Terpedaya (Ghurur)

.
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks


Seperkara yang paling membimbangkan kita sebagai seorang manusia adalah apabila melakukan kesilapan. Kesilapan dalam tindakan sesama manusia mudah dibaca kerana penilaiannya juga agak mudah. Tetapi apabila bersandar hubungan dengan Allah, kewajipan kita adalah mencari keredhaannya dengan berpandukan pada panduan yang telah diberikan. Asasnya begitu. Allah menyebut di dalam surah Luqman ayat 33 :

Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) Yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan Anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan Yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.

Sehebat mana seorang manusia itu dengan ilmu dan kedudukannya dia perlu sentiasa ada perasaan bimbang kerana apa yang mereka ada tidak menjamin mereka selamat dari tertipui dengan 3 hambatan utama seorang manusia iaitu nafsu, syaitan dan gerak hatinya. Tidak hanya dalam istilah muamalat, ghurur menyebabkan sesuatu urusan akan menjadi haram apabila ada unsurnya walau sedikit. Bagaimana pula keadaan diri seseorang yang terperangkap dengan bencana ghurur. Imam Ghazali menukilkan dalam karya agungnya mengenai bencana ini yang menyebabkan seseorang akan tertutup pintu hatinya, menjadikan nafsu sebagai pemimpin dan syaitan sebagai petunjuk jalan .

Tiada yang boleh menjamin kerana semuanya pasti berhadapan dengan ujian. Ujian inilah yang akan menentukan darjat kemuliaan seseorang. Justeru jangan mudah menghukum benarnya kita dan salahnya mereka. Ini juga termasuk dalam bencana ghurur. Dalam kitabnya Imam Ghazali menyebut antara simptom ghurur bagi yang berilmu adalah seperti berikut :

a) Golongan yang mengutamakan ilmu syariat dan akal tetapi malangnya mereka telah melalaikan gerak geri dan kelakuan anggota badan sehingga tidak diperliharanya dari berbuat maksiat sesuka hati.

b) Orang yang mengukuhkan ilmunya serta beramal dan menjauhi maksiat tetapi lalai menapis hati mereka agar dikikis dari sifat tercela seperti takabbur, hasad, riya, minta dimuliakan, menyimpan niat jahat terhadap rakan dan selalu memasyhurkan dirinya dalam masyarakat dan negeri.

c) Segolongan orang yang hanya mementingkan ilmu perbicaraan di bidang kehakiman dan pengadilan serta soal yang berkaitan dengan keduniaan dalam memutuskan perkara yang dipertelingkahkan untuk maslahat orang ramai. Mereka ini mengkhususkan ilmu fiqh untuk melengkapkan diri mereka

d) Segolongan yang sibuk menasihatkan orang ramai dan mengingatkan mereka serta berbicara tentang sifat-sifat diri , berzuhud dan berikhlas dengan beranggapan apabila dia menganjurkan orang orang ramai bersifat tersebut dirinya telah menjadi sempurna mengamalkan sifat terpuji.

e) Segolongan manusia yang sekadar menghafal ucapan para zahid ( orang zuhud ) dan hujjahnya mengenai dunia yang tercela. Malangnya yang dihafal cuma katanya sahaja tidak pula difahami maksud dan maknanya jauh sekali mengamalkannya.

f) Segolongan manusia amat mementingkan mempelajari ilmu nahu, bahasa dan syair, kata-kata sulit dalam bahasa lalu mereka bermegah kerana mengetahui ilmu tersebut.

Lobai Kampung : Jangan mudah menghukum jika kita rasa tidak selesa dengan pendirian orang lain. Setiap manusia dikurnia Allah kemampuan ilmu yang berbeza, kefahaman yang berbeza dan sudut pandang yang berbeza. Justeru apakah kerana pendapatnya tidak sealiran dengan kita, kita memilih untuk menongkah arus. Kapal yang sedia ada sudah cukup berat untuk digerakkan jangan kita pusingkan pula pendayung yang ada di tangan kita. Seorang penyokong tidak sama sudut pandangnya dengan seorang pemain. Berlapang dadalah dengan kedudukan mereka dan berlapang dada jugalah dengan kedudukan kita . Jika tidak mampu menolong jangan membebankan..

0 comments: