Kelemahan Individu Bukan Alasan Untuk Uzlah Dalam Perjuangan

.
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Saya sangat terkesan dengan kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang menyebut : Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam sekiranya kita mencari kemuliaan selain apa yang telah dimuliakan Allah kita akan dihina oleh Allah ” Islam dalam konteks yang dimaksudkan tidak hanya merujuk kepada keyakinan dan amalan bahkan yang dituntut adalah memperjuangkannya. Iktibar dari peristiwa hijrah mengajar kita Islam mesti berkuasa dan tidak selamanya dikuasai. Negara Islam Madinah yang didirikan oleh Nabi setelah menanam keyakinan dan amalan dalam diri setiap mukmin. Jiwa yang subur dengan iman dan amal inilah yang berjuang menegakkan Madinah. Mereka memahami tuntutan Islam tidak hanya dengan solat, puasa, zakat dan haji bahkan tuntutan jihad menjadi sebahagian kehidupan dan mati syahid menjadi idaman.

Dunia mutakhir ini semakin hilang keyakinan kepada sistem ciptaan manusia. Namun menerima system yang diturunkan oleh Allah tidak pula menjadi pilihan walaupun kadang-kadang miripnya ada. Islam agama fitrah yang diturunkan oleh Allah menjadi penyelesaian bagi semua masalah kehidupan yang dihadapi oleh manusia. Memahamkan manusia mengenai Islam sebagai jalan penyelesaian bagi semua kemelut adalah suatu usaha yang sangat mencabar. Tambahan doktrin pemikiran masyarakat melayu Malaysia mengenai Islam sudah tertanam hampir 52 tahun mengikut pengertian pecah perintah. Islam hanya pada ibadat soal keduniaan tiada kaitan dengan Islam. Akhirnya lahirlah system yang sangat parah kerosakannya.

Apabila manusia mengambil Islam hanya pada sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain mereka menjadi seumpama golongan ahli kitab yang mengambil kebenaran yang memberi kepentingan kepadanya sahaja. Golongan ini bukan hanya berpengaruh bahkan berkuasa pula menyebabkan usaha memahamkan tuntutan Islam sebenar menjadi lebih sulit. Dalam sirah kita boleh melihat sikap golongan ahli kitab yang berkepentingan menjaga periuk nasi sehingga menyebabkan mereka mengorbankan kebenaran. Melawan arus kebiasaan mungkin menyebabkan mereka hilang keselesaan lalu merekalah yang menjadi duri dalam daging, api dalam sekam di dalam usaha memahamkan kebenaran dalam masyarakat.

Memilih jalan selesa untuk memperjuangkan Islam mungkin bukan satu pilihan menurut sunnah, sebaliknya hanya pilihan yang disokong oleh nafsu dan bisikan syaitan. Tuntutan perjuangan itu bukan dinilai dengan hasil dan kejayaan tetapi adalah tanggungjawab. Masanya juga bukan menurut hitungan kita, dia menjadi rahsia di sisi Allah. Justeru, para pejuang perlu benar-benar memahami beza di antara dasar dan wasilah. Berbeza wasilah namun masih di atas dasar yang di dokong bersama akan mewujudkan suasana tampung menampung di antara satu sama lain. Perjuangan itu juga tidak mungkin terhasil melainkan menuntut kepada kebersamaan dalam satu gerakan yang kolektif atau disebut sebagai jamaah.

Allah menyebut dalam surah As-Sof : Sesungguhnya Allah kasih kepada mereka yang berjuang di jalan Allah dalam satu saff seolah-olah seperti satu bangunan yang kukuh.

Kelemahan satu pihak ditampung satu sama lain. Memilih jalan untuk bersendirian untuk menegakkan Islam juga bukanlah suatu sunnah. Alasan kelemahan pendokong jemaah bukanlah suatu yang tepat untuk mengasingkan diri dalam jemaah. Sebaliknya kelemahan yang kita lihat adalah satu kewajipan yang dituntut untuk memperbaikinya bukan keluar dari terus bersamanya. Manusia memang begitu lumrahnya, tidak lari dari kelemahan dan kekurangan. Namun intima’nya (penggabungannya) dengan jemaah adalah untuk meminimakan kelemahan dan kekurangan kerana bersandar pada dasar jemaah yang kukuh iaitu Islam. Mengapa mesti mengambil kesimpulan mudah, apabila lemah ia akan ditinggalkan. Sedangkan kewajipannya adalah memperbaiki kelemahan tersebut.

Justeru perjuangan ini perlu digerakkan dengan kefahaman bukan dengan semangat semata-mata. Semangat yang meluap-luap tidak disandar dengan kefahaman yang sohih akan menyebabkan kehilangan bias di tengah berjuang. Perjuangan ini adalah satu kemulian, pilihan dari Allah SWT . Tidak semua yang mampu duduk bersamanya dan tidak semua yang mampu bertahan . Formulanya mudah, jika kita sudah dipilih mohonlah kepada Allah untuk terus kekal dan mati dalam perjuangan ini. Jika kita sudah tidak layak Allah pasti menyediakan sebab untuk kita terasing dari arus perjuangan ini tidak perlu kita mencari sebab.

Ya Allah Jangan Kau Palingkan Hati Kami Setelah Engkau Memberi Hidayah dan Kurniakan Kami Dari Sisimu Rahmat Sesunguhnya Engkau Maha Pemberi …

0 comments: