Entri ini tiada kena mengena dengan rancangan terbaru terbitan ASTRO Oasis. Sekadar satu coretan ringan untuk tatapan pembaca setia blog Lobai Kampung yang tak seberapa ini. Hampir 2 bulan blog ini tidak dikemaskini. Sibuk bukan alasan. Respon dari entri sebelum ini menyedarkan saya rupanya ramai lobai yang sensitif dan sinis dengan blog Lobai Kampung. Tak salah sikap itu dirasakan kerana saya bukanlah yang terbaik dan sempurna. Jauh sama sekali saya nak merasakan saya telah berbuat sesuatu untuk perjuangan ini dan malu rasanya untuk menyalahkan teman-teman lain tidak berbuat apa-apa. Yang ingin dikongsi adalah ' intima dengan jamaah ' , itu sahaja.
Para Lobai walau di mana sahaja apabila diberi peluang untuk bercakap sudah pasti yang keluar dari mulut mereka adalah kebimbangan dengan keadaan masyarakat hari ini. Tak perlu dihurai lagi semuanya maklum. Tetapi kata-kata kita itu sekadar menjadi bebelan jika kita tidak berusaha merubah keadaan yang ada. Sama ada setuju atau tidak, kita tidak boleh nafikan kita berada di bawah sistem dan pemimpin yang tidak mahu kepada Islam. Jika itu ukurannya kita mungkin faham di mana kita patut berada. Soal kepimpinan Islam bukan urusan individu tertentu tetapi ianya adalah tanggungjawab semua. Berbicara soal kepimpinan inilah yang sangat digeruni oleh musuh Islam. Islam tanpa kepimpinan yang punya ruh dan semangat jihad umpama ular berbisa yang tiada bisanya. Menafikan politik bermakna membiarkan kerosakan terus bermaharajalela. Keluarlah banyak dalil mana pun untuk menceritakan soal kerosakan manusia, namun puncanya kembali kepada persoalan kepimpinan.
Makna hakiki kepimpinan dalam Islam adalah merealisasikan khilafah di muka bumi demi mewujudkan kebaikan dan proses islah. Perintah Allah demikian jelas di dalam surah An- Nisa ayat 65 :
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
Mampukah berjuang sendirian ? Dengan jadual kuliah maghrib dan subuh yang begitu padat sehingga merasakan kita sudah berkorban. Bagi saya itu adalah kewajipan jauh sekali untuk menyatakan itu sumbangan kerana kita beroleh 'habuan' selepas selesai menyampaikan kuliah. Mengatakan itu adalah pengorbanan ? Jauh panggang dari api. Apa yang kita korbankan ? Masa, tenaga, duit, darah, peluh ... ? Masih jauh untuk kita bergelar seorang pejuang rupanya. Jika tidak mampu melakukan semua jangan tinggalkan semua. Marilah membantu walaupun sedikit. Kedudukan istimewa jawatan anda tidak akan terjejas jika membantu perjuangan Islam.
Platform Dakwah
Hujjah mempertahankan kedudukan sebagai platform dakwah sering diberikan apabila diajak bersama dalam perjuangan. Tidak dinafikan kepentingan platform itu tetapi ia bukan penjara yang memenjarakan perjuangan kita. Sepatutnya platform itu menjadi ruang bermanfaat untuk membawa insan lain ke arah kefahaman. Mungkin terlalu banyak ' kaedah dan bacaan dakwah ' sehingga ada yang melabelkan para aktivis perjuangan ini terlalu gopoh dan tidak berhikmah.
Platform adalah alat bukan matlamat. Andai suatu hari platform itu tiada lagi buat kita apakah perjuangan berhenti setakat itu? Insya allah mudah-mudahan tidak ... Kini saya mahu bercerita tentang 'saya' setelah penggunaan perkataan 'kita' dilihat ujub oleh sebahagian pembaca blog ini. Saya dipilih menjadi Imam di Masjid Ampangan sejak 2004 dalam tempoh itu seingat saya baru sekali kontrak saya diperbaharui iaitu pada Jun 2007, kini masih lagi menanti jawapan untuk pembaharuan Jun 2010 . Sehingga kini saya masih menjalankan tugas seperti biasa walaupun belum ada apa-apa makluman tentang pemberhentian atau penyambungan kontrak.
Platform imam, bagi saya bukan hanya dakwah bahkan satu tarbiyyah dan pengalaman. Mengenal perangai manusia dari sehebat-hebat orang sampailah ke anak kecil. Saya benar-benar tenang dengan kerjaya berelaun ini walaupun pelbagai kata dilemparkan secara terang atau sembunyi buat saya. Saya telan semuanya walaupun pahit. Sebab bagi saya, mungkin mereka menilai beradasarkan apa yang mereka fikir jika mereka duduk di tempat saya. Zaman moden ini orang mempertikaikan sijil ada pula yang kata saya tak habis pengajian di Al-Azhar sebab itu tidak dapat menjawat jawatan sebagai pegawai. Terima kasih. Nanti kalau perlu saya photostatkan sijil dan berikan pada sesiapa yang berminat. Walaupun saya belajar tak pandai tapi alhamdulillah, pengajian saya tamat.
Saya pernah memohon untuk jawatan Imam Eksekutif di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Jawatan itu dibuka sebelum bulan Mac 2008 ( PRU 12 ) yang menariknya perjawatan yang diberikan itu bertaraf pentadbiran, berkuasa penuh ke atas masjid termasuk soal pentadbiran dan kewangannya. 20 buah Masjid di Negeri Sembilan akan ditempatkan Imam Eksekutif ini khabarnya, 10 daripadanya sekitar Seremban termasuk Masjid Ampangan. Saya berminat dan sebolehnya tidak mahu ke Masjid lain. Tetapi selepas PRU 12 menyaksikan BN gagal di Dun Paroi, Ampangan dan Sikamat tawaran Imam Eksekutif itu hanyut dengan kekalahan tersebut. Saya pun tak pasti kenapa tidak diteruskan walaupun dengarnya geran sudah dikeluarkan untuk tujuan tersebut. Saya ditawarkan untuk mengambil Imam Daerah yang kekosongan, tetapi hati saya tidak terbuka dengan tawaran itu. Saya juga pernah ditawarkan untuk berada pada satu jawatan di sebuah badan berkanun di Negeri Sembilan pada awalnya saya mahu menerimanya kerana skop platform dakwah yang lebih luas tetapi kerana nasihat dari Al-Marhum Ustaz Khairul Azhar saya akur menolaknya.
Bagi saya, dalam dakwah kita tidak memilih untuk diletakkan tetapi ia adalah ketetapan dari Allah mengikut kebijaksanaannya. Yang lebih saya bimbang kalau Allah tak pilih saya duduk dalam perjuangan dan jauh membimbangkan bila duduk dalam perjuangan bukan pula kerana Allah .
Bersamalah kita membersihkan hati kita dari segala yang merosakkan. Hati kita rosak bila bersikap SOMBONG. Jangan sombong dengan apa yang kita telah buat, sepatutnya kita bimbang jika amal itu tidak dinilai oleh Allah. Jangan sesekali bersifat TAMAK . Apa yang telah Allah tentukan itulah yang terbaik buat kita. Jangan sampai melangkaui batasan yang telah Allah tetapkan apatah lagi terlibat dengan yang haram. Jauhkan bersifat HASAD. Suka melihat sahabat dalam kesusahan dan kesempitan bahkan menambah lagi beban yang dipikulnya. Marilah seluruhnya membantu bukan membantutkan !!!
3 comments:
Salam lobai.
saya sgt setuju...Kita dlm perjuangan,kalau pun tak boleh buat semua...jgn tinggalkan semua dalam erti kata lain jgn tak buat langsung.
Pengalaman saya:Sbg org rmh kpd seorg imam,saya pun selalu rasa tempias2 yg sedemikian tapi dari kaca mata seorang wanita saya akan pastikan suami teruskan amanah ini.Bukan menganggap ia sumbangan besar jauh sekali pengorbanan,tetapi hakikatnya memang sukar diungkap dgn kata-kata.Teruskan...teruskan...itu lebih baik dari tidak berbuat apa-apa.
Nabi pun bukan semua org suka,apatah lagi kita manusia biasa...ada aje yg tak kena...dan kita akan susah kalau berusaha utk puaskan hati semua org:)
Salam Perjuangan,
Tak ramai Imam di seremban yang berani menyatakan pegangan politik mereka secara terang-terang. Semuanya dengan hujuh kerana berjuang dari dalam atau kerana periuk nasi.
Benar seperti penulisan lepas, "lobai-lobai poie Mano..?" kita kekurang pejuang yang mampu berhadapan dengan UBN yang memisahkan agama dan politik.
Jemaah dimasjid undang Ampangan mendoakan tuan kekal sebagai Iman di situ. Namun kalau tak dilantik pun kita akan terus perangi UBN yang merupakan anak didikan Yahudi dimedan yang lebih besar lagi
Takbir
Great Blog..!!!! Keep Blogging.... :)
Post a Comment