Nafikanlah semampu yang mungkin untuk menyedapkan hati orang atasan mengenai keinginan perubahan ini. Dunia tidak pernah menunjukkan sejarah orang yang menolak perubahan boleh bertahan. Harapan besar rakyat ini mesti diterjemahkan dalam bentuk undi dalam PRU 13 yang entah bila kunjung tiba. Kini semua sedang bercakap mengenai perubahan. Anda bagaimana ?
2 Program Mega Dihadiri Rakyat Negeri Sembilan
Nafikanlah semampu yang mungkin untuk menyedapkan hati orang atasan mengenai keinginan perubahan ini. Dunia tidak pernah menunjukkan sejarah orang yang menolak perubahan boleh bertahan. Harapan besar rakyat ini mesti diterjemahkan dalam bentuk undi dalam PRU 13 yang entah bila kunjung tiba. Kini semua sedang bercakap mengenai perubahan. Anda bagaimana ?
Antara Imam 5 minit dan Imam 5 Tahun..?
Antara Imam 5 minit dan Imam 5 tahun..?
Mungkin tidak sukar untuk memahami ayat ini. Imam 5 minit adalah gambaran imam solat yang tempohnya tidak begitu lama memimpin satu solat fardu, namun pemilihannya sangat ditekankan agar yang dipilih menjadi imam benar-benar layak dan berilmu. Imam mesti di kalangan mereka yang baik bacaannya, alim fiqhnya dan tidak melakukan dosa besar. Di mana sahaja kadang-kadang imam jauh lebih dihormati dan disegani berbanding pemimpin masyarakat.
Imam 5 tahun pula adalah gambaran kepada pemimpin yang dipilih melalui pilihanraya setiap 5 tahun (atau kurang). Peranannya lebih besar dalam mencorak sebuah negeri dan Negara. Mereka yang membentuk dan menggubal dasar sama ada menjadikan Negara lebih baik atau sebaliknya. Di dalam Negara demokrasi seperti Malaysia, pemimpin yang dipilih biasanya mewakili parti tertentu untuk membentuk sebuah kerajaan. Justeru, melalui pilihanraya rakyat akan memilih pemimpin bukan sekadar menilai kelayakan individu yang menjadi calon bahkan juga pertimbangannya adalah melihat kepada parti yang diwakili atau salah satu daripadanya.
Kedua-dua imam ( pemimpin ) ini mempunyai persamaan. Kedua-duanya memikul amanah. Amanah yang hakikatnya dipilih oleh Allah untuk dipikulnya. Biarpun pilihan itu dilihat dengan usaha makhluk hakikatnya amanah itu adalah pilihan dari Allah untuk menguji sejauh mana nilai kehambaan di dalam memikul amanah tersebut. Kedua-duanya layak ke syurga dengan amanah tersebut begitu juga sebaliknya. Bahkan dengan amanah berat itu menjadikan kedudukan mereka lebih tinggi berbanding orang lain sekiranya bertakwa kepada Allah SWT.
Amanah menentukan kejayaan dan kesejahteraan. 'Skil' yang hebat tanpa sifat amanah yang kuat tidak akan memberi kebaikan. Justeru, dalam memilih imam 5 minit dan imam 5 tahun bukan hanya persoalan 'skil' sahaja yang menjadi penekanan bahkan yang lebih penting adalah sifat amanah dalam diri mereka. Membangun nilai dalam sebuah masyarakat memerlukan pemimpin yang amanah di dalam melaksanakan tugas. Tidak hanya dengan skil yang hebat. Lihat sahaja contoh bagaimana seorang pemimpin yang punya latar belakang dalam bidang ekonomi, gagal mengurus ekonomi dengan baik akibat tidak amanah. Begitu sebaliknya, walau tidak punya kemahiran namun kerana prinsip amanah yang diamalkan mampu menyelamatkan.
Di dalam Islam seorang pemimpin itu juga adalah imam untuk rakyatnya. Justeru, kelayakan menjadi pemimpin itu jauh lebih ketat berbanding menjadi imam dalam solat. Cuma bila masyarakat dilanda sindrom 'tak kisah' menyebabkan sesiapa pun boleh dipilih menjadi pemimpin mereka untuk lima tahun sedangkan dalam urusan memilih imam 5 minit mereka begitu teliti memerhati. Seperti Imam Solat juga apabila mereka melakukan kesalahan mereka boleh ditegur untuk memperbaiki kesilapannya, Imam 5 tahun juga begitu. Mereka mesti ditegur apabila melakukan kesalahan bukan terus mengampu dan memuji sehingga membinasakan diri pemimpin itu dan seluruh rakyat. Apabila imam 5 minit terbatal dan hilang kelayakan maka makmum mesti mengambil alih agar solat Jemaah itu diteruskan. Sebegitu juga imam 5 tahun yang kita lantik, bila mereka hilang kelayakan dan melakukan penyelewengan kita tidak boleh terus membiarkannya. Mereka wajib diganti dan wajib diubah. Renungkan !
Majlis Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Negeri Sembilan
Laporan Audit Negara mendedahkan Negeri Sembilan ...
Laporan Audit Negara 2010 untuk N.Sembilan mendedahkan …
1. Kelemahan pengurusan dan kawalan pengeluaran bahan batuan (kuari) oleh Pejabat Tanah Seremban dimana berat muatan tidak dicatat pada doket rasmi dan penyata pengeluaran bulanan tidak diserahkan.
2. Kegagalan Program Pembasmian Kemiskinan (Program Khas) dimana prestasi 7 daripada 10 projek tidak memuaskan bagi membantu menjana pendapatan untuk membasmi kemiskinan.
3. Negeri Sembilan tidak mempunyai Hutan Paya Laut bertaraf Hutan Simpan Kekal semenjak kali terakhir dikeluarkan pada tahun 2004. Penggantian semula sejumlah 101.93 hektar di Mukim Jimah masih dalam status semakan Penasihat Undang-undang Negeri. Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan perlu mengenal pasti mana-mana kawasan berhutan tanah Kerajaan yang lain untuk menggantikan semula Hutan Simpan Kekal yang telah dibatalkan.
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2010
NEGERI SEMBILAN
PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEREMBAN DAN KUALA PILAH
- Pengurusan Pengeluaran Bahan Batuan
- Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Oktober 2010 di Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban dan Kuala Pilah mendapati secara keseluruhannya pengurusan dan pengeluaran bahan batuan adalah kurang memuaskan.
- Kesilapan mencatat kuantiti dan kesilapan pengiraan royalti di borang permit 4C Kanun Tanah Negara 1965 di Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban
- Penyata Pengeluaran Bulanan tidak diserahkan oleh pemegang permit kepada Pejabat Daerah dan Tanah bagi tujuan pemantauan.
- Program Pembasmian Kemiskinan (Program Khas)
- Pengauditan yang dijalankan antara bulan Oktober hingga Disember 2010 mendapati pengurusan Program Khas bagi 10 projek yang dipilih dengan peruntukan RM6.67 juta secara keseluruhannya kurang memuaskan.
- Prestasi 7 daripada 10 projek tidak memuaskan bagi membantu menjana pendapatan untuk membasmi kemiskinan.
- Tiada lagi Hutan Paya Laut bertaraf Hutan Simpan Kekal semenjak kali terakhir dikeluarkan pada tahun 2004. Penggantian semula sejumlah 101.93 hektar di Mukim Jimah masih dalam status semakan Penasihat Undang-undang Negeri.
- Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan sukar mengawal kesan aktiviti manusia terhadap hutan paya laut kerana telah diberi milik.
- Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan perlu mengenal pasti mana-mana kawasan berhutan tanah Kerajaan yang lain untuk menggantikan semula Hutan Simpan Kekal yang telah dibatalkan.
- Pengauditan yang dijalankan pada bulan September hingga Disember 2010 mendapati secara keseluruhan pengurusan aktiviti penyenggaraan bangunan Kerajaan di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan
- Tiada program penyenggaraan kuarters secara berjadual telah mengakibatkan kerosakan unit kuarters dan dianggarkan RM1.16 juta diperlukan bagi membaiki kerosakan kuarters di Seremban dan Tampin yang diaudit.
MAJLIS PERBANDARAN NILAI, MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON, MAJLIS DAERAH TAMPIN DAN UNIT KERAJAAN TEMPATAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
- Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati pada keseluruhannya pelaksanaan Sistem ePBT di Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Perbandaran Port Dickson dan Majlis Daerah Tampin adalah kurang memuaskan kerana terdapat kelemahan terutama dalam pengurusan kontrak dan kawalan pelaksanaan.
Untuk laporan penuh pada pautan di bawah ini :
http://www.audit.gov.my/images/stories/pdf/laporan_kan/2010/negeri_aktiviti/NSembilan.pdf
http://www.audit.gov.my/images/stories/pdf/laporan_kan/2010/negeri_penyata/ng%20sembilan.pdf
Bicara Anak Muda - Mohon Sebarkan
che'GuBard Samm nama yang menjadi perhatian setelah mendedahkan cincin 'ghaib' RM 24 juta,
YB Loke Siew Fook nama yang menjadi perhatian ahli parlimen non muslim membantah judi di parlimen.
Akan berceramah di Johol DUN yang menjadi tumpuan seluruh Malaysia baru-baru ini.
Atas semua perhatian itu di minta PERHATIAN untuk semua hadir ke majlis
Bicara Anak Muda pada 26 Oktober 2011 di Dataran Ikhwan, Air Mawang, Johol.
Sebarkan ke seluruh alam ..!
Antara berpolitik dan dipolitikkan
Berpolitik itu memang kerja ahli politik. Ahli politik juga manusia biasa. Cuma kadang-kadang semua perbuatan ahli politik dilihat cuba berpolitik. Ada beza berpolitik dengan dipolitikkan. Bila berpolitik ia timbul dari perancangan untuk menghasilkan kesan dari tindakan. Tetapi tindakan yang dipolitikkan bukan salah ahli politik tersebut, mungkin. Mereka pun tak pernah terfikir benda biasa yang mereka buat boleh dipolitikkan.
Berhukum dengan zahir, itu sahaja kemampuan kita. Soal hati serah kepada Allah SWT !
Jemputan Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Negeri Sembilan
Di jemput semua hadir memeriahkan program Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Negeri Sembilan
Pada 25 September 2011 ( Ahad ) - 8 malam
Bertempat Di Muassah Darussyarif, Batu Kikir, Jempol
Bersama
YB Dato Mahfuz Omar ( Naib Presiden PAS )
YB Saifudin Nasution ( Setiausaha Agong PKR )
YB Mohd Taufek Abd Ghani ( Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan )
YB Loke Siew Fook ( Pengerusi DAP Negeri Sembilan )
YB Dato Kamarol Bahrain Abbas ( Pengerusi PKR Negeri Sembilan )