Lobai-lobai poie mano ..?

.
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks



Saban tahun bukan sedikit jumlah graduan pengajian Islam keluar dari universiti tempatan mahu pun luar negara. Di Negeri Sembilan sendiri sungguhpun jumlah sekolah agama yang kebiasaannya membekal graduan pengajian Islam jumlahnya tidak banyak namun untuk menampung keperluan masyarakat rasanya masih boleh diusahakan. Ramai di kalangan graduan Pengajian Islam memilih untuk bekerja secara tetap sama ada melalui JAKIM mahupun Kementerian Pelajaran sebagai guru. Suatu kedudukan yang sangat hampir dengan masyarakat dan platform terbaik untuk manfaat dakwah.


Namun persoalannya sejauh mana graduan Pengajian Islam ini berperanan di kalangan masyarakat. Masih ada yang enggan mengaku dirinya 'Lobai' sedangkan status itulah yang patut dipikul dalam erti kata memimpin dan membimbing masyarakat. Bagi masyarakat di Negeri Sembilan status 'Lobai' punya satu kehormatan ada kedudukan dan peranan yang mereka harapkan. Kalau pun tidak sampai peringkat boleh mengajar dan membuka kitab mereka berharap agar 'Lobai' ini boleh disandarkan masalah agama yang berkaitan seperti menjadi imam dan mempimpin kenduri kendara. Namun apakah status graduan setakat layak jadi imam dan memimpin kenduri kendara sahaja. Para lobai patut memanfaatkan ruang kepercayaa masyarakat ini untuk mendidik dan membimbing mereka memahami Islam secara syumul melalui strategi dakwah yang berkesan.


Saya bukanlah terbaik. Tapi saya cukup terkesan bila berbual dengan seorang saudara baru yang mempertikaikan sebahagian 'Lobai' yang gagal memanfaatkan kedudukan jawatan dan kepercayaan mereka untuk melakukan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk masyarakat. Apakah kehidupan selesa dengan gaji tetap menyebabkan mereka enggan menyusahkan diri dan lebih selesa meneruskan kerja rutin dengan kedudukan yang ada. Persoalan itu kembali dijawab pada diri masing-masing. Muhasabahlah diri kita apakah yang kita lakukan itu satu kerja atau satu kerjaya.


Tidaklah sampai mengharap intima' mereka di dalam perjuangan PAS sehingga memegang jawatan berat yang menjadi ancaman kepada kerjaya mereka. Tapi apa yang diharapkan biarlah ruang ijtimaie yang ada dimanfaatkan untuk memberi kefahaman Islam di dalam keadaan masyarakat yang semakin hari semakin punah akhlaknya. Tidak perlu angkat bendera dan tidak juga perlu isytihar apa pegangan partinya. Hubungan dengan rakan-rakan yang berada di dalam jamaah juga perlu dikuatkan setidaknya dengan menghadiri usrah dan perjumpaan tidak rasmi agar mereka terus ditiup dengan semangat perjuangan. Jangan sampai putus hubungan sehingga di saat mereka di asak dengan sesuatu isu mereka melatah dan kenyataan yang mereka berikan tidak memberikan maksud sebenar dalam isu tersebut. Golongan Lobai adalah golongan yang sentiasa menjadi rujukan, jika yang dirujuk melatah bagaimana pula keadaan orang yang merujuk sudah tentu keadaannya lebih mendukacitakan.


Cabaran dalam perjuangan memang sentiasa wujud, kemenangan Islam adalah suatu janji pasti dari Allah. Persoalannya apa peranan kita ? Entri ini ditulis dengan tujuan agar setiap Lobai melihat peranan mereka. Jika di Mesir dahulu tiupan dan hembusan semangat dakwah yang cukup hebat sehinggakan ada yang tidak sabar untuk terjun di dalam arena masyarakat untuk memperbaiki kebobrokan yang berlaku. Namun realitinya kini masyarakat tertanya-tanya mana pergi Lobai-lobai yang lain. Bahkan lebih dahsyat ke surau dan ke masjid untuk solat berjemaah pun jarang-jarang, kalau ada pun ilmu tidak dapat dimanfaatkan kerana berlalu segera setelah selesai solat. Sampaikan ada yang tidak mengenalnya sebagai seorang 'Lobai' .


Saya sering diingatkan dengan surah at-Taubah ayat 122


Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka Telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.


Tiada istilah lewat, semunya mesti bermula. Jika tidak mampu melakukan semua jangan tinggalkan semua ..

4 comments:

czackPY said...

Ust. lah masalah negori kito ust. Bijak pandai agama leko atas pagar jo.

mmm said...

salam.lobai toksahlah nak mengomplen orang je.tak bagus.lobai kene faham,sesetengah orang muda bukan tak nak jadi imam,bukan tak nak bagi ceramah...tapi adakah ia mesti diatas pentas pas atau pentas bn?masjid telah jadi gelanggang politik sedangkan ramai anak2 muda yang tidak suka dengan politik.politik ini hatta pas atau bn semakin bercelaru.pas dengan dap nya yg terang menolak konsep negara islam.bn dengan sekularnya.jadi berjuang agama atas nama pas?perjuangan untuk apa?sekadar bersekongkol dengan anwar ibrahim dan lim guan eng yang memang tak setuju dengan konsep negara islam.sekarang memang tak nampak,tp adakah mereka ini bersetuju dengan negara islam jikalau ditakdirkan pakatan rakyat berkuasa?sedangkan datuk nik aziz dan datuk hadi awang pun tak dapat bagi jaminan,apa jaminan yang lobai nak bagi kepada pencinta perjuangan islam?bagi saya baik bergabung dengan jim atau abim yang kelihatan lebih telus atau bergabung dengan dakwah dr asri atau dr zaharudin yang kelihatannya bebas pengaruh politik dan lebih jujur.and then masalah wahabi,apa bila sampai di mesir,kita didedahkan dengan ilmu bermacam2.sehebat2 ilmu,tapi bila masuk masjid?kita kene ikut masjid?kalau tak akan digelar wahabi?sepatutnya diorang ikut kita.kalau mcm itu tak payahlah belajar jauh,sekadar belajar di masjid tersebut dan mengambil sanad dan ijazah dari masjid tersebut,dekat rembau ade je wali allah yang suka menwahabaikan orang yang tak sebulu dengannya.so baik kita tumpu jaga keluarga itu lagi bagus sebab kalau masuk masyarakat pun akan jadi fitnah.tak sehaluan je wahabi walaupun fatwa tersebut datang dari qardhawi.susah bila masjid dipegang oleh konsevertif ni.sekadar coretan.maaf salah silap.salam

mmm said...

ada lagi nak sambung.masalah kopiah.seolah2 kopiah ni dah jadi sunnah tasyri' pulak.sedangkan ia sunnah jilbiyyah nabi.so sape2 lobai yang tak pakai lebai,alamatnya teruslah keluar dari senarai daftar imam yang boleh mengimamkan solat,tak gitu encik lobai?kain pelekat baju melayu.sejak bila islam ada pakaian?sedangkan penentuan imam dibuat berdasarkan siapa paling tinggi ilmu dan bagus bacaan.tp dekat malaysia terbalik.mesti sudah kahwin dan kopiah,baju melayu,jubah,serban itulah yang layak jadi imam.so amik saja askar pencen yang berpakaian begitu dan jadikan dia imam.lepas tu suruh dia bagi ceramah paal agama kan itu lebih molek?lobai mengutuk guru sekolah,sedangkan lobai tidak tahu itulah kerja yang besar.mengajr budak2 yang malas belajar agama.kojo lobai senang je,duk masjid.dah tentu memang orang2 yg baik je datang masjid tu.ada ke mat rempit,kaki botol,kaki bohsia nak datang masjid?rentikanlah.so lobai applylah jadi ustaz sekolah ye kalau nak tau peritnya mcm mana dari asik mengomplen org je sane sini

Anonymous said...

apo kono kau ni man..mmg la lobai kau ni..ujub tak tontu dek arah..
nak jd pendakwah jgnla pandang kerja2 yg dah kau buat je..sikap dan ketrampilan kena ada..jubah kopam,kupiah berdaki..camno la org nak pandang..nak harapkan sodap kau berckp yo lah..