
Persoalannya apabila BN kalah apakah semua janji tersebut tidak akan dipenuhi langsung? Atau BN boleh pertimbangkan semula janji itu memandangkan jumlah pengundi yang begitu ramai menyokong BN di Manik Urai. PAS cuma menang dengan majoriti kecil, bermakna ramai lagi rakyat yang mahukan janji pembangunan BN itu. Apakah kerana kelebihan 65 undi itu seluruh pengundi BN yang berjumlah 5238 tidak berhak langsung menuntut janji mereka ? Inilah permainan kotor. BN menggunakan segala kekuatan kerajaan yang ada untuk mengugut, menipu dan mempermainkan rakyat hanya semata-mata untuk mendapatkan sokongan pengundi. Mujur Manik Urai di Kelantan kalau di sebelah selatan, rasanya dah menang BN mungkin dengan majoriti yang lebih besar.
Jika Kelantan boleh dinafikan hak selama diperintah oleh PAS. Maka apakah bentuk kezaliman itu tidak cukup menggambarkan BN? Jangan bercakap soal perpaduan ummah, soal rakyat diutamakan jika BN sendiri tidak menunaikan hak sebagai kerajaan Pusat terhadap negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Rasanya kita akan bertambah mual selepas ini jika ada mufti dan lobai-lobai yang disuruh bercerita tentang perpaduan ummat Islam jika BN masih terus menzalimi rakyat seperti yang mereka lakukan pada hari ini. Uwekk..
Lobai Kampung : Tak faham-faham lagi ?
8 comments:
LK ni ahli fikir intelek atau 'biasa-biasa' je? Sesiapa yg mengaji dgn LK kurang mendapat sentuhan 'intelek' dari LK rasanye.
Rasa-rasanya begitu ..
memang pun .. takde sentuhan langsung
takde sentuhan intelek, tapi pakai sentuhan hati mana lebih baik. Sentuhan intelek tapi orang tak faham tiada guna juga
LK, saya rasa buat masa skrg ni PAS ngan UMNO tak payahlah berpadu-padu ni. Lagipun mereka bukannya bersaudara pun. Kalau bersaudara tentulah mereka cari jalan untuk berbaik-baik kan. Kita tunggulah kot-kot jadi macam Paletin ke atau Bosnia dulu ke...pastu kita bersatu-padulah...amacam sesuai tak LK?
aku rasa Bn pun tak mau bercakap pasal perpaduan selagi tuk-tuk guru berdua tu tidak menarik balik fatwa kafir umno oleh hj hadi dan sesat dan komunis oleh hj nik aziz. parti islam ini sepanjang masa matlamatnya hanya satu..iaitu menghapuskan umno...tak kiralah berdamping dengan sapa-sapa pun. Karpal ka, kit siang ka, ngeh ka,ngo ka,guan eng ka..La ni motto 'Pas For All' pulak.Idea sapa tu...BN jugak...50 tahun dulu. Buat apa Bn/umno berpadu dengan orang yang MEMANG MUSUH DALAM SELIMUT..itu nak celaka namanya. PM Naijb dah kata ,kena ikhlas, tap payah bubuh syarat.Hj Nik aziz ajak debat pulak. Kenapa hj nik aziz TAK BERANI nak berdebat dengan Tun mahathir dan Pak lah? pelik eek?? tup-tup nak debat dengan najib!! alamak nampak macam ada masalah ajer...!!!
Pengundi MU yang pilih BN dah sedar dan tahu akan kepentingan generasi mereka kelak.Bukan semata-mata janji nak jambatan.Mereka tahu bersabar.Mereka percaya pada BN setelah kerajaan kelantan hanya seronok dapat gaji bertahun-tahun tapi MU duk 'lagu' tu jugak. Wallahhu alam.
yg kita dok kalut psal itu lah ini lah...mcm2 hal..kita dah tau UMNO pegang kerajaan so..media semua ats jari UMNO..yg PAS pula..percakapan terbatas...so..para pembaca sekelian..pandai2 lah..menilai mana yg betul mana yg tidak nya...jgn nak salah kan PAS ja..mcm lah UMNO tu jujur..n ikhlas..dari bawah sampai ke atass..semuanya..POLITIK WANG...
anda semua telah dimanipulasikan...UMNO dgn agenda UMNO,PAS pula..mempunyai masalah dari segi kepimpinan intelektual...tapi yg nyata nya..UMNO semakin rakusss...tambah pla..dgn bimbingan Dtn Sri Rosmah Mansor,lingkup lah Malaysia...PAS pula..kurangnya golongan cerdik pandai..mcm mana nak tadbir Malaysia..PKR lagii lah...campur baur...susah nak kawall...kenyataan nya semakin hari aku semakin meluat dgn UMNO...BANYAK KEPURA-PURAAN...DAN LAKONAN....
Post a Comment