Lama Menghilang

.
0 comments

Terima kasih di atas kunjungan berterusan walaupun LK lama tidak diupdate. Seminggu dua ini memang LK dikekang dengan kesibukan menguruskan beberap perkara. Namun itu semua mungkin asbab. Sebenarnya ada beberapa entri yang telah ditulis tetapi tidak dapat diupdate kerana masalah server. Kepada semua yang terus mengunjungi blog LK yang tak seberapa ini terima kasih diucapkan. Di sini disiarkan beberapa entri yang tidak dapat disiarkan kerana masalah server.
-----------------------
Seminggu ini Lk berada dalam 2 debaran. Debaran pertama penantian kelahiran anak kedua. Isteri mengalami tekanan darah tinggi menyebabkan beliau dipaksa bersalin kerana bimbang risiko untuk bayi dan ibu. Dalam tempoh pemeriksaan isteri terus ditahan wad pada hari Rabu, jam 4 petang. Hari khamis, Doktor memasukkan ubat mempercepatkan bersalin. Di dalam kekalutan dan kebimbangan itu mendapat maklumat dari abang ipar Ustaz Khairul Azhar Kamarudin, mengenai keadaan kritikal beliau dan dimasukkan di wad 4c Hospital Tuanku Jaafar. Lk berada di situ untuk melihat keadaan beliau pada jam 6 petang tersebut. Hanya isteri beliau dibenarkan masuk. Kali terakhir pertemuan dengan Ustaz KA di Klinik Pakar HTJ kerana menghantar isterinya yang akan melahirkan anak kira-kira minggu hadapan.

Sedih, terkejut dan terkilan. Berita yang sangat perit dan pedih akhirnya kita terima juga. Biarpun masing-masing memberi harapan yang berbelah bahagi melihat keadaan beliau. Menurut Doktor, sekiranya Ustaz KA didialisis kemungkinan akan menyebabkan serangan jantung pula. Jam 11.15 malam berita tentang kembalinya beliau kerahmatullah dimaklumkan seorang rakan yang berada di Hospital.

Beliau seorang pejuang tulen. Tidak pernah meletakkan sebarang syarat di dalam perjuangan. Beliau memang hebat. Keyakinannya kepada Allah cukup tinggi. Sepanjang pengajian di Mesir beliau lebih selesa hidup tanpa mengharap bantuan biasiswa. Beliau cukup kuat berdikari. Di kalangan pelajar Negeri Sembilan ketegasan beliau memang disegani. LK banyak terdidik dan dididik oleh beliau. Beliau mentor, sahabat dan penasihat yang berpandangan jauh. Pernah LK menyatakan hasrat untuk menerima satu jawatan di dalam kerajaan. Pandangan beliau mudah, ' enta jangan jatuhkan diri enta yang dah tinggi' . Bersama beliau kami sama-sama menggerakkan Ikatan Mahasiswa Mesir peringkat Negeri Sembilan. Atas harapan Al-Marhum itu kita akan teruskan perjuangan ini. Memang perit, memang sukar kerana itu tidak ramai yang sanggup menjadi seperti beliau.

Beliau tidak pernah memilih kerja. Sebagai seorang Ustaz rasanya beliau akan lebih selesa memberi nasihat tetapi tidak bagi beliau, dari serendah-rendah kerja sehingga ke peringkat mendidik semuanya dilakukan oleh beliau. Tidak ada siapa yang melupainya sekiranya pernah menemuinya. Kepada semua rakan yang mengenali beliau. Sekadar mengkagumi sahaja tidak memadai. Marilah bersama kita teruskan perjuangan ini. Jangan biarkan diri kita dibelit oleh keselesaan dunia yang memenjarakan perjuangan kita dengan pelbagai alasan. Semangat beliau akan terus bersemadi di dalam jiwa kita sehingga kita dipanggil oleh Allah SWT

Lobai Kampung : Isteri LK selamat melahirkan anak lelaki seberat 3 kg pada hari Jumaat 20 Mac 2009, jam 6.30 pm. Insya allah akan dididik menjejak Ustaz Khairul Azhar. Amiin

Jangan Demand !!!

.
0 comments

Betul ke ejaan 'demand' tu ? Mudah difahami, letak nilai atau syarat. Dalam dunia dakwah pelbagai bentuk fitnah dan mehnah dilalui. Satu ketika dahulu pada zaman Dato Ismail Kamus, Dato Dr Haron Din, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan seangkatannya pernah difitnah kerana meletakkan harga pada ceramah yang diberikan. Kononnya mereka meminta sehingga RM 1000 setiap kali diundang untuk berceramah. Hakikatnya mereka inilah yang budaya ceramah di seluruh Malaysia. Jangan nafikan kebanyakan penceramah yang ada pada hari ini terkesan dengan gaya dan style mereka. Apabila kita melihat mereka bergiat di dalam politik, mereka memilih parti yang tidak memberi keuntungan dari sudut habuan dunia. Sedangkan kalau benar mereka demand mereka akan lebih mendapat tempat di dalam parti lain.

Tetapi, cuba kita bandingkan pendakwah yang terjebak di dalam percaturan politik UMNO. Agak-agak demand tak ? Cubalah panggil mereka berceramah di tempat anda kalau nak tahu. Harap-harap tak demand. Demand bukan sahaja pada harga tapi pada syarat yang diletakkan kepada penganjur. Antaranya :

a) Jumlah audien mesti lebih 500 orang
b) Saya datang nak terus ceramah jadi imam pun tak nak, makan pun tak nak
c) Tolong sediakan tempat rehat @ tidur saya
d) Tolong bank-in dulu hadiah tu
e) Saya tak nak sesi soal jawab

Itu soal penceramah demand. Macam mana pulak kalau penganjur demand. Ini lagi susah. Antara dialognya :

Penganjur : Ust, nanti ceramah tu ada orang besar datang, jangan bantai-bantai bona
Lobai Kampung : Bosar mano orang tu ?
Penganjur : Alah ustaz ni tak faham pulak, jangan cerito politik2. Cerito nabi jo tak payah
sentuh isu semasa
Lobai Kampung : Insya Allah, tengoklah nanti. Kalau susah sangat cari orang lainlah
Penganjur : Jangan camtu ust, takpolah nanti jangan lupo pakai baju melayu samping yo!
Lobai Kampung : !!!????

Siapa Mempolitikkan Siapa ?

.
3 comments

Gambar A
Lebih 6,000 pemimpin dan ahli UMNO seluruh Negeri Sembilan sepakat turun dalam perarakan meraikan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri, kelmarin.




Gambar B - Perhimpunan 100 ribu rakyat membantah PPSMI

Entri ni dah lama nak di masukkan tetapi sebab tak sempat dikekang dengan kesibukan sambutan maulid Nabi. Apa pun LK suka membuat perbandingan kepada 2 perhimpunan. Jangan ditanya tentang tujuannya. Kedua-duanya ada niat yang baik. Satu untuk menzahirkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad dan yang kedua menzahirkan rasa cinta pada bangsa dan bahasa.

Antara kedua-dua perhimpunan mana satu yang lebih jelas dipolitikkan. Apalah kena mengena bendera parti di dalam perhimpunan maulid Nabi. Bukankah tema Maulud tahun ini wahdah pemangkin khaira ummah( kesatuan menjana ummat terbaik ) . Kenapa mesti dipecahkan ideologi parti politik yang sangat sempit.

Bagi perhimpunan GMP kalau ada seorang dua pempimpin parti pembangkang yang terlibat langsung terus dilabel sebagai dalang. Salahkah hadir perhimpunan memberi sokongan. Kalau pun parti pembangkan di belakang GMP apakah semua idea itu tertolak hanya semata kerana pembangkang. Dangkalnya kita berpolitik. Ini namanya politik sombong. Tak semesti datang dari seteru politik, semuanya tak baik. Kita perlu ada check and balance.

Macam tu jugak dengan Lobai-lobai. Bila nak berceramah ditanya dulu ini Lobai PAS ko Lobai UMNO. Sempitnya kefahaman politik. Apakah semua Lobai PAS tak boleh pakai, semua Lobai UMNO maksum ? Yang penting ilmunya. Lobai mesti profesional, jangan emosional, Kita menerang jangan menyerang. Ada masa yang keras kita keraskan, ada masa yang lembut kita lembutkan. Jangan bertindak mengkhinzir buta. Jangan sampai menjejaskan kerja dakwah menyampaikan kebenaran kepada manusia.

Lobai Kampung : LK ni macam mano, PAS ko UMNO ? Lobai untuk PAS dan untuk UMNO.

Mengaji Sirah Siri 1

.
0 comments

Perkataan Sirah bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Perjalanan hidup nabi Muhammad SAW tidak sama dengan catatan perjalanan sejarah yang lain. Maka oleh sebab itu, sebagai seoranmg muslim yang mengucapkan dua kalimah syahadah. Ungkapan bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul utusan Allah perlu difahami dengan sejelas-jelasnya agar kita tidak menyamakan Nabi Muhammad SAW dengan manusia biasa yang lain.

Perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW secara keseluruhannya boleh disimpulkan sebagai satu perjalanan yang disusun oleh Allah untuk meletakkan Nabi Muhammad sebagai Rasul akhir zaman. Juga, sirah Nabi Muhammad SAW adalah panduan kehidupan bagi orang beriman. Maka oleh sebab itu adalah menjadi tanggungjawab kita bersama memahami sirah Nabi Muhammad ini dengan kefahaman yang tepat dan tidak hanya melihat sebagai satu sejarah biasa.

Pengkajian Sirah Nabi Muhammad SAW boleh kita bahagikan kepada beberapa bahagian

1. Sebelum Kelahiran
2. Selepas Kelahiran sehingga diangkat menjadi Nabi
3. Menjadi Nabi sehingga Hijrah
4. Hijrah sehingga pembukaan kota Mekah
5. Pembukaan kota Mekah hingga wafat

Oleh sebab itu Dr Said Ramadan AlButi menegaskan dalam kitabnya Fiqh Sirah An-Nabawiah kajian riwayat hidup RasuluLlah SallaLlahu ‘a1aihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alabi Wasallam.

Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bo lehlah dibahagikan seperti berikut:

1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana hidup baginda sendiri. Ini adalah untuk menentukan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu bukan sebagai manusia pintar tetapi Ianya adalah pesuruh Allah Subhanahu Wa ta’ala yang menerima Wahyu dan taufiq dariNya.

2.Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap lapangan hidup yang harmoni, dari itu juga dapat dijadikan sebagai dasar dasar hidupnya. Untuk demikian maka Allah telahpun menegaskan dalam Kitab SuciNya:
Yang bermaksud; Sesungguhnya pada (diri) RasuluLlah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu (Al-Ahzab 33 : 21)

3. Membantu manusia memahami dan mengecapi isi kandungan Al-Qur’an lantaran banyaknya ayat-ayat Al-Qur’an yang dihurai dan ditafsirkan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.

4. Mengumpulkan seberapa banyak yang boleh perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenar samada pengetahuan bersangkutan dengan ‘aqidah kepercayaan, hukum hakam’ dalam Islam atau tatasusilanya. Lebih tegas lagi penghidupan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam adalah satu gambaran dengan dimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukum-hukum Islam.

5. Membolehkan para pendidik penda’wah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut sistem pendidikan dan peng ajaran yang sihat kerana Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sendiri adalah sebagai pendidik, penasihat, guru dan pertunjuk yang utama, tidak pernah membuang masa begitu sahaja malah sentiasa mencari dan menyiasat jalan jalan dan sistem—sistem pengajaran yang terbaik semasa baginda (SallaLlahu ‘alaihi Wasallam) berda’wah.

bersambung ..........

Lobai Kampung : Jarang-jarang surau dan masjid mengaji Sirah An-Nabawiah. Sebab masing-masing fikir ianya berat. Insya Allah LK akan berseminar Sirah An-Nabawiah di Surau Taman Senangin pada jam 8.30 am - 4.30 petang hari Ahad 9 Mac 2009.

Keruntuhan Di Mana-mana

.
2 comments

Rumah Rakyat Panchor

Jalan Mantin - Seremban

Jalan Kuala Pilah - Seremban ( Bukit Putus Hampir Putus )

Jalan Kampung Batu - Miku ( Johol )

Hujan lebat yang luar biasa di Negeri Sembilan pada hari Ahad yang lalu telah menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air dan tak kurang berlakunya runtuhan tanah. Semua ini adalah bahasa alam mengajar manusia tentang bahaya kerakusan dan tamak yang melampau. Kalau masih belum boleh faham lagi tanyalah pada pakar tanah kenapa tanah-tanah ni runtuh. Takkan Lobai Kampung pulak nak huraikan bab ini. Bab qada dan qadar bolehlah LK huraikan. Itupun siapa yang mahu dengar.

Takde kena mengena dengan politik ? Tidak ada satu projek pun dalam dunia ni di negara Malaysia di Negeri Sembilan ini tidak ada kena mengena dengan politik. Cubalah risik-risik balak tu siapa dapat, tanah ni siapa punya, projek tu macam mana boleh lulus. Jawapan akhirnya mesti merujuk kepada politik jugak. Atau lebih spesifik parti politik. Betul tak?

Inilah akibatnya apabila yang dipentingkan hanyalah perut atas dan perut bawah yang merana adalah kita yang berperut kosong. Kasihan kakitangan awam yang berulang alik menggunakan jalan utama tersebut, cikgu-cikgu nak ke sekolah, anak-anak nak balik kampung, kasihan lori bawa ikan dan barang-barang semuanya, kasihan orang politik payah nak pergi meeting, ramainya yang kena dikasihani bila bala Allah menimpa sesuatu tempat. Benarlah firmannya : Bertakwalah kepada fitnah yang tidak hanya menimpa kepada orang zalim di kalangan kamu sahaja.

Jadi apa nak buat ?
1. Cari jalan lain ...?
2. Ikut jalan lain ...?
3. Keluar jalan lain ...?
4. Boleh jalan ....

Lobai Kampung : Orang miskin tanya apa nak makan hari ini? orang kaya tanya di mana mahu makan? orang politik tanya mahu makan siapa hari ini ? - betul ke ? orang politik di negara mana ?

Mari Mengaji Sirah An-Nabawiah

.
0 comments

Sempena dengan kedatang Rabiul Awwal ini marilah kita mengambil peluang untuk mempelajari Sirah Nabi Muhammad SAW di dalam menyelesaikan kemelut ummah yang melanda pada hari ini. Pengutusan Nabi Muhammad SAW bukan sekadar untuk menjadi contoh terbaik untuk seluruh ummat manusia bahkan juga menjadi rahmat kepada seluruh alam.

LK akan menyiarkan beberapa peristiwa yang patut dijadikan panduan untuk semua tak kira apa pun latar belakang mereka. Dalam dunia politik tidak ada yang bersifat total betul dan tidak ada yang bersifat total salah. Yang total benar hanya yang datang dari Allah dan Rasul SAW. Dunia politik penuh dengan taktik, strategi dan kadang-kadang tipu daya. Semuanya dengan matlamat untuk mendapatkan kuasa. Salahkah hendak mendapatkan kuasa ? Jawapannya tidak, asal kuasa itu untuk menjaga agama.

Cuma yang dipertelingkahkan hari ini adalah kaedah dan pendekatan. Nak dapatkan kuasa dengan cara demokrasi berpalimen di Malayasia ini memerlukan undi . Sistem demokrasi tidak meletakkan perbezaan antara undi seorang Muslim dengan undi non-Muslim. Maka oleh sebab itu kita kena kembali melihat kaedah yang telah dilakukan oleh Nabi SAW sebagai panduan terbaik . Nantikan kemunculan LK di tempat anda !!
Jumaat 6 Mac 10.30 am - SMK Senawang
Sabtu 7 Mac 8.00 am - SMK Tuanku Najihah, Seremban
2.30 pm - Felda Pasoh 2
9.00 pm - SMK TRiang, Jelebu
Ahad 8 Mac 8.30 am - Seminar Sirah, Tmn Senangin, Seremban
8.00 pm - Kajang
Isnin 9 Mac 3.30 pm - Sungai Ramal,Kajang
8.00 pm - Flat Sentosa, Senawang
Selasa 10 Mac 8.30 am - Sk Kampai, Jelebu
3.30 pm - Bt 10 Labu
Rabu 11 Mac 3.00 pm - SMKDUAM, Johol
Khamis 12 Mac 8.30 am - Sk Pulau Besar, Rembau
3.00 pm - Kolej Tinggi Mara, Rembau
8.00 pm - Rantau
Jumaat 13 Mac 10.00 am - SMK Panchor
3.00 pm - TNB Seremban
8.00 pm - Seremban Jaya
Sabtu 14 Mac 8.00 pm - Masjid Jamek Gemas
Ahad 15 Mac 8.00 pm - Hulu Langat, Selangor
Isnin 16 Mac 8.00 pm - Masjid Ulu Jempol
Selasa 17 Mac 8.00 pm - Taman Alamanda
Rabu 18 Mac 8.00 pm - Surau Felda Palong 2
Khamis 19 Mac 9.00 pm - Palong Timur, Johor
Jumaat 20 Mac 8.00 pm - Surau Taman Seri Pagi
Sabtu 21 Mac 9.00 pm - Surau Al-Hadi, Sikamat


Setakat ini dulu ...

Kalaulah Orang Kampung Tau ...

.
3 comments

RAKYAT MENANGGUNG BIAWAK HIDUP!

Dewan Rakyat diberitahu, Kerajaan Malaysia menyewa kediaman Perdana Menteri (Sri Perdana) dan Kediaman Timbalan Perdana Menteri (Sri Satria) dari Putrajaya Holding




KEDIAMAN PERDANA MENTERI - SRI PERDANA


SEWA


RM 4.15 juta setahun


RM345, 833.33 sebulan


RM11,527.77 sehari



KOS PENYELENGGARAAN


RM1.89 juta setahun


RM158,051.40 sebulan


RM5,268.38 sehari



KEDIAMAN TIMBALAN PERDANA MENTERI - SRI SATRIA


SEWA


RM2.74 juta setahun


RM228,333.33 sebulan


RM7,611.11 sehari!



KOS PENYELENGGARAAN


RM1.13 juta setahun


RM94,156 sebulan


RM 3,138.53 sehari!


Ini bermakna, kerajaan menanggung RM27,545 sehari untuk membayar sewa dan menyelenggarakan kedua-dua istana pemimpin negara ini Sewa & menyelenggara keseluruhan hampir RM 10 Juta setahun (RM 9.91 juta)


Rujukan : http://najwasuhaimi.blogspot.com/



Dialog Orang Kampung


Anak : Ayah, rumah kita atap dia dah bocor
Ayah : Alah, takpe hujan je bocornya
Anak : Tukar atap baru lah ayah
Ayah : Ish engkau ni kalau ganti bukan sekeping zink je kurang-kurang pakai 2 - 3 keping
Anak : Penatlah ayah tiap kali hujan nak tadah
Ayah : Syukurlah nak, ada jugak rumah. Orang lain lagi susah dari kita ...



Kefakiran jiwa lebih berat dari kefakiran harta. Jiwa yang fakir tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Sesiapa sahaja jangan sampai jatuh fakir JIWA. Muflis Dunia - Akhirat.



Lobai Kampung : Siapa pun yang naik PM atau TPM akan duduk di istana ini. Maka berbaloilah perjuangan dalam politik jika mendapat kedudukan yang sehebat ini.