Pepatah arab menyebut : Rehda Manusia Matlamat Yang Tidak Boleh Dicapai. Mungkin itulah ungkapan yang paling sesuai bagi menggambarkan kecelaruan yang berlaku di dalam dunia hari ini. Apabila yang diutamakan adalah makhluk bukan lagi khaliq, akhirna akan menatijahkan suasana yang tidak sihat dan harmoni dalam sesebuah komuniti atau kelompok manusia.
Bayangkan seorang pekerja yang bekerja untuk memuaskan hati sahabat pekerja yang lain sehingga membelakangkan arahan majikan. Seorang murid membelakangkan redha seorang guru hanya semata menginginkan rakan yang ramai dan berpuas hati dengannya. Banyak kisah yang boleh dijadikan iktibar dalam masyarakat kita apabila hidupnya berkiblatkan makhluk, tiada kebahagiaan buatnya melainkan kekecewaan di penghujungnya.
Mencari kepuasan hati manusia tidak mungkin berhasil melainkan apabila yang lebih diutamakan adalah kererdhaan Allah SWT. Allah mengatur hidup manusia dengan penuh hikmah, maka yang terbaik adalah dengan menuruti perintah ALlah SWT. Bukanlah bermaksud sehingga menyinggung manusia lain, tetapi yang utama adalah ALlah dan rasul.
Sukar untuk difahami tetapi itulah yang mesti difahami. Dalam satu hadis Nabi SAW menyebut mafhumnya : barangsiapa yang yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, nescaya akan dicukupkan baginya dan barang siapa mencari redha manusia dengan murkanya Allah nescaya akan dikembalikan untuknya. Allah berfirman menggambar golongan sahabat Nabi yang kehidupannya hanya mencari redha Allah di dalam Surah At-Taubah ayat 100
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
Demikian besarnya nilai redha kepada Allah yang membuahkan kemenangan sama ada di dunia dan di akhirat. Maka kerdehaan Allah sepatutnya menjadi keutamaan buat semua pejuang, biarpun kemenangan tidak berpihak buat kita di dunia, namun yakin dan percayalah perjuangan suci ini akan memberikan kemenangan yang dijanjikan di akhirat kela. Jangan terlalu gopoh berharap dan menanti kemenangan sedang kemampuan yang ada masih berada di tahap yang membimbangkan. Sama-sama kita renungkan.
Lobai Kampung : Lantik siapa pun tetap ada orang tak puas hati. Biasalah manusia, Nabi pun orang tak puas hati sebab seorang manusia, orang kafir nak di kalangan malaikat kalau turun malaikat pun mereka tetap tidak beriman ...
Mencari Redha Makhluk ...?
Posted by
Lobai Kampung
at
Saturday, June 13, 2009
.
1 comments:
Aku sbg profesional serba serbi, dari tampal poster hingga ke perancangan pembangunan dan ekonomi, mohon perbanyakkan lagi article mempertahankan pemimpin yg telah dipilih terutamanya ulama dan terus pertahankan! Tak usah bersastera, payah orang macam aku, pelayar internet nak paham, direct to the point! Tabir!!!
Post a Comment