatul Mu’minin –radhiyallahu ’anhunna-
Imam Malik rahimahullah mengatakan, “Siapa saja yang mencela Abu Bakr, maka ia pantas dihukum cambuk. Siapa saja yang mencela Aisyah, maka ia pantas untuk dibunuh.” Ada yang menanyakan pada Imam Malik, ”Mengapa bisa demikian?” Beliau menjawab, ”Barangsiapa mencela mereka, maka ia telah mencela Al Qur’an karena Allah Ta’ala berfirman (agar tidak lagi menyebarkan berita bohong mengenai Aisyah, pen),

يَعِظُكُمَ اللَّهُ أَنْ تَعُودُوا لِمِثْلِهِ أَبَدًا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
“Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali memperbuat yang seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (QS. An Nur: 17)”[18]
Ketujuh: Membela ajaran (sunnah) Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam
Termasuk membela ajaran beliau shallallahu ’alaihi wa sallam ialah memelihara dan menyebarkannya, menjaganya dari ulah kaum batil, penyimpangan kaum yang berlebih-lebihan dan ta’wil (penyimpangan) kaum yang bodoh, begitu pula dengan membantah syubhat kaum zindiq dan pengecam sunnahnya, serta menjelaskan kedustaan-kedustaan mereka. Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam telah mendo’akan keceriaan wajah bagi siapa yang membela panji sunnah ini dengan sabdanya,

نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا شَيْئًا فَبَلَّغَهُ كَمَا سَمِعَهُ فَرُبَّ مُبَلِّغٍ أَوْعَى مِنْ سَامِعٍ
“Semoga Allah memberikan kenikmatan pada seseorang yang mendengar sabda kami lalu ia menyampaikannya sebagaimana ia mendengarnya. Betapa banyak orang yang diberi berita lebih paham daripada orang yang mendengar.”[19]
Kedelapan: Menyebarkan ajaran Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
Di antara kesempurnaan cinta dan pengagungan kepada Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ialah berkeinginan kuat untuk menyebarkan ajaran (sunnah)nya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.”[20] Yang disampaikan pada umat adalah yang berasal dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bukan sesuatu yang tidak ada tuntunannya.
Bukti Cinta Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam Bukanlah dengan Berbuat Bid’ah
Sebagaimana telah kami sebutkan di atas bahwa di antara bukti cinta Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah dengan menyebarkan sunnah (ajaran) beliau. Oleh karenanya, konsekuensi dari hal ini adalah dengan mematikan bid’ah, kesesatan dan berbagai ajaran menyimpang lainnya. Karena sesungguhnya melakukan bid’ah (ajaran yang tanpa tuntunan) dalam agama berarti bukan melakukan kecintaan yang sebenarnya, walaupun mereka menyebutnya cinta.[21] Oleh karenanya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam agama kami ini yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak.”[22]
Kecintaan pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang sebenarnya adalah dengan tunduk pada ajaran beliau, mengikuti jejak beliau, melaksanakan perintah dan menjauhi larangan serta bersemangat tidak melakukan penambahan dan pengurangan dalam ajarannya.[23]

Penutup

Cinta pada Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bukanlah dengan merayakan Maulid. Hakikat cinta pada Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam adalah dengan mengikuti (ittiba’) setiap ajarannya dan mentaatinya. Semakin seseorang mencintai Nabinya maka dia juga akan semakin mentaatinya. Dari sinilah sebagian salaf mengatakan:

لهذا لما كَثُرَ الأدعياء طُولبوا بالبرهان ,قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمْ اللَّهُ
Tatkala banyak orang yang mengklaim mencintai Allah, mereka dituntut untuk mendatangkan bukti. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya): ”Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Ali Imron: 31).[27]
Orang yang cinta Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentu hanya mau mengikuti ajaran yang beliau syariatkan dan bukan mengada-ada dengan melakukan amalan yang tidak ada tuntunan, alias membuat bid’ah.

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Artikel www.muslim.or.id
[1] Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, Ibnu Katsir, 7/164, Muassasah Al Qurthubah.
[2] Ruhul Ma’ani, Syihabuddin Al Alusi, 16/42, Mawqi’ At Tafaasir.
[3] HR. Bukhari no. 6632.
[4] HR. Bukhari no. 16 dan Muslim no. 43.
[5] HR. Bukhari no. 6171 dan Muslim no. 2639
[6] HR. Bukhari no. 3688.
[7] HR. Muslim no. 44
[8] Pembahasan ini diringkas dari Huququn Nabi bainal Ijlal wal Ikhlal, hal.40-46, Hubbun Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam wa ‘alamatuhu, hal. 13-15. Kami pernah memuat tulisan ini dalam risalah kecil yang berjudul Mengenal Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam Antara Mencintai dan Melecehkan, diterbitkan oleh Pustaka Muslim, Jumadats Tsaniyah, 1428 H
[9] HR. Muslim no. 2276, Watsilah bin Al Asqo’
[10] I’lamul Muwaqi’in ‘an Robbil ‘Alamin, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, 1/7, Darul Jail, 1973.
[11] HR. Tirmidzi no. 3546 dan Ahmad (1/201). At Tirmidzi mengatakan hadits ini hasan shohih ghorib. Syaikh Al Albani mengatakan hadits ini shahih
[12] Diriwayatkan oleh Ath Thobroniy dalam Al Mu’jam Al Kabir no. 8770. Al Haytsamiy mengatakan dalam Majma’ Zawa’id bahwa para perowinya adalah perawi yang dipakai dalam kitab shohih.
[13] Majmu’ Al Fatawa, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, 28/471, Darul Wafa’, cetakan ketiga, tahun 1426 H.
[14] HR. Bukhari no. 2805, 4048 dan Muslim no. 1903.
[15] HR. Muslim no. 2541.
[16] Minhajus Sunnah An Nabawiyah, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, 7/459, Muassasah Qurthubah, cetakan pertama, tahun 1406 H.
[17] Minhajus Sunnah An Nabawiyah, 3/463.
[18] Ash Shorim Al Maslul ‘ala Syatimir Rosul, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, hal. 568, Dar Ibnu Hazm, cetakan pertama, tahun 1417 H.
[19] HR. Abu Daud no. 3660, At Tirmidz no. 2656, Ibnu Majah no. 232 dan Ahmad (5/183). Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih. Lihat makna hadits ini dalam Faidul Qodir, Al Munawi, 6/370, Mawqi’ Ya’sub.
[20] HR. Bukhari no. 3461
[21] Lihat penjelasan dalam tulisan Mahabbatun Nabi wa Ta’zhimuhu (yang terdapat dalam kumpulan risalah Huququn Nabi baina Ijlal wal Ikhlal), ‘Abdul Lathif bin Muhammad Al Hasan, hal. 89, Maktabah Al Mulk Fahd, cetakan pertama, 1422 H.
[22] HR. Bukhari no. 20 dan Muslim no. 1718
[23] Lihat Mahabbatun Nabi wa Ta’zhimuhu, hal. 89.
[27] Syarh Al ‘Aqidah Ath Thohawiyah, Syaikh Sholih Alu Syaikh, 1/266, Asy Syamilah

http://muslim.or.id/manhaj/mana-bukti-cintamu-pada-nabi.html

Kelemahan Individu Bukan Alasan Untuk Uzlah Dalam Perjuangan

.
0 comments

Saya sangat terkesan dengan kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang menyebut : Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam sekiranya kita mencari kemuliaan selain apa yang telah dimuliakan Allah kita akan dihina oleh Allah ” Islam dalam konteks yang dimaksudkan tidak hanya merujuk kepada keyakinan dan amalan bahkan yang dituntut adalah memperjuangkannya. Iktibar dari peristiwa hijrah mengajar kita Islam mesti berkuasa dan tidak selamanya dikuasai. Negara Islam Madinah yang didirikan oleh Nabi setelah menanam keyakinan dan amalan dalam diri setiap mukmin. Jiwa yang subur dengan iman dan amal inilah yang berjuang menegakkan Madinah. Mereka memahami tuntutan Islam tidak hanya dengan solat, puasa, zakat dan haji bahkan tuntutan jihad menjadi sebahagian kehidupan dan mati syahid menjadi idaman.

Dunia mutakhir ini semakin hilang keyakinan kepada sistem ciptaan manusia. Namun menerima system yang diturunkan oleh Allah tidak pula menjadi pilihan walaupun kadang-kadang miripnya ada. Islam agama fitrah yang diturunkan oleh Allah menjadi penyelesaian bagi semua masalah kehidupan yang dihadapi oleh manusia. Memahamkan manusia mengenai Islam sebagai jalan penyelesaian bagi semua kemelut adalah suatu usaha yang sangat mencabar. Tambahan doktrin pemikiran masyarakat melayu Malaysia mengenai Islam sudah tertanam hampir 52 tahun mengikut pengertian pecah perintah. Islam hanya pada ibadat soal keduniaan tiada kaitan dengan Islam. Akhirnya lahirlah system yang sangat parah kerosakannya.

Apabila manusia mengambil Islam hanya pada sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain mereka menjadi seumpama golongan ahli kitab yang mengambil kebenaran yang memberi kepentingan kepadanya sahaja. Golongan ini bukan hanya berpengaruh bahkan berkuasa pula menyebabkan usaha memahamkan tuntutan Islam sebenar menjadi lebih sulit. Dalam sirah kita boleh melihat sikap golongan ahli kitab yang berkepentingan menjaga periuk nasi sehingga menyebabkan mereka mengorbankan kebenaran. Melawan arus kebiasaan mungkin menyebabkan mereka hilang keselesaan lalu merekalah yang menjadi duri dalam daging, api dalam sekam di dalam usaha memahamkan kebenaran dalam masyarakat.

Memilih jalan selesa untuk memperjuangkan Islam mungkin bukan satu pilihan menurut sunnah, sebaliknya hanya pilihan yang disokong oleh nafsu dan bisikan syaitan. Tuntutan perjuangan itu bukan dinilai dengan hasil dan kejayaan tetapi adalah tanggungjawab. Masanya juga bukan menurut hitungan kita, dia menjadi rahsia di sisi Allah. Justeru, para pejuang perlu benar-benar memahami beza di antara dasar dan wasilah. Berbeza wasilah namun masih di atas dasar yang di dokong bersama akan mewujudkan suasana tampung menampung di antara satu sama lain. Perjuangan itu juga tidak mungkin terhasil melainkan menuntut kepada kebersamaan dalam satu gerakan yang kolektif atau disebut sebagai jamaah.

Allah menyebut dalam surah As-Sof : Sesungguhnya Allah kasih kepada mereka yang berjuang di jalan Allah dalam satu saff seolah-olah seperti satu bangunan yang kukuh.

Kelemahan satu pihak ditampung satu sama lain. Memilih jalan untuk bersendirian untuk menegakkan Islam juga bukanlah suatu sunnah. Alasan kelemahan pendokong jemaah bukanlah suatu yang tepat untuk mengasingkan diri dalam jemaah. Sebaliknya kelemahan yang kita lihat adalah satu kewajipan yang dituntut untuk memperbaikinya bukan keluar dari terus bersamanya. Manusia memang begitu lumrahnya, tidak lari dari kelemahan dan kekurangan. Namun intima’nya (penggabungannya) dengan jemaah adalah untuk meminimakan kelemahan dan kekurangan kerana bersandar pada dasar jemaah yang kukuh iaitu Islam. Mengapa mesti mengambil kesimpulan mudah, apabila lemah ia akan ditinggalkan. Sedangkan kewajipannya adalah memperbaiki kelemahan tersebut.

Justeru perjuangan ini perlu digerakkan dengan kefahaman bukan dengan semangat semata-mata. Semangat yang meluap-luap tidak disandar dengan kefahaman yang sohih akan menyebabkan kehilangan bias di tengah berjuang. Perjuangan ini adalah satu kemulian, pilihan dari Allah SWT . Tidak semua yang mampu duduk bersamanya dan tidak semua yang mampu bertahan . Formulanya mudah, jika kita sudah dipilih mohonlah kepada Allah untuk terus kekal dan mati dalam perjuangan ini. Jika kita sudah tidak layak Allah pasti menyediakan sebab untuk kita terasing dari arus perjuangan ini tidak perlu kita mencari sebab.

Ya Allah Jangan Kau Palingkan Hati Kami Setelah Engkau Memberi Hidayah dan Kurniakan Kami Dari Sisimu Rahmat Sesunguhnya Engkau Maha Pemberi …

Terpedaya (Ghurur)

.
0 comments


Seperkara yang paling membimbangkan kita sebagai seorang manusia adalah apabila melakukan kesilapan. Kesilapan dalam tindakan sesama manusia mudah dibaca kerana penilaiannya juga agak mudah. Tetapi apabila bersandar hubungan dengan Allah, kewajipan kita adalah mencari keredhaannya dengan berpandukan pada panduan yang telah diberikan. Asasnya begitu. Allah menyebut di dalam surah Luqman ayat 33 :

Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) Yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan Anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan Yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.

Sehebat mana seorang manusia itu dengan ilmu dan kedudukannya dia perlu sentiasa ada perasaan bimbang kerana apa yang mereka ada tidak menjamin mereka selamat dari tertipui dengan 3 hambatan utama seorang manusia iaitu nafsu, syaitan dan gerak hatinya. Tidak hanya dalam istilah muamalat, ghurur menyebabkan sesuatu urusan akan menjadi haram apabila ada unsurnya walau sedikit. Bagaimana pula keadaan diri seseorang yang terperangkap dengan bencana ghurur. Imam Ghazali menukilkan dalam karya agungnya mengenai bencana ini yang menyebabkan seseorang akan tertutup pintu hatinya, menjadikan nafsu sebagai pemimpin dan syaitan sebagai petunjuk jalan .

Tiada yang boleh menjamin kerana semuanya pasti berhadapan dengan ujian. Ujian inilah yang akan menentukan darjat kemuliaan seseorang. Justeru jangan mudah menghukum benarnya kita dan salahnya mereka. Ini juga termasuk dalam bencana ghurur. Dalam kitabnya Imam Ghazali menyebut antara simptom ghurur bagi yang berilmu adalah seperti berikut :

a) Golongan yang mengutamakan ilmu syariat dan akal tetapi malangnya mereka telah melalaikan gerak geri dan kelakuan anggota badan sehingga tidak diperliharanya dari berbuat maksiat sesuka hati.

b) Orang yang mengukuhkan ilmunya serta beramal dan menjauhi maksiat tetapi lalai menapis hati mereka agar dikikis dari sifat tercela seperti takabbur, hasad, riya, minta dimuliakan, menyimpan niat jahat terhadap rakan dan selalu memasyhurkan dirinya dalam masyarakat dan negeri.

c) Segolongan orang yang hanya mementingkan ilmu perbicaraan di bidang kehakiman dan pengadilan serta soal yang berkaitan dengan keduniaan dalam memutuskan perkara yang dipertelingkahkan untuk maslahat orang ramai. Mereka ini mengkhususkan ilmu fiqh untuk melengkapkan diri mereka

d) Segolongan yang sibuk menasihatkan orang ramai dan mengingatkan mereka serta berbicara tentang sifat-sifat diri , berzuhud dan berikhlas dengan beranggapan apabila dia menganjurkan orang orang ramai bersifat tersebut dirinya telah menjadi sempurna mengamalkan sifat terpuji.

e) Segolongan manusia yang sekadar menghafal ucapan para zahid ( orang zuhud ) dan hujjahnya mengenai dunia yang tercela. Malangnya yang dihafal cuma katanya sahaja tidak pula difahami maksud dan maknanya jauh sekali mengamalkannya.

f) Segolongan manusia amat mementingkan mempelajari ilmu nahu, bahasa dan syair, kata-kata sulit dalam bahasa lalu mereka bermegah kerana mengetahui ilmu tersebut.

Lobai Kampung : Jangan mudah menghukum jika kita rasa tidak selesa dengan pendirian orang lain. Setiap manusia dikurnia Allah kemampuan ilmu yang berbeza, kefahaman yang berbeza dan sudut pandang yang berbeza. Justeru apakah kerana pendapatnya tidak sealiran dengan kita, kita memilih untuk menongkah arus. Kapal yang sedia ada sudah cukup berat untuk digerakkan jangan kita pusingkan pula pendayung yang ada di tangan kita. Seorang penyokong tidak sama sudut pandangnya dengan seorang pemain. Berlapang dadalah dengan kedudukan mereka dan berlapang dada jugalah dengan kedudukan kita . Jika tidak mampu menolong jangan membebankan..