Laporan Audit Negara mendedahkan Negeri Sembilan ...

.
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Laporan Audit Negara 2010 untuk N.Sembilan mendedahkan …

Antara beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010 yang dikeluarkan pada 24 Oktober 2011 untuk Negeri Sembilan ialah :

1. Kelemahan pengurusan dan kawalan pengeluaran bahan batuan (kuari) oleh Pejabat Tanah Seremban dimana berat muatan tidak dicatat pada doket rasmi dan penyata pengeluaran bulanan tidak diserahkan.

2. Kegagalan Program Pembasmian Kemiskinan (Program Khas) dimana prestasi 7 daripada 10 projek tidak memuaskan bagi membantu menjana pendapatan untuk membasmi kemiskinan.

3. Negeri Sembilan tidak mempunyai Hutan Paya Laut bertaraf Hutan Simpan Kekal semenjak kali terakhir dikeluarkan pada tahun 2004. Penggantian semula sejumlah 101.93 hektar di Mukim Jimah masih dalam status semakan Penasihat Undang-undang Negeri. Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan perlu mengenal pasti mana-mana kawasan berhutan tanah Kerajaan yang lain untuk menggantikan semula Hutan Simpan Kekal yang telah dibatalkan.


LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2010
NEGERI SEMBILAN

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEREMBAN DAN KUALA PILAH
- Pengurusan Pengeluaran Bahan Batuan
- Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Oktober 2010 di Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban dan Kuala Pilah mendapati secara keseluruhannya pengurusan dan pengeluaran bahan batuan adalah kurang memuaskan.
- Kesilapan mencatat kuantiti dan kesilapan pengiraan royalti di borang permit 4C Kanun Tanah Negara 1965 di Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban
- Penyata Pengeluaran Bulanan tidak diserahkan oleh pemegang permit kepada Pejabat Daerah dan Tanah bagi tujuan pemantauan.





PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
- Program Pembasmian Kemiskinan (Program Khas)
- Pengauditan yang dijalankan antara bulan Oktober hingga Disember 2010 mendapati pengurusan Program Khas bagi 10 projek yang dipilih dengan peruntukan RM6.67 juta secara keseluruhannya kurang memuaskan.
- Prestasi 7 daripada 10 projek tidak memuaskan bagi membantu menjana pendapatan untuk membasmi kemiskinan.







JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN, PEJABAT DAERAH DAN TANAH PORT DICKSON DAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SEMBILAN
- Tiada lagi Hutan Paya Laut bertaraf Hutan Simpan Kekal semenjak kali terakhir dikeluarkan pada tahun 2004. Penggantian semula sejumlah 101.93 hektar di Mukim Jimah masih dalam status semakan Penasihat Undang-undang Negeri.
- Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan sukar mengawal kesan aktiviti manusia terhadap hutan paya laut kerana telah diberi milik.
- Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan perlu mengenal pasti mana-mana kawasan berhutan tanah Kerajaan yang lain untuk menggantikan semula Hutan Simpan Kekal yang telah dibatalkan.





UNIT PENGURUSAN BANGUNAN DAN ASET PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN, PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEREMBAN, TAMPIN DAN JEMPOL
- Pengauditan yang dijalankan pada bulan September hingga Disember 2010 mendapati secara keseluruhan pengurusan aktiviti penyenggaraan bangunan Kerajaan di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan
- Tiada program penyenggaraan kuarters secara berjadual telah mengakibatkan kerosakan unit kuarters dan dianggarkan RM1.16 juta diperlukan bagi membaiki kerosakan kuarters di Seremban dan Tampin yang diaudit.


MAJLIS PERBANDARAN NILAI, MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON, MAJLIS DAERAH TAMPIN DAN UNIT KERAJAAN TEMPATAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
- Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati pada keseluruhannya pelaksanaan Sistem ePBT di Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Perbandaran Port Dickson dan Majlis Daerah Tampin adalah kurang memuaskan kerana terdapat kelemahan terutama dalam pengurusan kontrak dan kawalan pelaksanaan.

Untuk laporan penuh pada pautan di bawah ini :
http://www.audit.gov.my/images/stories/pdf/laporan_kan/2010/negeri_aktiviti/NSembilan.pdf

http://www.audit.gov.my/images/stories/pdf/laporan_kan/2010/negeri_penyata/ng%20sembilan.pdf

0 comments: