Mengapa PRK kerap sangat ?

.
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Buletin Utama TV3 malam tadi menyiarkan komen seorang pembaca kononnya melahirkan rasa terkilannya terhadap PRK yang berlaku hampir 6 kali sepanjang tempoh setahun selepas PRU Mac lalu. Hampir 2.5 juta dihabiskan untuk menyelesaikan 5 PRK sebelum ini. Bermula dengan Permatang Pauh kemudian Kuala Terengganu diikuti Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air menyusul selepas ini Penanti. Komen dari Gerakan pula kononnya Anwar sengaja mencipta gelombang untuk memastikan sokongan rakyat berterusan.

Jika di amati dengan mata yang tidak berkaca, kesemua PRK yang berlaku bukanlah kehendak Anwar atau PR. Pimpinan PR bukan berdana besar seperti BN yang sentiasa berdana cukup untuk menghadapi Pilihanraya. Tetapi kerana satu tuntutan yang tidak dapat dielakkan dan kerja kotor BN menyebabkan ADUN yang terbabit terpaksa meletakkan jawatan. Bukit Selambau dan Penanti adakah BN tidak terlibat langsung sehingga menyebabkan perletakan jawatan 2 ADUN terbabit. Kita tidak bermaksud menidakkan kesalahan mereka. Tetapi ini soal tekanan. Tidak ramai yang sekuat Anwar Ibrahim biarpun dia ahli PKR. Meletakkan jawatan itu rasanya lebih mulia jika dibanding dengan terus duduk pada jawatan tersebut dengan pelbagai skandal yang tak selesai. Bila tak tahan, tinggal perjuangan dan isytihar sokong BN macam 3 orang ADUN dari Perak sehingga membawa kepada kekalutan di Perak.

Adapun Permatang Pauh, semua sedia maklum kecekalan seorang isteri bernama Wan Azizah memperjuangkan suaminya yang dianiaya. Maka Permatang Pauhlah tempat paling sesuai dilepaskan untuk suaminya yang tercinta. Batang Air dan Bukit Gantang kekosongan kerana penyandangnya meninggal dunia, siapa yang mampu menolak takdir.

Ada cadangan untuk meletakkan undang-undang kepada mana-mana ADUN dan MP yang meletakkan jawatan untuk di denda dan dikenakan hukuman. Negara kita budaya politiknya terlalu kotor dipelopori oleh BN. BN sanggup buat apa sahaja asal mahu kuasa. Sesiapa yang cenderung kepada pembangkang tidak akan mendapat tempat dan ruang. Contoh mudahnya orang sehebat Dr Harun Din, Dato Ismail Kamus dan ramai lagi tidak lagi ada ruang untuk dimanfaatkan ilmunya di peringkat kebangsaan atau umum .

Demikianlah busuknya permainan politik BN . Tiada perkataan yang lebih sesuai nak gambarkan. Kalau dahulu Dato Shahnon dah buat Novel SHIT jangan keluar pula lepas ini Novel lain untuk gambarkan kebobrokan UMNO+BN. Pening, pening...

Lobai Kampung : Bagi ruang sama adil kepada PR cukup 3 bulan UMNO + BN akan bergelar al-marhum !!

6 comments:

Pak Oncu said...

kato oghang, PRK elok untuk menjadi ekonomi kawasan setempat,,,,,,,Projrk Segera banyak,,, kodai dan warung makan ghamai oghang,,,,,

-BR- said...

yg gerakan sebuk menyalak kenape? depa nye duit ke kalau 2.5juta ke 4 juta ke pastu kalau geerakan taknak tolong umno kat penanti sape kesah..? kan.kan.kan. kalau taknak semua ini berlaku bukan susah minggu depan bubar parlimen dan dun sume... undi semula... hahaha

Anonymous said...

Harap tiada lagi 'janji' untuk membuka rahsia ulung TERMANTOP.. orang akan makin muak dengan kata DSAI lepas nie.. ubah ler cara tu..

Lepas nie jangan ada pulak "Gempar !! Pendedahan kat ceramah bla.. bla.."

Last sekali, x jadi atas alasan keselamatan.. adoiii..

tipah tertipu DSAI.. tipah tertipu..

Mirza said...

SEtuju bukan salah sesiapa....

Tapi adatlah orang berpolitik , saya yg jadi pemerhati nengok dua duanya , dua kali dua.

UMNO asyik nyalahkan pembangkang ..setuju kadang kadan memang melampau .

ADa juga penyokong pada pihak pembangkang asyik nyalahkan BN , rumah MAdihah teruk salahkan BN , polis menahan perusuh salahkan BN. POlis tingkatkan keselamatan salahkan BN. Bukankah dah termaktub dlam undang undang, semua negara mcm tu ..itulah sebahagian kerja polis

Bingung gua!!

someone said...

tule kalau tak ikut alquran dan sunah...susah sgt ke nak pilih pemimpin??tepuk dada tanya selera...erkkkkk

Anonymous said...

Asyik asyik PKR yang letak jawatan tak ada ke orang umno yang nak letak jawatan baru bertambah sikit kerusi parlimen atau dun.