Kalaulah Orang Kampung Tau ...

.
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

RAKYAT MENANGGUNG BIAWAK HIDUP!

Dewan Rakyat diberitahu, Kerajaan Malaysia menyewa kediaman Perdana Menteri (Sri Perdana) dan Kediaman Timbalan Perdana Menteri (Sri Satria) dari Putrajaya Holding




KEDIAMAN PERDANA MENTERI - SRI PERDANA


SEWA


RM 4.15 juta setahun


RM345, 833.33 sebulan


RM11,527.77 sehari



KOS PENYELENGGARAAN


RM1.89 juta setahun


RM158,051.40 sebulan


RM5,268.38 sehari



KEDIAMAN TIMBALAN PERDANA MENTERI - SRI SATRIA


SEWA


RM2.74 juta setahun


RM228,333.33 sebulan


RM7,611.11 sehari!



KOS PENYELENGGARAAN


RM1.13 juta setahun


RM94,156 sebulan


RM 3,138.53 sehari!


Ini bermakna, kerajaan menanggung RM27,545 sehari untuk membayar sewa dan menyelenggarakan kedua-dua istana pemimpin negara ini Sewa & menyelenggara keseluruhan hampir RM 10 Juta setahun (RM 9.91 juta)


Rujukan : http://najwasuhaimi.blogspot.com/



Dialog Orang Kampung


Anak : Ayah, rumah kita atap dia dah bocor
Ayah : Alah, takpe hujan je bocornya
Anak : Tukar atap baru lah ayah
Ayah : Ish engkau ni kalau ganti bukan sekeping zink je kurang-kurang pakai 2 - 3 keping
Anak : Penatlah ayah tiap kali hujan nak tadah
Ayah : Syukurlah nak, ada jugak rumah. Orang lain lagi susah dari kita ...



Kefakiran jiwa lebih berat dari kefakiran harta. Jiwa yang fakir tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Sesiapa sahaja jangan sampai jatuh fakir JIWA. Muflis Dunia - Akhirat.



Lobai Kampung : Siapa pun yang naik PM atau TPM akan duduk di istana ini. Maka berbaloilah perjuangan dalam politik jika mendapat kedudukan yang sehebat ini.

3 comments:

gotahlantun said...

SALAM BAI,

MOLOTUP AIR LIUR DALAM KERONGKONG BILO ORANG KAMPUNG TAU MACAMANO BANYAK EEE DUIT MENGALIR KEK DUO GUMAH TUH.
MONGNGANGO MULUT LOBAI TUO MEMIKIRKAN SATU ARI DUIT SEBANYAK TU DIGUNAKAN.

ADO PAEDAH KO TUH?

KOK SAJO GAH YO, KALAU TAK PUN UNTUK MEMBOSAKAN POROT YANG ADO MELANGNGOK KEK SITU?

MANO TAK ORANG KAMPUNG MONJOGRIT..!!

Unknown said...

Salam LObai Kampung (LK)

aper kater kalo dicetak & disebar dari rumah ke rumah orang kampung.. bior celik sikit..

Cerita Kita said...

Dialog Orang Kampung 2:
Anak: Boco lai lah pak!
Bapa: Ambik lah tompayan bawah tu.
Anak: Buek apo pak?
Bapa: Tadah air hujan tu?
Anak: Tompayan pak? Malulah pak lotak tongah soghambi! Esok tunang sey nak datang pak, malulah!
Bapa: Nak malu apo! Tu ha pejabat montoghi kek putra jaya lagi godang-godang, lagi maha-maha, lagi handa-handa. Buka takat boco jo! Ghoboh bodontum takdo sapo-sapo malu do!