Berita di bawah ini hangat dibincangkan di TV3 dalam rancangan Malaysia Hari Ini dan Radio IKIM dalam program Nur Pagi. Pelbagai pandangan diberikan. Semuanya menggambarkan tentang kebimbangan. Tetapi cukupkah sekadar bimbang, sejauh mana pandangan bernas untuk menyelesaikan isu sosial ini diterima dengan baik oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Lebih malang lagi pihak yang bertanggungjawab itu jugalah yang bertanggungjawab menyedia dan melebarkan kerosakan di kalangan anak muda hari ini.
Mungkin berita-berita di bawah ini adalah sebahagian dari beribu kes yang dilaporkan. Mungkin lebih banyak lagi tetapi tidak mendapat liputan. Inikah budaya baru anak muda kita. Gila sangatkah mereka pada keseronokan sehingga sampai tahap begini jadinya? Dekad 20 an ini kita menyaksikan kehancuran demi kehancuran sistem sosial di kalangan anak-anak remaja di Malaysia, perhati sahajalah kepada situasi semasa di sekeliling kita.

----------------------------------------------------------------------------------------------
Adegan terlampauKUALA LIPIS: Mengucap panjang seorang bapa sebaik menonton rakaman melalui telefon bimbit aksi anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun berasmara dengan dengan lima lelaki serentak.
Adegan seks secara bergilir-gilir berkenaan di sebuah kampung berhampiran Merapoh, dekat sini, itu dipercayai dirakamkan seorang daripada lima lelaki berusia 20-an berkenaan menggunakan telefon pelajar perempuan tingkatan dua terbabit.
Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, gadis terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, dengan selamba pulang ke rumah bersama telefon bimbit berkenaan.Bagaimanapun, telefon bimbitnya terlepas ke tangan seorang ahli keluarga yang kemudian membuat pemeriksaan pada fail rakamannya.
0 comments:
Post a Comment