Mengaji Sirah Siri 1

.
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Perkataan Sirah bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Perjalanan hidup nabi Muhammad SAW tidak sama dengan catatan perjalanan sejarah yang lain. Maka oleh sebab itu, sebagai seoranmg muslim yang mengucapkan dua kalimah syahadah. Ungkapan bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul utusan Allah perlu difahami dengan sejelas-jelasnya agar kita tidak menyamakan Nabi Muhammad SAW dengan manusia biasa yang lain.

Perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW secara keseluruhannya boleh disimpulkan sebagai satu perjalanan yang disusun oleh Allah untuk meletakkan Nabi Muhammad sebagai Rasul akhir zaman. Juga, sirah Nabi Muhammad SAW adalah panduan kehidupan bagi orang beriman. Maka oleh sebab itu adalah menjadi tanggungjawab kita bersama memahami sirah Nabi Muhammad ini dengan kefahaman yang tepat dan tidak hanya melihat sebagai satu sejarah biasa.

Pengkajian Sirah Nabi Muhammad SAW boleh kita bahagikan kepada beberapa bahagian

1. Sebelum Kelahiran
2. Selepas Kelahiran sehingga diangkat menjadi Nabi
3. Menjadi Nabi sehingga Hijrah
4. Hijrah sehingga pembukaan kota Mekah
5. Pembukaan kota Mekah hingga wafat

Oleh sebab itu Dr Said Ramadan AlButi menegaskan dalam kitabnya Fiqh Sirah An-Nabawiah kajian riwayat hidup RasuluLlah SallaLlahu ‘a1aihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alabi Wasallam.

Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bo lehlah dibahagikan seperti berikut:

1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana hidup baginda sendiri. Ini adalah untuk menentukan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu bukan sebagai manusia pintar tetapi Ianya adalah pesuruh Allah Subhanahu Wa ta’ala yang menerima Wahyu dan taufiq dariNya.

2.Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap lapangan hidup yang harmoni, dari itu juga dapat dijadikan sebagai dasar dasar hidupnya. Untuk demikian maka Allah telahpun menegaskan dalam Kitab SuciNya:
Yang bermaksud; Sesungguhnya pada (diri) RasuluLlah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu (Al-Ahzab 33 : 21)

3. Membantu manusia memahami dan mengecapi isi kandungan Al-Qur’an lantaran banyaknya ayat-ayat Al-Qur’an yang dihurai dan ditafsirkan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.

4. Mengumpulkan seberapa banyak yang boleh perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenar samada pengetahuan bersangkutan dengan ‘aqidah kepercayaan, hukum hakam’ dalam Islam atau tatasusilanya. Lebih tegas lagi penghidupan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam adalah satu gambaran dengan dimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukum-hukum Islam.

5. Membolehkan para pendidik penda’wah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut sistem pendidikan dan peng ajaran yang sihat kerana Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sendiri adalah sebagai pendidik, penasihat, guru dan pertunjuk yang utama, tidak pernah membuang masa begitu sahaja malah sentiasa mencari dan menyiasat jalan jalan dan sistem—sistem pengajaran yang terbaik semasa baginda (SallaLlahu ‘alaihi Wasallam) berda’wah.

bersambung ..........

Lobai Kampung : Jarang-jarang surau dan masjid mengaji Sirah An-Nabawiah. Sebab masing-masing fikir ianya berat. Insya Allah LK akan berseminar Sirah An-Nabawiah di Surau Taman Senangin pada jam 8.30 am - 4.30 petang hari Ahad 9 Mac 2009.

0 comments: