Jadikan Ustaz Amirrahman Ikon Belia Negeri Sembilan

.
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks



Sekalung tahniah buat Ustaz Amirrahman Abas di atas kejayaan beliau mengungguli Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa tahun ini. Perjalanan untuk sampai ke peringkat antarabangsa itu bukan jalan mudah, ia memerlukan usaha yang gigih dan kesungguhan. Justeru selayaknya beliau dihargai dan dimanfaatkan sebaiknya oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

Jika Kerajaan Negeri Perak ketika dipimpin Dato Seri Nizar disokong penuh oleh pimpinan DAP untuk memberi imbuhan kepada Johan Qari ketika itu mengapa tidak bagi Kerajaan Negeri Sembilan yang mendakwa ingin memartabatkan Islam. Tambahan pula Johan Qari dari Negeri Sembilan ini bukan hanya johan kebangsaan bahkan telah berjaya menjadi juga johan antarabangsa.

Bukanlah sukar untuk menghargai, semuanya bergantung kepada sejauh mana kita melihat kepentingan sesuatu perkara untuk dihargai. Jika pasukan bola sepak boleh dikurniakan pelbagai bentuk insentif termasuk tanah dan rumah mengapa tidak untuk seorang qari yang menaikkan nama negeri di persada antarabangsa. Setidaknya memberikan elaun tetap bulanan kepada beliau untuk mengembangkan ilmunya di samping memberi ruang untuk beliau diketengahkan dalam masyarakat terutama golongan belia.

Kita sepatutnya merasa malu dengan kerajaan negeri lain yang begitu menghargai golongan ilmuan sebegini. Jika Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP boleh memberikan inisiatif kepada golongan huffaz maka kita sepatutnya lebih terkehadapan dalam hal ini. Jangan hanya pandai menabur janji, menyedapkan ucapan tetapi tindakannya jauh dari kenyataan. Sudah berapa ramai golongan huffaz dilahirkan tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebaikan masyarakat Negeri Sembilan sehingga ada di kalangan mereka yang terpaksa keluar dari Negeri Sembilan meneruskan kehidupan. Tidakkah golongan sebegini yang sepatutnya dihargai dan diberikan tempat sewajarnya ?

0 comments: